Semput

Assalamualaikum wbt

Post ini khas aku dedikasikan kepada warga PUISI 08 yang begitu penyayang dan tabah. Huhu

*Saya lembab macam siput*

Saya, Nurhanis Syazni binti Roslan, student ID 06171141, dengan ini meminta maaf kerana tidak dapat memberi komitmen yang terbaik kepada warga PUISI 08 dalam semenjak dua ini.

Buat Usop dan Adila,

Saya minta maaf dengan segala kekurangan dan segala kelewatan dari pihak saya sekiranya ada di mana-mana.

Buat Liyana,

Aku masih lagi tak dip into budget. Seriously, aku akan cuba cari masa esok. Kesian kau, dahla buat sorang-sorang aritu sama adila. Huhuu…seriously, aku minta maaf!

Buat Nazirah,

Akak minta maaf sangat2 sebab tak tengok lagi kertas kerja awak. Semalam akak habiskan mendalah Mission2China dulu sebab dah tinggal lagi sebulan diaorang nak berangkat, dan laporan IMAM yang sangat urgent. Tadi awak tegur akak kan kat YM, akak tak jawab sebab malu… tak tau nak bagitau awak macam mana. Tak sempat tengok paperwork awak lagi. Minta maaf! HuuUuuu.. Akak akan cek dan tambah part akak esok juga, insyaAllah!! (insyaAllah arab bukan melayu)

Sekarang…nak tidur pun serba salah. Banyak lagi hutang kerja aku dengan orang. Dengan Pejai, Aref Ezrin, tulang belulang kat UCD tak sempat fetch aritu, sijil sympo tak abis hantar lagi, surat penghargaan speakers sympo lagi. Arghh… Anis, kau loser!

Tapi walau apa pun, aku tak mahu bagi alasan seboleh-bolehnya. Kena contohi Ka’ab ibn Malik.

Dan macam mana pun, tanggung jawab pada ibu bapa dan keluarga, kita kena cuba secuba-cubanya untuk tidak abaikan. Setahun, 3 bulan aja dengan mereka. Kalau dah berkeluarga lagi, berapa harilah sangat.  Jadi, bersama-sama kita, menabur bakti pada ibu bapa, keluarga dan sama penting, kerja dakwah!

 

Salam Kemaafan Dari Saya, Timbalan Pengarah 2 yang telah menduakan anda! (huhu)

WALLAHU’ALAM

Advertisements

21 responses to this post.

  1. Posted by nazirah azman on June 10, 2008 at 10:22 am

    assalamualaikum

    kak anis, smlm saya tegur akak kt ym sekadar nak bertanya khabar je..pelik sbb tgk akak tak tido lg..huhu.. saya fhm je akak sibuk..xpe2, saya wat dulu paperwork tu..for the time being, saya gerak ngan dyh n myrah dulu..nnt akak pantau je la k.. sian akak byk sgt keje.. dun overdo urself ye sis.. takut nnt semput betul2.. take care..
    moga dipermudahkanNya..allahumma yassir wa la tuassir
    salam sayang.. =)

    Reply

  2. Posted by Anonymous on June 10, 2008 at 11:08 am

    hurmm^^,

    salam ya anti al-khair..
    kaifa haluk?

    jz drop by here coz i think we know each other once upon a time..but jz ignore it..

    menarik tulisan kamu ni.. bila saya mendalami apa isi tersirat dalam entry ‘summer perjuangan’.. jelas anda ambil berat akan keadaan sosio politik di negara kita tercinta yang mungkin pandangan itu lahir daripada pengetahuan anda yang luas apabila sudah jauh berjalan merantau di negeri orang..

    cuma saya rasa terpanggil dengan hasrat ingin tahu yang mendalam apabila baca entry ‘semput’ ni….

    apakah definisi perbezaan di antara insyaAllah arab dan insyaAllah melayu dari sudut pandangan intelektual pemikir MELAYU seperti anda..

    diakhiri dengan maaf kalau bertanya..

    sekian.. ilalliqo’ ^^,

    Reply

  3. Posted by hamstermenulis on June 10, 2008 at 12:08 pm

    waalaikum salam wbt

    Nazirah: hehe..tapi still segan nak jawab ym awak smlm,sbb takda progress lg dari pihak akak. anyway, jzkk tau awak!:D

    Anonymous: jzkk for visiting to this site:)
    “jz drop by here coz i think we know each other once upon a time..but jz ignore it..” eh, buleh sy tau siapa ini? betul2 tak dpt sy teka, kwn mrsm ke?

    hehe. berkenaan insyaAllah itu, sbnrnya dia merujuk kpd penggunaan insyaAllah yang hampir2 dibudayakan oleh orang Melayu, seolah-olah menjadi ungkapan utk melepaskan diri, atau tak mahu buat tapi memberi harapan mahu buat agar tidak mengecewakan sang peminta bantuan. Manakala, insyaAllah bagi ‘konteks arab’ pula,mereka ini kalau cakap insyaAllah,memang sungguh2 (naqibah sy yang pernah duduk di saudi bagitau, sy tak pernah tinggal di sana). sebab mereka kenang InsyaAllah sbg janji kpd Allah.

    Tetapi kalau perkataan Wallahi pula, itu terbalik. Kalau orang Melayu, Wallahi tu memang takut nak sebut sbb tau sumpah dgn nama Allah. Tapi kalau orang Arab…perkataan tu memang senang2 meluncur dari mulut mereka, mcm insyaAllah melayu. Dia sudah jadi satu kosakata dalam cakap2 biasa pula. Sikit2 Wallahi. “Ana sudah makan tadi, Wallahi,”

    Berkenaan hukum, sy ada tanyakan pada ustaz Habib yang dtg bagi kuliah di Dublin, ustaz kata Wallahi orang Arab ini namanya sumpah ‘laghu’, mcm tidak jadi satu sumpah kerana mereka buat benda ni mcm tidak berat. Tetapi kalau contohnya di mahkamah, kita angkat sumpah sebut Wallahi tetapi kita menipu,maka kita berdosa besar kerana berdusta di sebalik sumpah dengan nama Allah.

    Saya pula nak bertanya ilalliqo’ tu apa ya? (ni la mslh tak tau bahasa arab ni. hehe. jzkk)

    Reply

  4. Posted by Anonymous on June 10, 2008 at 2:29 pm

    hurmm^^,

    ~eh, buleh sy tau siapa ini? betul2 tak dpt sy teka, kwn mrsm ke?~
    oh..saya bukan syiapa2..kawan lama je, bkn mrsm, kamu kenal saya seminggu je at someplace..memang xsilap lagi bile tgk gambar kamu yang pakai spek tu kan..^^,

    terima kasih menjawab soalan saya dengan begitu terperinci dan kiranya sudah menjawab apa yang menjadi persoalan tadi.. jawapan anda memang merujuk kepada fakta-fakta daripada sumber yang benar.. teruskan memberi pandangan dengan fakta-fakta kerana apabila berdepan dengan para intelektual dan cendekiawan, mereka memerlukan fakta yang tepat kerana kemajuan teknologi sekarang membolehkan fakta di hujung jari..

    cuma saya mahu berikan pandangan ‘akli saya (sebagai renungan saja)

    anda menjelaskan “insyaAllah yang hampir2 dibudayakan oleh orang Melayu”
    setuju kalau saya mengatakan yang ianya bukan hampir2 tetapi memang ia sudah menjadi budaya orang MELAYU termasuk anda sendiri sedang mengamalkan budaya tersebut(sebagai contoh).. Pada fikiran saya, inilah keunikan bangsa MELAYU dalam mengadaptasikan unsur ISLAM menjadi suatu budaya.. apabila berjanji diiringi dengan insyaAllah bertujuan untuk sekiranya diizinkan Allah, janji tersebut akan diilhamkan kembali dalam kesibukan kita melaksanakan kerja-kerja lain.. ini terbukti apabila anda sedang berfokus kepada kerja-kerja lain dan diilhamkan semula janji anda tadi dengan izinNya agar ia tidak tertinggal.. dengan ilham itu anda menulis blog ini untuk menyatakan perasaan dan situasi anda sekarang kepada kawan anda tadi(nazirah) supaya ia kedua-dua belah pihak memahami dan tiada perasaan segan dan serba salah.. sebenarnya itulah bentuk pertolongan dan ilham daripada Allah S.W.T. apabila kita serahkan janji kita kepadaNya.. sama seperti ucapan anda “jzkk”, anda amat bersyukur kepada Allah dengan sesungguhnya, diringankan bebanan dengan jawapan Nazirah tadi..

    apa yang saya nak sampaikan.. inilah budaya kita.. budaya kita wajah kita.. sama seperti orang arab.. budaya dia wajah dia.. jadi tidak salah sekiranya kita mengamalkan budaya kita ini kerana ia tidak memudaratkan malah ianya suatu keindahan dalam hablu mina naas antara anda dan kawan2..

    owh..ilalliqo’ tu kalau xsilap.. sehingga ketemu lagi..^^,

    Reply

  5. Posted by Anonymous on June 10, 2008 at 2:34 pm

    ..

    semoga anda teruskan dengan pandangan yang “lebih lurus dan jauh”

    salam..^^,

    Reply

  6. Posted by adila on June 10, 2008 at 3:27 pm

    salam.anis, jangan la rasa bersalah kerana “menduakan”kami semua.apapun, aku yakin kau wanita besi versi dublin! Kita tolong top up kerja masing2. Hari ni hari kau, mana tau esok hari aku. Yang lagi penting you have done loads of work (multitasking) which I swear I can’t.

    Reply

  7. Posted by uSop on June 10, 2008 at 6:02 pm

    salam..huhu..promote blog ek? ringkasnye:
    betulkan niat,
    jernihkan matlamat,
    kuatkan azam,
    teruskan perjuangan =)

    seorang kawan berkata, “jangan biarkan mintak maaf tu hanya sekadar lafaz di bibir sedang maksud dan harapan yang ada di sebalik perkataan itu yang ingin diselami”

    Reply

  8. Posted by hamstermenulis on June 10, 2008 at 6:06 pm

    Salam anonymous:)

    erm seminggu…kat germany eh? mas kedua eh? ke dekat btn? erm…tapi btn semua budak kmb.

    terima kasih atas the insights on insyaAllah. betul juga kan? at least Melayu membudayakan sesuatu yg dari Islam, daripada ambil pengaruh barat, jauh lebih baik ambil yang Islam. Sy setuju dgn pandangan tersebut:D

    cuma apa yang menjadi concern waktu usrah kami sembang hal ini dulu ialah insyaAllah yang skrg seolah-olah disebutkan oleh ramai org dlm keadaan salah konteks, instead of berjanji dgn Allah, ia jadi seolah2 ayat berlepas diri dan menyedapkan hati orang lain tanpa betul2 berjanji. jadi, selepas kami menyedari komitmen sebenar lafaz insyaAllah itu, kami jadi mcm bila nak sebut tu…mmg mengingatkan diri, kena buat sungguh2 ni. hehe.

    kisah insyaAllah ni ada jadi asbabun nuzul surah Al Kahfi, ayat 23-24 tak silap saya.

    Wallahu’alam

    Adila,

    wei, jelesnya aku hangpa semua nak pi dah!!! aku menanti jubah hitam aku. kuikuikui. nnt balik hangpa mesti cerita semua sejarah mesir kat aku tau

    Reply

  9. Posted by hamstermenulis on June 10, 2008 at 6:09 pm

    to usop

    promote? buleh la kot. huhu. ‘lagipun blog ni terpaksa difemeskan nanti kan’

    “seorang kawan berkata, “jangan biarkan mintak maaf tu hanya sekadar lafaz di bibir sedang maksud dan harapan yang ada di sebalik perkataan itu yang ingin diselami”

    besar maknanya tu, insyaAllah:)

    Reply

  10. Posted by anakMelayu^^, on June 10, 2008 at 7:58 pm

    hurmm^^,

    itulah yang saya harapkan tadi, akhirnya anda memberikan fakta yang jelas, nyata dan tidak boleh disangkal iaitu ayat 23-24 surah alkahfi..

    saya kongsi site ni.. penjelasannya sungguh menarik
    http://mykonsis.wordpress.com/2008/05/23/surah-al-kahfi-23-24-insya-allah/

    dan hasrat saya tercapai, anda akhirnya menyedari akan hakikat diri kita ini adalah MELAYU..^^, kerana soalan saya pada awalnya tadi terdetik apabila merasakan yang saya ni bangsa Melayu tetapi tidak pernah mendengar istilah insyaAllah Melayu.. dan saya merasakan jiwa cintakan bangsa ini terasa sedikit teralih apabila ia dikeluarkan oleh bangsa melayu sendiri.. ditambah lagi statement anda “seolah-olah menjadi ungkapan utk melepaskan diri, atau tak mahu buat tapi memberi harapan mahu buat agar tidak mengecewakan sang peminta bantuan” menunjukkan yang martabat kita ini sedikit rendah..sedikit je..hehe^^,

    saya sertakan kata-kata hikmah ini sebagai renungan daripada pandangan saya yang menhangatkan isu ini…

    tanpa bangsa siapalah kita,
    tanpa agama siapalah kita,
    tanpa negara siapalah kita,
    tanpa seni, budaya, dan bahasa
    jiwa bangsa itu adalah kosong..

    salam..^^,

    Reply

  11. Posted by anakMelayu^^, on June 10, 2008 at 8:08 pm

    apa yang saya harapkan setelah anda baca penjelasan pada link mykonsis di atas.. anda jangan ragu-ragu lagi untuk menyebut insyaAllah sambil terdetik di fikiran “insyaAllah melayu ke insyaAllah arab ni?,”..hehe..^^,

    salam..^^,

    Reply

  12. Kuatkan semangat hanis… yeay… Aku nak minta kebenaran letak link blog ko kat blog aku.. (aku dah jadi pembaca tetap blog ko)… hihih

    ps: Makin lama makin terbakar aku baca komen kat blog ko… (pun intended) hihihi..

    Reply

  13. Posted by hamstermenulis on June 11, 2008 at 9:58 am

    to anakMelayu^^: insyaAllah, slps ini sy sendiri berharap agar tiada lagi insyaAllah melayu atau arab. harapnya insyaAllah tulen semata-mata.
    terima kasih sbb sudi berkunjung kat sini, seronok gak dpt tukar2 fikiran ini. nnt insyaAllah sy akan tulis sebuah entri betapa ketika zaman sekolah sy dahulu, sy di alam denial, segan nak mengaku melayu. alhamdulillah, anda telah mengilhamkn sy cerita konflik dlmn sy dahulu.

    tp kan yg part ini

    “tanpa bangsa siapalah kita,
    tanpa agama siapalah kita,
    tanpa negara siapalah kita,
    tanpa seni, budaya, dan bahasa
    jiwa bangsa itu adalah kosong..”

    kenapa arrangement dia bukan mcm ni?

    “tanpa agama siapalah kita,
    tanpa bangsa siapalah kita,
    tanpa negara siapalah kita,
    tanpa seni, budaya, dan bahasa
    jiwa bangsa itu adalah kosong..”

    sekadar bertanya..

    asreh: thanks! letak2, alhamdulillah. ada org bc rupanya blog aku nih. aku aritu main letak aje link blog ko. tak tanya dlu pun. maklumlah,org tak reti blogging, tak tau ada blogging. sorry eh:D

    Reply

  14. Posted by hamstermenulis on June 11, 2008 at 10:00 am

    tak tau adat* blogging. sorry eh

    Reply

  15. Posted by anakMelayu^^, on June 11, 2008 at 2:45 pm

    hurmm^^,

    saya menantikan entri anda berkaitan alam denial.. menarik tu kalau kupas teori alam denial kenapa segan nak mengaku melayu.. ini kiranya sudah masuk teori psikologi denial yang berkaitan konflik mempertahankan diri ni kan.. “defence mechanisme”.. ^^,

    alhamdulillah, anda ambil masa untuk berfikir akan kata2 hikmah itu.. sebenarnya banyak elemen tersirat dalam kata2 itu..

    berkaitan arrangement kenapa tidak:
    “tanpa agama siapalah kita,
    tanpa bangsa siapalah kita,
    tanpa negara siapalah kita,
    tanpa seni, budaya, dan bahasa
    jiwa bangsa itu adalah kosong..”

    kerana, ketika ini fikiran saya berfokus kepada bangsa dengan seni budaya dan bahasanya yang mengadaptasikan elemen Islam dalam mengenal hakikat diri..

    sebab itu saya mulakan dengan tanpa bangsa siapalah kita dan disudahi dengan jiwa bangsa itu adalah kosong sekiranya tidak diisi dengan seni budaya dan bahasa yang menguatkan jatidiri bangsa, di mana bumi ini kita pijak dan langit ini kita junjung adalah negara kita.. dan ianya dicapai dengan elemen ajaran Islam yang menjadi dasar pemikiran masyarakat dan bangsa kita..

    kronologinya kita dilahirkan dengan jiwa roh yang suci tanpa apa-apa.. dan yang mencorakkannya adalah ibu bapa.. cuba kita renungkan sekiranya kita ditakdirkan sedari loh mahfuz dilahirkan di kalangan bangsa yahudi/nasrani/majusi/eropah/amerika/india/china atau apa-apa lagi.. sudah tentu kita akan dicorakkan dengan seni budaya dan bahasa yang menjadi jatidiri negara mereka dan sudah tentu diterapkan dengan ajaran agama mereka.. sama seperti kita mengatakan yang remaja2 kita sekarang berpakaian mengikut pengaruh barat.. jadi itulah yang menjadi jatidiri budaya dan seni mereka yang dinamakan “barat”..

    maka intipati yang ingin saya huraikan ialah wujudnya perasaan cinta kepada bangsa yang melahirkan kita ini sejurusnya kita akan cinta kepada agama yang kita warisi dan cinta kepada negara yang kita duduki dan naungi walaupun setinggi mana kita terbang menjelajah ke negara orang.. negara kita tetap yang terbaik walaupun susasana sosio ekonomi dan politik amat kacau..

    hehe..saya sudahi dengan hikmah nukilan orang-orang terdahulu..

    apa tanda melayu jati, bersama islam hidup semati
    apa tanda melayu jati, islam melekat di dalam hati
    apa tanda melayu bertuah, sebarang laku menurut sunnah
    apa tanda melayu bertuah, hidup mesti bersama akidah
    apa tanda melayu berakal, di dalam islam ia beramal

    salam..^^,

    Reply

  16. Posted by hamstermenulis on June 12, 2008 at 6:38 am

    jzkk kepada anakMelayu^^, nukilan yg terakhir tu amat menarik sekali.

    anda ada keterampilan jadi pejuang bangsa:)

    bnyk yg tersirat dlm bait ini

    “maka intipati yang ingin saya huraikan ialah wujudnya perasaan cinta kepada bangsa yang melahirkan kita ini sejurusnya kita akan cinta kepada agama yang kita warisi dan cinta kepada negara yang kita duduki dan naungi walaupun setinggi mana kita terbang menjelajah ke negara orang.. negara kita tetap yang terbaik walaupun susasana sosio ekonomi dan politik amat kacau..”

    hehehe…

    mgkn buleh sy tanya, kalau tak keberatan, mgkn anda sudi huraikan apa pandangan anda tentang isu ketuanan melayu yang dilambungkan gara-gara gelora politik lewat ini?

    (rs mcm masuk debat perdana pulak)

    Reply

  17. Posted by anakMelayu^^, on June 12, 2008 at 11:57 am

    hurmm^^,

    terima kasih kerana anda terus menerjah fikiran saya yang sedang bergulung ibarat benang dilembarkan perlahan-lahan.. moga lembaran yang dibuka ini tidak kusut..

    sesungguhnya persoalan2 anda amat menarik dan akhirnya sampai ke tahap ini..betullah seperti kata rasa macam berdebat ek.. sesunggguhnya niat awalnya hanya perasaan ingin tahu..

    tidak, saya bukanlah pejuang bangsa..^^, saya cuma rasa hangat dengan aliran darah dalam diri ini yang dibentuk acuannya oleh dua insan melayu..

    sebelum huraian isu ketuanan melayu, saya jelaskan yang saya bukannya menyokong mana-mana badan politik atau individu.. terlebih dahulu maaf dan ampun sekiranya timbul sensitiviti mana-mana pihak..^^,

    saya mulakan dengan sejarah tamadun alam melayu walaupun ada segelintir pihak pada masa ini tidak lagi memandang pada sejarah lampau.. tamadun alam melayu saya kelaskan kepada dua iaitu sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam.. alam melayu tidak hanya tertumpu kepada semenanjung tanah melayu ditambah sabah dan sarawak yang sekarang disebut sebagai Malaysia, tetapi ia merangkumi Kampuchea, Myanmar, Pattani, Sulawesi, Lingga, Riau, Mindanao, Maluku, Sulu, Mataram, Acheh dan lain-lain kepulauan di nusantara ini.. inilah yang membentuk rumpun bangsa melayu tidak kiralah ianya orang jawa, minang, banjar, bugis..

    sebelum kedatangan Islam tamadun melayu mula berkembang pada tahun 650M dengan munculnya kerajaan sriwijaya seterusnya funan, angkor, majapahit yang banyak dipengaruhi budaya dan agama hindu.. selepas kedatangan Islam maka berubahlah corak kehidupan melayu di nusantara ini dengan muncul kerajaan samudera pasai, acheh, melaka, demak, bintan johor-riau dan lain-lain yang menjadi pusat penyebaran agama islam dan pengembangan peradaban melayu dengan bahasa perantaranya, sistem politik dan pentadbirannya, undang-undang, ekonominya dan sosio massyarakat yang ditunjangi dasar-dasar islam.. seperti yang kita tahu melayu memang terkenal dengan budaya muafakat, maka dengan muafakat itulah apabila rajanya memeluk islam keseluruhan rakyatnya turut memeluk islam seperti contoh terdekat parameswara yang membentuk kerajaan melaka.. dengan muafakat itu mereka mula meninggalkan ajaran buddha yang banyak mempengaruhi kehidupan mereka dahulu..

    renungkan sejarah itu, pada era sebelum islam datang ke alam melayu, kerajaan melayu seperti sriwijaya dan majapahit telah membangun sebagai pusat perdagangan, pada masa itu tamadun barat, india, china telah ada.. tercatat dalam sejarah pengembara-pengembara mereka.. tetapi, setelah alam melayu semakin hebat setelah islam menjadi tunggak, maka datanglah penjajah-penjajah barat yang membawa ideologi mereka tersirat di sebalik helah dan muslihatnya yang menumpukan kepada pemerintah iaitu kesultanan-kesultanan.. kerana apa pada masa tersebut sultan-sultan memerintah dibantu oleh ulama-ulama yang terkenal seperti kesultanan di jawa yang ada wali songo, kesultanan pattani yang ada syeikh ahmad fattani, kesultanan terengganu yang ada syeikh tokku paloh dan syeikh abdul malik, kesultanan kelantan yang ada tok kenali..

    dengan helah muslihat maka kekallah acuan penjajah yang ada di negara kita sekarang..

    justeru berdasarkan sejarah, orang yang menduduki tanah melayu ini adalah orang melayu, tuan yang memiliki tanah ini adalah orang melayu, bangsa yang mewujudkan tamadun dan peradaban melayu ini adalah bangsa melayu, orang yang mengembangkan ajaran islam di alam melayu ini adalah orang melayu, orang yang menggemilangkan ekonomi sosio politik di nusantara ini adlaah orang melayu, dan orang yang berfikir demi kelangsungan kegemilangan melayu ini yang menerima imigran bukan melayu yang di bawa masuk oleh penjajah yang berdalih untuk menghantar mereka pulang ke negara asal dan memberinya status hak warganegara adalah orang melayu. atas dasar islam yang menuntut menjaga orang bukan islam yang ada di bawah pemerintahan, kita menerima bangsa bukan melayu ini
    dan menjaganya dengan memberi perlindungan.. sedangkan mereka mempunyai negara yang tanahnya dikenali sebagai india dan china, sama seperti bangsa arab yang ada dahulunya semenanjung tanah arab sebelum dipecah perintahkan oleh penjajah tetapi masih wujud arab saudi dan emiriyah arab bersatu, portugis yang ada portugal, british yang ada britain.. tetapi wujudkah tanah negara kita yang dahulunya dikenali tanah melayu yang tuannya adalah bangsa melayu..

    maka wujudlah negara MALAYSIA yang menegakkan unsur masyarakat majmuk yang dikatakan terbaik di dunia.. dan hiduplah mereka dengan aman, bebas untuk mengamalkan budaya masing-masing, menjalankan ekonomi untuk sara hidup. jadi dimanakah yang dikatakan setelah 50 tahun bebas dari belenggu penjajahan masyarakat bukan melayu ini ditindas dan tidak diberi hak kebebasan.. setelah 50 tahun hidup selesa, menguasai ekonomi, memahami cara untuk mentadbir maka mereka mula bersuara lantang.. diibaratkan kita adalah tuan yang memberi tanah untuk diusahakan tetapi akhirnya dengan kemampuan yang lebih tinggi mereka membeli tanah kita.. mahukah kita suatu hari nanti sekiranya ditakdirkan menjadi seperti bangsa palestin yang diusir dari tanah tumpah darahnya.. jelas terpapar semangat mereka berjuang demi bangsa dan ketuanan tanah palestin dan demi agama islam yang mereka anuti dan cintai.. mahukah seperti singapura yang kini dikatakan melayu islam di sana bebas aman tetapi banyak undang-undang yang menyekat seni budaya dan bahasa serta agama dari diamalkan..

    mungkin ada yang berkata kenapa nak dibandingkan negara luar, kita adalah orang malaysia yang berbangsa malaysia. inilah yang menjadi isu sekarang setelah gelora politik baru-baru ini.. saya bukanlah ambil perhatian sangat hal-hal politik tetapi ia adlah perlu untuk mengetahuinya.. maka ideologi wujudkan satu bangsa iaitu bangsa malaysia mula timbul kerana kita adalah majmuk.. malaysian for malaysian.. maka kitapun bangsa melayu mula menyokong mana-mana parti pemerintahan asalkan ia boleh membawa perubahan politik yang saya tidak tahu demi keadilan untuk seseorang individu atau rakyat negara ini.. terbinalah kerajaan pulau pinang yang ditadbir oleh YB Lim Guang Eng yang dikatakan anda bercirikan pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab(saya harapkan kalau diizinkan anda boleh huraikan dalam entri bagaimana ciri persamaan pentadbirannya sebagai perkongsian maklumat).. maka amanlah orang islam yang majoritinya melayu di sana dijaga kehidupannya oleh bukan islam walaupun secara tidak langsung mereka dijaga dibawah naungan SPB Yang Dipertuan Agung.. dan terbinalah kerajaan Perak dan Selangor di bawah pentadbiran pakatan rakyat di mana sesekali meninggalkan pandangan sultan di belakang yang sentiasa memikirkan akan kelangsungan bangsa melayu dan agama islam yang dibantu mufti2..

    jika kita mengimbau keadaan di dewan parlimen, bagaimana pemimpin kita tidak kira dari parti mana berdebat isu-isu untuk kepentingan rakyat.. perdebatan yang disulami dengan kata-kata indah yang pedas dan menusuk kalbu pendengar yang rata-rata berjiwa lembut seperti kita ini.. maka berbicaralah sesama bangsa kita yang berlainan ideologi dan matlamat sambil masing-masing mencari kesalahan dengan hinaan dan cacian ke atas saudara sebangsa dan seagama.. sehingga bila kita hendak menuding jari sesama melayu islam ini mengatakan kita benar kamu salah sedangkan “di luar sana” menepuk dulang melihat gelagat pemimpin bangsa kita.. dan perlahan-lahan ideologi pemimpin “di luar” itu mula menstrukturkan sosio ekonomi politik kita..

    terlalu banyak apa yang nak dihuraikan di kepala ini, takut nanti kusut pulak..tambah lagi komen saya ni lagi panjang dari entri anda.. saya simpulkan, untuk mewujudkan pemerintahan islam di negara kita ini hanyalah dengan muafakatnya bangsa melayu itu di bawah satu rumpun parti dengan matlamat yang jelas bukan untuk keadilan seseorang individu.. kalau bukan bangsa kita berfikir untuk kelangsungan melayu dan islam adakah kita berharap kalau bangsa bukan melayu berfikir untuk kelangsungan bangsa dan tentunya agama suci kita ini..

    hehe… kalau anda atau sesiapa yang baca komen ini kurang faham dengan maksud dan gaya bahasa ini harap maaf.. ini aje apa yang sempat difikirkan dan terus ditaip..

    salam..^^,

    Reply

  18. Posted by hamstermenulis on June 12, 2008 at 7:31 pm

    salam. jzkk kepada anakMelayu^^ kerana sudi berkongsi pandangan beliau. saya meraikan perbezaan pendapat ini dengan hati yang terbuka:) saya amat gembira kerana walaupun kita mungkin lain pendirian, namun paling tidak, saya dapat lihat makin ramai anak bangsa yang peka dan risau akan nasib umatnya di tanah melayu ini.

    saya kira, saya amat jelas dengan pandangan anda tentang isu ini. did came across orang-orang yang mempunyai pandangan yang sama di dublin ketika bahang pasca pru masih membara april lalu, puas juga berbahas. hehe.

    buat entri di sini, saya tidaklah mahu mengiyakan mahupun melawan, tatkala apa yang ada di benak saya mungkin sedikit lain dengan wavelength anakMelayu^^.

    mungkin di sini jelas, saya mempunyai pegangan politik saya sendiri, tetapi dahulu saya sudah berjanji pada diri sendiri, walau apa jua prinsip saya, saya mesti lihat segalanya dengan mata hati yang adil. kalau salah pelakuan di pihak mana-mana, sekalipun pihak yang saya dokongi atau bangkangi, maka ia tetap salah. dan saya juga sudah tekad, untuk menilai bukan melalui media semata-mata, tatkala media tanah air yang seringkali pincang keluhuran wadahnya.

    oh, berkenaan lim guan eng, tidaklah saya katakan 100% ia menyerupai saidina umar al khatab, nama pun lain agama, namun ketua menteri itu telah mengishtiharkan dalam rapat umumnya, beliau mahu mencontohi framework kepimpinan khulafa’ ar rasyidin itu. dan belum sempat orang ramai ternanti-nanti akan buktinya, kenyataan dan hakikat telahpun bersuara dahulu. macam-macam cerita kewibawaannya digarap dalam blog orang ramai. tidak kurang juga pemimpin-pemimpin lain bercerita tentang bagaimana lim guan eng benar2 berusaha mencontohi khulafa’ ar rasyidin itu. dan paling patut buat pemimpin islam kita tertampar2, ialah bila dia bercakap, dia beria berbuat begini kerana mahu membuka mata pemimpin yang dikatakan pejuang bangsa dan agama itu, supaya betul-betul mencontohi saidina umar, terutamanya dari aspek wang rakyat.

    saya bukan mahu menjulang orang bukan Islam, tetapi sekadar menceritakan sesuatu yang boleh diambil iktibar oleh orang Islam yang nyata makin lalai kerana dibuai isu-isu yang enteng.

    “terlalu banyak apa yang nak dihuraikan di kepala ini, takut nanti kusut pulak..tambah lagi komen saya ni lagi panjang dari entri anda.. saya simpulkan, untuk mewujudkan pemerintahan islam di negara kita ini hanyalah dengan muafakatnya bangsa melayu itu di bawah satu rumpun parti dengan matlamat yang jelas bukan untuk keadilan seseorang individu.. kalau bukan bangsa kita berfikir untuk kelangsungan melayu dan islam adakah kita berharap kalau bangsa bukan melayu berfikir untuk kelangsungan bangsa dan tentunya agama suci kita ini..”

    part ini, saya mempunyai pendirian saya sendiri. bertunjangkan sebuah sirah yang diukir oleh Rasulullah dalam pembentukan negara Islam, Yathrib menjadi Madinah, Rasulullah saw membuktikan bahawa pembentukan negara Islam pertama adalah possible walaupun saf kabinet baginda juga dibarisi oleh pemimpin agama lain, kerana Islam itu syumul, made from Allah,and made for all. Saya tidak menolak bahawa pemerintahan Islam di negara kita kelak mungkin diwujudkan dgn parti serumpun bangsa, tetapi saya kira itu hanya akan terjadi sekiranya parti2 itu semuanya jelas dengan konsep sebenar negara Islam yang dibawa, iaitu beracuan Quran dan sunnah, bukan dibaharukan mengikut acuan sendiri, dan meletakkan agama sebagai tunjang utama dan bukannya bangsa, selari dengan maqasid as syariah yang dikokokkan dalam media massa dan persidangan negara-negara Islam.

    Wallahu’alam, peace (“)

    Reply

  19. Wowo… the comments are longer than the main writing…

    Malaysia is moving towards change… Thats all i can conclude.. The issue right now is whether the change is going to a right direction or not… We only have evidence about the current government since they have been heading the country since independence.. What we are lacking is the evidence to show PKR can lead country since they have never been given a chance.. But are we that brave to allow them to lead us?

    Reply

  20. Posted by anakMelayu^^, on June 13, 2008 at 11:45 am

    hurmm^^,

    jazakallah kepada hamstermenulis dan kayu balak yang terus mengamati komen dari sudut pandangan akal saya yang sudah jelas terbatas.. saya turut meraikan pandangan saya dengan hati dan fikiran yang tidaklah gembira apatah lagi bersedih apabila bercakap soal kepincangan agama dan bangsa sesama kita sehingga boleh bercakaran.. oleh kerna itu 4 perenggan terawal ditegaskan pendirian fikiran saya ini ibarat benang dan berharap moga ianya tidak kusut, niat yang asal hanya perasaan ingin tahu lafaz insyaAllah namun saya tidak dapat tidak mengelak untuk memberi jawapan apabila anda bertanya, pun bukan pejuang bangsa cuma darah yang mengalir dalam diri, dan tidak juga terlalu condong ke arah politik siasah..tetapi memang jangkaan ini berlaku.. betullah tindakan saya menyimpulkan lebih awal isu ini supaya ianya hanya bertujuan untuk menjawab soal ketuanan melayu di bumi yang kita pijak ini berdasarkan sejarah tamadun yang mengalami fasa perubahan dari dahulu sehingga hari ini.. saya tidak terkilan, kerana apa yang pasti dapat menyemarakkan pegangan dan pendirian anda dan “kayu balak”.. bolehlah diibaratkan saya adalah api dalam sekam, walaupun nyalaannya bermula kecil tetapi berharap ia boleh merebak..

    saya menghormati apa jua pendirian anda semua.. namun apa yang menjadi pegangan dan hasrat saya adalah untuk melihat bangsa melayu di negara kita ini yang sudah tentu mewarisi islam daripada orang terdahulu bersatu menggembleng tenaga sama-sama untuk ber-bai’ah bagi menegakkan kembali apa yang disebut daulah islamiyah yang meletakkan al-quran dan as-sunnah seperti yang anda sebut.. seperti bersatunya muhajirin dan ansar untuk membina madinatul munawarroh.. apa yang menjadi isu yang saya sebut-sebut adalah kesatuan hati dan muafakat yang kita tidak lagi perlu pandang enteng.. dari itu bolehlah seluruh umat mengamalkan sami’ na wa atha’ na.. dan mungkin kita perlu ke arah hizbut tahrir.. mungkin anda dah sedia tahu banyak lagi konsep2 pemerintahan islam dari apa yang anda jelaskan..

    dan, saya tidak menolak bangsa lain, kerana apabila mereka beragama islam maka wajib kita mengaku mereka saudara.. tiada perbezaan warna kulit, bangsa atau keturunan.. itu perintah Allah.. kerana Islam itu al-‘alamiin(universal, bersifat sekalian alam sejagat)..

    saya noktahkan di sini, supaya ianya tidak lagi bertambah pincang.. kalau saya bercakap itu ibarat perak, lebih murni sekiranya saya diam ibarat emas..

    saya perasaan ini kembali ingin tahu bagaimana prinsip dan pegangan anda, kalau tidak keberatan dan diizinkan saya ingin sekali mengaji ilmu dari anda kerana mengakui umur ini sangat berharga, tidak boleh pusing masa itu ke belakang, jangkamasa umur ini perlunya sebanyak mungkin kumpul khazanah, permata hikmah, azimat keramah, dan sebagainya untuk jadikan instrumen (mungkin boleh e-mail kalau caranya lebih murni).. saya ambil kata-kata guru saya ini..dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim: dengan nama Allah, saya mencari kasih, dan menumpang teduh sayang orang-orang yang berilmu, moga ilmu yang ada padanya itu boleh ditimba

    ini adalah bait saya ketika ini..

    tanpa agama siapalah kita,
    tanpa bangsa siapalah kita,
    tanpa negara siapalah kita,
    tanpa tauhid, syari’at, dan thariq
    jiwa muslim itu adalah kosong..

    salam..^^,

    Reply

  21. Posted by hamstermenulis on June 14, 2008 at 10:14 am

    Assalamualaikum semua.

    Saya sendiri tidak menyangka komen2 ini menjadi berganda lebih panjang dari entri asal. Hehe. Tetapi apa salahnya kan, bertanya-tanya begini. Sebab Rasulullah sendiri menggunakan teknik menyampaikan ilmu kepada sahabatnya dengan cara menimbulkan persoalan.

    Asrih: thanks for keep checking this site. Blog ko tgh constructions lagi eh?

    anakMelayu^^: mengaji ilmu dari saya? huhu. saya berasakan diri saya ini tiada apa yang dapat disampaikan, tamabahan kepada orang yang punya banyak pengetahuan seperti anda. tetapi saya tidak menolak sekiranya diminta berkongsi pendapat, saya cuba, dengan ilmu yang tidak seberapa ini,insyaAllah. saya percaya, saya juga perlu banyak bertanyakan kepada anda, meningan anda lebih pembacaannya dari saya. (bahasa indon pulak)

    Wallahu’alam

    (maaf kalau lambat. dilanda kesibukan)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: