Go ye through the earth and see what has been the end of those guilty

Assalamualaikum wbt.

Nobody loves an END.

Summer is really at its end, I have 8 days at home insyaAllah. And since my brother will leave for Monash, this might be the last time I see him in 2 years time kalau umur masih berbaki. It was 4 years back that I had my raya in Malaysia, and now Raya came with mixed feelings. Delighted but a bit disturbed.

And as the title goes, nobody loves an END. Perhaps the only END we shoot for is to leave the world and meet Al Khaliq, provided that we are prepared. Owh yes, to finish Med school is another END I have been thinking since day 1 I started.

Time left to finish Med School is 2 years, to be specific 1 year 8 months insyaAllah. Have I gain enough from this journey abroad?

1. Iman wise. In of the books I dip into recently, it says that Allah swt encourages us to travel as He leaves the signs of the undevoted people as ibrah, to fortify our faith and blooms our iman.  (Ya Allah, struggle nya aku nak menulis bahasa dakwah in English!)

Say: “Travel through the earth and see what was the end of those who rejected Truth.” [6:11]

Say: “Go ye through the earth and see what has been the end of those guilty (of sin).” [27:69]

And meeting with so many people and incidences, have I think a lot enough to shift my iman to the next level?

2. Travelling wise. The explanation above wraps up this point. Worse part is, I kept missing the trip to Spain, Mesir or Turkey. 3 years back maybe it was due to no ‘holiday’ when holiday began. Now, in the last 2 years, I literally had no holiday except for 2 weeks.

3. Knowledge wise. This had made me reminisce the conversation I had with Kak Aisyah, a housemate that had taught me a lot. She has tonnes of books and a great depth of wisdom. She says, “Dekat sini banyak buku, banyak forums, akak rasa nak pilih satu field yang akak boleh focus and carry the knowledge untuk tolong Islam. Akak pilih feminism, and nak belajar how Western view this issue dan macam mana pandangan dari agama Islam”

Now, ‘borderless knowledge’ is not the only term apply to us. “Being borderless to search for knowledge” is another one. Have I done a lot enough? Have I read a lot of enough there? Discuss a lot enough? Listen a lot enough?

4. Experience wise. This is a general term, maybe this covers all 3 aspects above. Some people say the experience abroad is not complete if you stay ‘stagnant’ throughout it meaning being single and being married abroad has its own frame of experience that being in one, doesn’t complete the whole thing. Hoho. Maybe one chapter from Ustaz Hasrizal’s Bercinta Sampai Ke Syurga has another opinions. (malas nak mengulas topik hangat begini)

Perkelahan kanak-kanak IC3 di Herbert Park. :-) Khas untuk kawan-kawan di PMC!

(cerita bahasa Melayu real sikit…hehe)

Seperti yang direquest oleh Zahraazzahra,  saya akan mengabadikan sebuah cerita perkelahan kami. Nama watak-watak dirahsiakan kerana segan. Hehe.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: “Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Setelah tamat periksa IC3 kami satu batch muslimat pun berhajat ingin ke Howth, tetapi memandangkan ramai yang ada hal, maka lokasi ditukar ke Herbert Park berdekatan dengan kedutaan Israel (yang menyakitkan hati bagi mana-mana Muslim yang melaluinya). Namun, Herbert Park adalah lokasi yang mendamaikan, dan tak sah lah kehidupan anda di luar negara kalau tak pernah picnic masa summer ala-ala orang putih. Hehe. Maka kami nak buat style orang putih lah kiranya ni.

Picnic ini diinspirasikan oleh makan-makan yang dianjurkan oleh keluarga naqibah kami, iaitu ala BBQ. Wah masih ingat lagi makan dengan lazatnya, masakan ibu lah katakan. Maka, kami yang tak reti buat BBQ ni agak konfiden yang ianya senang sebab dah pernah tengok. Tengok je la.

Jadi kami pun pergi ke papan tanda. A berkata, “Oo, okay ni. Takda pun sign yang kata No BBQ is allowed here”. Mungkin memakai konsep kalau tak cakap, kira okay, maka kami pun yakin ianya sah di sisi undang-undang.

“Okay, start api.” Mungkin kerana kita ini sebuah generasi yang gunakan pemetik automatik, maka menyetart api pun dah satu masalah. Adoila. Sambil itu, masing-masing membawa keluar ayam dan sotong perap, kek harijadi, dessert dan macam-macam lagi juadah.

“Eh, dah ada api lah” kata B. Maka kanak-kanak yang begitu excited ini tak sempat membiarkan api memakan arang dan menjadi bara. Api naik aja disusunnya terus ayam satu persatu dan lelehan sos perap telah menyebabkan api padam dalam masa 10 minit. Namun beberapa ayam yang sempat masak dan terasa agak sedap, membuatkan mereka tak berputus asa dan lebih bermotivasi untuk mencuba tanpa henti. Maka berlakulah kitaran {start api-susun ayam-api padam-start api dan selanjutnya} sehinggalah mereka ini penat. Hujan renyai-renyai dan angin sepoi-sepoi bahasa Gaelic telah menyulitkan lagi keadaan.

C dan D telahpun mengambil inisiatif untuk ke Spar dan membeli set BBQ baru. Dan ketika ini, beberapa kitaran telah berulang dan Allah saja yang tahu betapa seksa meniup dan mengipas dalam keadaan yang kurang skill ini. Ada juga gangguan dan mehnah lain seperti anjing yang terlebih friendly dan nak ajak main. Dan kami juga sedar ada mata-mata dari apartment berdekatan memerhatikan kami. Kami ingat mereka sunbathing je. Rupanya mereka call police.

Sekembalinya C dan D dari Spar, kami pun menyalakan set BBQ kedua. Tiba-tiba sebuah kereta peronda lalu. Kami pun kaget dan buat macam tak buat BBQ pun. Kereta peronda itu berlalu saja. Apabila set BBQ pertama diangkat, rupanya rumput dibawahnya menjadi hangus. E berkata “Weh takpa ke hangus ni? Ini kan park.”. B menjawab, “Takpa kot, nanti tumbuhlah balik dia”.

Maka B dan E menyalakan set BBQ kedua, berbekalkan ibrah dari BBQ pertama. Dengan penuh sabar mereka mengipas sehingga api memakan arang sampai ke dalam dan ayam dan sotong dibakar sehingga habis. Suprise hari jadi juga sempat dibuat. Ukhuwah dan masakan C dan E yang enak menyebabkan kami sangat gembira.

“Eh dah nak 1.15 lah. Flight kita lagi 5 jam. Jom kemas!” B mencelah. Maka kami pun berkemas. “Eh, sekarang dah ada 2 tapak rumput hangus!”. Tiba-tiba pada masa itu juga, sebuah kereta polis muncul dan parking berdekatan. Semua orang jadi panik sekali. “Apa kita nak buat ni??” Menggelabah semuanya. Tanpa disedari, bagi menutup bukti dan alibi kehadiran set BBQ di situ, A dan B telah mengambil tindakan kamikaze dan duduk di atas tapak rumput hangus yang berasap itu.

2 polis wanita mendekati kami. “I’m sorry to disturb you in the middle of the picnic but some neighbours here lodge a report about a BBQ”. Diam, agaknya semua orang tengah berfikir nak cakap apa. A pun berkata “Yeah, but it was in a covered aluminium and we thought that it was okay since it is not mention in the main signboard”. “I’m sorry that it is actually prohibited here since this park hold quite a  reserve forest and the fires from the BBQ is making it prone to fire.” Kami pun menjawab, “I see, we are really sorry for this, but we are already packing up,”. “Owh, yes sure. I’m sorry too to disrupt you.”

Kedua polis itu pun beredar dan menunggu dari jauh agar kami tidak kekok mengemas. Maka semasa mengemas, C, D dan E pun terkejut melihat B yang terseringai dan berpeluh-peluh. “Eh, awak okay ke ni?” E bertanya kerana menyangka B nervous kerana polis tadi. B pun bangun dengan lututnya yang berasap-asap dan seluar yang penuh serbuk bara. Ya Allah! Barulah kami tahu kenapa B tak membantu langsung dalam menjawab soalan polis, mungkin kerana ‘heat stroke’ dari tanah hangus tersebut. Aduhai.

Hehe. Cerita ini mungkin ringan sekali contentnya, tetapi kami belajar banyak perkara juga.

1. Cara BBQ sebenar.

2. Belajar bahawa alam perlu dihormati dan begitu juga undang-undang tempat kita berada. Jangan ingat asalkan tak tertulis, maka ianya legal.

3. Paling penting sekali, bercakap benar. Mungkin terlintas di hati kami untuk menggoreng saja depan polis, alang-alang A dan B dan tutup bukti. Tetapi alhamdulillah, dengan hanya berkata benar, ia lebih dimudahkan Allah swt.

Simple but lengthy! Special to the PMC friends whom we forgot to share the stories, and you know who is A, B, C, D and E for sure! ;-)

Wallahu’alam

A Looong Halt

Assalamualaikum wbt.

Summer is reaching its end. And when I had noticed that only few days are left, half of me is in the dumps and the other half is pretty excited. Am not intuitive enough to call myself a clairvoyant, but this happens everytime school starts – homesick. To see my younger brothers sleep peacefully and gaming in excitement has been a pleasure that makes missing home a sure thing.  But a piece from Surah At Taghabun had lifted my spirit – Your riches and your children may be but a trial: but in the Presence of Allah, is the highest, Reward.

And this summer has been a journey to understand some strong concepts in life. Some basics that a 7 year old kid might understand first than me. And summer has its own glee and despair, success and disappointment. But, it’s okay. Alhamdulillah.

I am quite clueless about what to write, since quite a lot of good-stories-worth-to-share took place throughout the halt. And I am actually losing the vocabs and oh-how-to-make-engaging sentences as well. And this post, sungguh melancholic bunyinya.

Tak apalah, I’ll share a simple story, no heavy elements here.

I drive occasionally, in some summer perhaps. But never ‘challenged’ myself to fill in the tank on my own. And on one fine day, I had tempted to do so.

Me: Pakcik, RM20 yang nombor 2.

Pakcik: Okay.

Me: Terima kasih.

(tunggu dengan muka mengharapkan resit atau apa2 prove pembayaran)

Pakcik: Eh, dah ar.

Me: Oooooo. (ish, malunya)

(patah balik)

Me: Pakcik, saya isi RM20 je tapi kat situ RM40. (ingatkan dapat berlaku jujur)

Pakcik: Adoi, isi la dulu, nanti dia jadi la RM20.

Me: Oooooo.

(Isi cepat-cepat dan cuba cari stesen minyak lain untuk isi minyak di masa akan datang)

Wallahu’alam

‘Idiopathic’ Polydipsia

Assalamualaikum wbt.

(dah lewat dan saya belum baca buku!)

Kadang-kadang, saya ada satu tabiat sebelum tidur, iaitu MINUM BANYAK-BANYAK. Mungkin nampak sungguh tidak sihat dari segi medikalnya kerana anda boleh present dengan simptom Nocturia. Hehe. Tapi ada sebab yang saya ingin kongsikan kenapa saya buat demikian. Kenapa ya?

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

http://chinhuatw.files.wordpress.com/2008/02/devil.gif?w=161&h=151

Dalam beberapa pembacaan diceritakan pada ketika ini, manusia akan merasa sangat dahaga. Dan pada ketika ini, syaitan laknatullah datang menyerupai orang yang kita sayang dan mengumbang ambingkan iman kita. Nauzubillah… Dan pada saat yang begitu perit ini, tatkala manusia merasa sangat dahaga, dahaga yang amat sangat kerana sakitnya sakaratul maut itu. Ini pernah diriwayatkan oleh Abu Zakaria.

Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : “Aku tidak akan mengucapkannya”. Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : “Adakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku” Mereka menjawab : “Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua kali”. Kali ketiga engkau mengatakan : “Aku tidak mengucapkannya”. Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan mangkuk. Ia berkata kepadaku : “Apakah engkau memerlukan air” Lalu saya berkata : “Ya memang”. Seterusnya iblis berkata : “Katakanlah bahawa Isa anak Allah”. Maka saya berpaling dari arahnya. Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali. Kemudian dia berkata lagi : “Katakanlah, tidak ada tuhan”. Lalu aku mengatakan : “Aku tak akan mengatakannya”. Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan. Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : “Aku tidak akan mengikuti kamu semua”.

Haa…sebenarnya sebab itulah saya minum air banyak-banyak. Sebab takut ditakdirkan Allah taala, saya meninggal ketika tidur, at least saya tak dahaga. Aduhai, dah lama juga saya buat tabiat ini, ni tadi sebelum menaip baru bercadang nak pergi minum. Mungkin di usia kanak-kanak, pemikiran itu sungguh innocent. Tetapi apabila usia makin menjangkau maut, apabila hidup kian menjengah kubur, saya sedar sekadar minum air banyak-banyak sebelum tidur tidak cukup untuk menepis godaan syaitan dan mati dalam iman. Berada di dalam medicine line telah menginsafkan saya maut bukan calang-calang sakitnya yang boleh dipadamkan dengan persediaan 2 gelas air. Jadi apa persiapan yang wajar?

Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” .

It is not quench your thirst before you sleep, but it is iman that needs to be fortified.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Picture 1

Picture 2

Amalan Dzikir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebelum Tidur

Dzikir Sebelum Tidur

Maksudnya: ” Apabila Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu ditiupkan dan dibacakan Qulhuwallahu ahad (surah al Ikhlas), Qul a’u zubirabbil falaq (surah Al-Alaq) dan Qul a ‘u zubirabbinnas (surah An Nas), kemudian dengan kedua tapak tangannya, baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 1

Doa-Sebelum-Tidur

“Dengan nama-MU ya Allah, aku mati dan hidup” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 2

Doa Sebelum Tidur 2

Maksudnya:” Ya Allah, dengan Nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya), maka berilah rahmat kepadanya, dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Riwayat Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan An Nasa’i)

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya, dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)”. (Riwayat Abu Daud & At Tirmizi)

Banyak lagi sebenarnya perisai Muslim. Yang ini hanyalah doa semasa solat dan sebelum tidur.

Iman tidak teguh kalau hanya mekar sebelum tidur.

(should I get my sip eh nope, glasses of water. dapur sudah gelap)

Wallahu’alam

Bertuturlah Cinta

Assalamualaikum wbt.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk berjiwang-jiwangan di sini :-D Watched the trailer and tried to look up for the lyric and found that the meaning is deep. Again, lagu Indon lagi. Apa sudah jadi sama lagu Melayu saya pun tak tahulah, asyik nyanyi lagu cintan saja. Bola-bola api lah. Duhhh. Mengaghut.

Kadang-kadang saya terfikir, manusia selalu kata sukar untuk mengingati Allah swt kerana kita tak nampak Allah. Bila kita sayangkan seseorang, be it ibu ayah, pasangan hidup, anak-anak hatta kawan-kawan sekalipun, perasaan sayang itu kuat kerana mukanya dapat dibayang. Tetapi begitulah manusia, dangkalnya kita sebab kita tak ‘nampak’ apa yang kita ada depan mata kita. Adanya kita di atas muka bumi ini, adanya ibu bapa dan keluarga sebagai penyejuk mata kita, adanya harta dan kesenangan yang buat hati kita senang, adalah kerana cintaNya pada kita. Cinta dengan kurniaan tidak terhingga. Rahmat dan kasih sayangnya. Sebutlah lagi, apa lagi kata-kata cinta yang tiada pada kasih Allah pada kita. Cinta, kasih sayang, perhatian. Siapa yang dapat menandingi kasih sayang Allah swt, buat salah apa pun pasti akan diampunkan, bila kita bertaubat nasuha. Siapa yang dapat mengatasi cinta Allah swt, minta apa jua akan dikabulkan. Siapa dapat persoalkan, setiap apa yang dikurniakan atau ditetapkan pada setiap hambaNya, diselitkan hikmah dan ganjaran untuk setiap satunya hatta sekecil zarah. Memang kasih sayang Allah adalah Maha Cinta.

Roomate saya kata novel ni sangat best. Lebih realistik daripada Ayat Ayat Cinta. Dan dugaan yang ditimpakan ke atas Abdullah ini membuatkan saya sangat teringin untuk membacanya walaupun kalau combine dua buku, mukasuratnya 800 lebih. Waduh, kalau tak best, memang lah kan. It’s such a rare occassion that I wanted to read a fiction book. And the good thing is the producer or someboy in the film insisted that main muslimah casts in this film are those who wear jilbab. Bukan sekadar dalam filem.

Bila saya baca lirik ni, ada part tersenyum jugalah. Sebab berbunyi klinikal di situ. Hehehe.


Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu (regular pulse?)
Kembang kempis dadaku (Barrel chest?) merangkai butir cinta
Garis tangan (Palmar creases pallor) tergambar tak bisa aku menentang
or maybe it was just me who was into the notes so much.

ذکرالله by ukhti27.

(kudos to this picture owner)

I can’t say more, but the lyric is deep and beyond compare. MasyaAllah.

KETIKA CINTA BERTASBIH

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Back to [*][**]
Back to [**]

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

“Therefore remember Me, I will remember you… “

Al Baqarah 152.

Wallahu’alam

Ascending In Difficulty, Ascending In Iman.

Assalamualaikum wbt.

Seminggu jugalah tak menulis. Saya sudah mula kelas, bermula dengan rotation Medicine Rheumatology. Seronok sebab teamnya sangat best dan belajar semua sistem albeit dalam Rheumatology team. Registrars melayan kami bersungguh-sungguh. Ajar bagaimana nak present dengan smooth dan smart, ajar plan management dan revise pharmacology. Hari-hari diberi list untuk patient hunt untuk dapatkan experience clinical examination that normally come out in exams. Alhamdulillah. Setidaknya, saya bangun dan pergi kelas bersemangat :-D

Rasanya memang pendek sungguh entri hari ini. Tadi, kami berusrah. As Syahid Imam Hasan al Bana mengatakan usrah yang baik perlu ada 3 komponen, di mana salah satunya ialah berbincang masalah. (Dan mungkin ini satu faktor kami gian berusrah) Lalu keluarlah masalah akademik, usrah dan sebagainya. Saya bukan menulis untuk bincang masalah kami di sini. Masalah kami tadi masalah cliche saja. Hehe.

http://realenergy.shell.ca/images/pressads/difficultyes.jpg

Tetapi atas dasar, teringat apa yang orang selalu kata, semakin umur kita meningkat semakin rumit masalah kita. Itu adalah sedikit demotivating. Pada saya lah. Ianya seperti, “Owh, I’ve grown up and I have to endure this because life has always been like this.”. Seolah-olah hidup ini adalah untuk menyusahkan kita.

Alangkah beruntungnya orang-orang beriman, kita sentiasa ada sumber motivasi dan inspirasi yang tidak pernah jemu menyuntik kita dengan kata-kata semangat dan janji yang pasti. Iaitu Al Quran dan Hadith. Al Quran dan Hadith sentiasa mengingatkan kita agar stay in moderation dan tidak keterlaluan dalam pelbagai aspek. Apabila kita diuji, Allah menyuruh kita bersabar dan apabila kita diberi kejayaan Allah menegah kita bermegah-megah. Susah betul rasanya nak diceritakan semua, sebab terlalu komprehensif Al Quran ni! :-)

http://learnquran.files.wordpress.com/2006/12/normal_quran_9301.jpg?w=570

Wahai jiwa-jiwa yang diuji, ingatkah kita pada…

Saad bin Abi Waqqas berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya” Nabi saw menjawab, “Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kuat dia diuji sesuai itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa.”

(HR. Al Bukhari).

Wahai jiwa-jiwa yang merasakan dunia sudah terlalu sempit bagi mereka, ingatkah kita pada…

[Ali Imran: 139] Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.


[Ali Imran: 142] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.

[Al Baqarah: 214]
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Ini adalah peringatan buat diri saya juga. Penghuni universiti yang paling suka failkan studentnya.

You don’t develop courage by being happy everyday. You develop it by surviving difficult times and challenging adversity.

http://farm4.static.flickr.com/3351/3244914258_2c0333d87d.jpg

Wallahu’alam

Bermusafir, Dibimbing Bimbingan Mukmin

Assalamualaikum wbt.


(sisipan ke YG PPIMI 17 Mei 2009)

Semoga semua berada di dalam kemanisan iman dan taqwa insyaAllah
Nampaknya musim panas makin menjelang, bagasi sudah dipenuhi, buku sudah siap dibungkus di balik almari, keluarga sudah terbayang-bayang di dalam hati.

Bersempena musim balik kampung dan musim bercuti, maka ingin saya berkongsi sebuah pengisian daripada Bimbingan Mukmin (Ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali) tentang

http://blog.cleveland.com/beyondrape_impact/2008/05/day%201%20-%20prison.jpg
BERMUSAFIR


Meringkaskan dari Bimbingan Mukmin, ‘short notes’ ini akan dipecahkan kepada penerangan jenis Golongan Musafir dan Adab – Adab Musafir.



GOLONGAN MUSAFIR.


GOLONGAN PERTAMA:

Bermusafir untuk menuntut ilmu pengetahuan. Ini adakalanya wajib atau sunat, dilihat dari jenis ilmu pengetahuan yang dituntut.

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali”
(Riwayat Tarmizi)


Tentang jenis ilmu, dihuraikan bahawa penting untuk menuntut ilmu pengetahuan untuk membaiki perilaku akhlak, kerana seseorang tidak dapat menginsafi keburukan dan sifat tercelanya sendiri apabila perkara itu lazim di tempatnya sekarang kerana ia sudah menjadi tabiat masyarakat.  Tetapi, apabila diuji dengan sesuatu yang asing pada diri kita, barulah kita dapat melihat keburukan pada diri kita sendiri dan berusaha untuk melenyapkannya.

Ambillah manfaat dari pemandangan dari tempat-tempat yang indah dan berfikirlah tentang ayat-ayat Allah, agar ia menambahkan lagi keimanan kita dan meneguhkan keyakinan kita kepada Al-Khaliq.

GOLONGAN KEDUA:

Bermusafir untuk tujuan ibadah seperti menunaikan haji dan peperangan.

Hadis Abu Hurairah r.a:

“Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali menuju ke tiga buah masjid iaitu masjidku ini iaitu masjid Nabi, Masjidilharam di Mekah dan Masjidilaqsa
(Sahih Muslim)


GOLONGAN KETIGA:

Bermusafir untuk menghindarkan diri dari sebab-sebab yang menganggu agama.

GOLONGAN KEEMPAT:

Bermusafir untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang membahayakan tubuh, selain lari dari penyakit taun. (Kerana ada hadith yang jelas melarang.)

Pendeknya, sesuatu tujuan musafir hendaklah difikirkan niatnya. Kerana hatta seseorang itu mahu beribadah menunaikan haji sekalipun, tetapi didorong perasaan riak, maka ia tidak lagi dikira amalan akhirat. Maka, mari kita berfikir sejenak, begitu jauh kita mengembara pulang, tetapi adakah niat kita berada di dalam niat yang diredhai Allah swt. Kerana jika tidak, maka sia-sialah penat lelah kita berjalan, hanya mendapat hasil di dunia sahaja.

إِنَّمَا الأعْمَالُ بِالنِّياتِ
“Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niat.”
(Sahih Bukhari dan Muslim)



ADAB – ADAB MUSAFIR


Adab – adab ini diterangkan tentang perihal sebelum musafir sehinggalah ia pulang kembali. Diringkaskan dalam bentuk short form.

Adab I

1. Dimulai dengan memulangkan semula semua harta yang diperoleh dengan pinjaman, secara zalim, penganiayaan, penipuan, pencurian dan sebagainya.
2. Tunaikanlah segala hutang piutang yang masih tertunggak.
3. Lengkapkanlah persiapan dan nafkah tanggungannya, agar tanggungannya ia tidak menghadapi kesukaran nanti.
4. Bekalan yang mahu dibawa mestilah dengan cara benar, bukan diperoleh dengan cara haram lagi batil.
5. Sekiranya, bepergian dengan kumpulan, pastikanlah bekalan mencukupi untuk semua ahli kumpulan.
6. Dalam bermusafir, usahakanlah selalu mengucapkan perkataan-perkataan manis dan baik, suka beri makan pada orang lain.
7. Tampilkanlah budi pekerti yang luhur lagi mulia kerana sepanjang musafir, seseorang akan menemui perkara -perkara yang menyakitkan hati, menimbulkan kekeluhan, maka barangsiapa yang masih luhur budi pekertinya semasa musafir, itu adalah tanda kebaikan budi pekertinya.
8. Berbuat baik kepada sesiapa yang kita sewa bendanya, menolong orang yang tergendala perjalanannya.
9. Beri sedekah kepada orang yang habis bekalan.
10. Lebih sempurna, jika dapat bergurau senda dengan kawan-kawan, tetapi jauhilah perkara maksiat dan perkataan kotor. Semua ini dapat meringankan kesukaran dan mengurangkan keluhan hati.

Adab II

1. Apabila jauh, hendaklah bermusafir dengan sahabat. Carilah sahabat dahulu, baru bermusafir. Carilah sahabat yang dapat membantu dalam urusan agama, agar ia dapat mengingatkan apabila kita lalai dan lupa.
2. Angkatlah seorang menjadi pemimpin. Pilihlah yang terbaik akhlaknya, yang selalu mengutamakan kepentingan sahabatnya dari dirinya dan mengutamakan persepakatan.

“Jika kamu bermusafir bertiga, maka angkatlah seseorang di antara kamu itu sebagai pemimpin.” (Riwayat Thabrani)

Adab III

1. Sebelum berangkat hendaklah meminta diri dahulu dari sahabat-sahabat yang masih menetap atau tidak ikut bermusafir. Orang yang meminta diri sebaiknya mengucapkan

“Saya serahkan kepada Allah, agama dan amanat saudara, dan penutup amalan saudara.” (asal hadith, diriwayatkan Tarmizi)


2. Setelah itu diikuti dengan berdoa,

“Mudah-mudahan engkau dibekali ketakwaan oleh Allah, dan Allah mengampuni dosamu dan menunjukkan kebaikan kepadamu di mana sahaja engkau berada.”


3. Selanjutnya, orang yang mahu bermusafir itu hendaklah beristikharah dan bertawakkal kepada Allah swt sebaik saja melangkah keluar pintu.

4. Bacalah doa menaiki kenderaan,

http://raiha98.files.wordpress.com/2008/12/doa-naik-kenderaan.jpg?w=570


Adab IV

1. Hendaklah mempunyai sifat belas pada binatang kenderaannya. Jangan sekali dibebani sehingga overload dan jangan dipukul kepalanya sebab kedua tadi sangat dilarang dalam Islam.
2. Disunatkan sekali sekala turun dari kenderaan untuk merehatkannya.
3. Hendaklah seseorang tidak membawa suatu yang tidak termasuk di dalam perjanjian ketika sewa menyewa dibuat.

Adab V

1. Hendaklah selalu berhati-hati, jika bermusafir bersama kafilah atau rombongan agar tidak tertinggal. Sebaiknya berganti-ganti jaga semasa tidur.
2. Orang yang bermusafir hendaklah membawa bersamanya alat-alat mengemas diri, pada masa yang sama tidak terlalu menyusahkan dirinya dalam perihal taharah (bersuci), baik berwuduk dan sebagainya.

Adab VI

1. Apabila Rasulullah saw selesai berperang atau menunaikan haji / umrah, baginda sentiasa bertakbir di tempat tinggi sebanyak 3 kali.
2. Rasulullah saw melarang mengetuk pintu rumah keluarganya sewaktu malam, seolah begitu mendadak kedatangannya agar tidak mengejutkan.
3. Baginda mengajar apabila sampai, menuju ke masjid dan menunaikan solat 2 rakaat, kemudian barulah baginda masuk ke rumah.
4. Bawalah buah tangan untuk keluarga mengikut kemampuan. Ini adalah kerana kita disunatkan, memberikan kegembiraan dengan membawa buah tangan. Tambahan, ini adalah tanda mereka tetap diingati apabila bermusafir.
5. Apabila berada di negeri, bertemulah dengan ilmuan, ulama, hukamak dan mempunyai peribadi yang baik. Niatkanlah untuk mendapat faedah dan manfaat daripada mereka.
6. Jika mahu menziarahi sahabat, elakkanlah melebihi 3 hari menetap di rumahnya, kerana memang itulah hadnya seseorang perlu dilayan sebagai tetamu. Kecuali orang yang diziarahi sangat berat untuk ditinggalkan, atau sangat rindu kerana lama tidak berjumpa.
7. Janganlah melakukan perkara yang tiada manfaat, kerana ini akan melenyapkan keberkatan perjalanannya.

Alhamdulillah, telah selesai kita membaca adab-adab bermusafir. Semoga ini menjadi titik untuk kita berfikir kembali tentang perjalanan kita dan mendapat pahala yang besar daripada Allah swt. Selamat menemui keluarga dan have a safe journey bagi yang bakal pulang minggu ini!

Wallahu’alam.


Bermusim tinggalkan perlabuhan
Layari hidup sendirian
Kembali ku mencari fajar suci
Mengisi sepi hati ini
-Camar Yang Pulang-
Nurhanis Syazni Roslan

Timbalan Presiden PPIMI
RCSI 2011

From Umar ibn Al-Khattab from the Prophet(saw) who said:


“If only you relied on Allah a true reliance, He wouldprovide sustenance for you just as He does the birds: They fly out in the morning empty and return in the afternoon with full stomachs.”


Ahmad, An-Nasaa’I, IbnMajah, Al-Hakim and At-Tirmidhi who said: “Hassansahih”

Saya Tulis, Saya Padam

Assalamualaikum wbt.

[11.JPG]

Tadi jengah sebentar ke website GAMIS. MasyaAllah, hebat betul. Mereka lebih berani dan sangat terkehadapan. Boleh berpidato di hadapan rapat umum tak ubah gaya seorang tokoh hebat. Berani menulis dengan karya-karya yang membakar semangat mahasiswa. Baru betul dengan apa yang Prof Khoo Kay Kim kata, kehebatan mahasiswa ini, adalah mereka mampu mengubah masyarakat.

Ini apa yang saya tulis di Hamster Menulis ni? Aduh. Jauh beza dengan pimpinan GAMIS. Semoga suatu hari, saya juga mampu menulis sedemikian rupa insyaAllah.

Saya tulis, saya padam.

Ada satu perkara yang dari semalam saya cuba tulis. Saya tulis, saya padam. Saya tulis, saya save sebagai draft. Alah, susah betul. Sekarang sekali lagi saya tak mampu teruskan tulisan saya.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman”[Ali Imran : 139]

Benarlah wanita ini 1 akalnya, 9 nafsunya. Kadang-kadang kerana ikutkan sangat hati dan perasaan, wanita boleh hilang rasionalnya. Saya tak tulis ini spesifik pada siapa. Saya tahu wanita memang begini. Boleh jadi, saya pun boleh jadi begini.

Mau saja saya cakap pada wanita-wanita yang terlalu mengikutkan sangat mood, hati, perasaannya ini.

Kita yang govern mood kita, hati kita, perasaan kita. Kenapa nak biar saja mood kita kawal diri dan tindak tanduk kita? Kadang-kadang kita diperbodohkan mood kita sendiri. Cuba kita fikir, apa yang kita buat bila kita moody? Kalau baca Quran, alhamdulillah. Tapi, kebanyakan perkara yang kita buat masa moody adalah perkara yang syaitan bertepuk tangan. Perkara yang sahabat kita terasa hati atau mungkin susah hati. Sahabat kita tertanya-tanya, berusaha buat kita gembira. Kita sedar pun tidak. Bila moody, semua orang salah, semua orang tak cuba faham kita. Aduhai. Mungkin saja orang melayan moody ni sebab nampak tak serius, walaupun boleh jadi ia simptom Bipolar Disorder. Ada yang menyalahkan hormon. Payah juga begini, setiap bulan pun kita nak moody? Ada juga yang bagitau, “Eh, susahlah. Aku tengah diet. Mood memang low.”. Kalau beginilah kesan diet, baik rentikan saja diet ni. Kalau kerana tak makan, hari-hari mood swing. Kalau kerana anda mau ramping, semua orang menerima kesannya.

http://teplovozik.biz/images/8/c/c/diet.6.jpg

Saya sendiri tak pasti, tapi sepanjang membaca sirah nabi, belum pernah saya jumpa cerita Rasulullah atau sahabat moody. Adakah ini berkaitan dengan iman kita yang senipis kulit bawang? Mungkin. Atau mungkin cara kita menangani hati bukan dengan cara fitrah? Satu ketika Saidatina Fatimah ra. bertemu Rasulullah saw selepas mengadu kepada suaminya, Saidina Ali Karamallahu Wajhah. Fatimah ra terlalu penat menguruskan rumah dan tangannya sakit kerana menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali mengesyorkan Fatimah berjumpa ayahandanya yang baru pulang dari perang dan membawa pulang tawanan. Lalu, Fatimah memohon kepada ayahnya seorang khadam untuk membantunya.

Rasulullah saw pergi menemui anak dan menantunya lalu berkata,

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan pekara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku?Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,

bertasbihlah Subhaanallaah 33kali,

bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali

dan bertakbir Allaahuakbar 33kali.

Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam”

Semua orang pasti ada masalah masing-masing. Namun, sekiranya kita tidak mampu menanganinya sendirian, libatkanlah orang lain secara profesional, iaitu berkongsi masalah. Janganlah libatkan tak tentu pasal dengan off mood dan buat muka. Zalim bagi orang lain yang tidak tahu punca.

Satu terapi kalau kita benar-benar sedang sedih, berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah swt mohon ditenteramkan jiwa. Specialnya orang Islam adalah, formula y = xm + c tidak valid. Kita tidak tertakluk pada  bercakap pada formula itu semata-mata. Allah boleh merubah semuanya dengan hanya lafaz Kun Fayakun. Apakata kita cuba berbicara dengan Allah swt di malam hari, tatkala tiada siapa pun mendengar. Ataupun kita cuba bercerita pada seseorang. Ataupun kita cuba menggembirakan orang lain, di saat kita tertekan. Kerana melihat orang lain gembira, boleh merawat kesedihan kita barangkali. Saya sendiri bukan kaunselor, maka saya bukanlah orang yang profesional untuk menasihati perkara ini. Tetapi bagi setiap permasalahan kita, adalah lebih baik kita kembali ke Al Quran dan As Sunnah. InsyaAllah ada jawapannya :-)

“…cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” [At Taubah: 129]

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’’ [Surah Al-Baqarah: 45]

“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Surah Yusuf: 87]


Wallahu’alam.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.