Was-Was

Assalamualaikum wbt
Anda kenal frasa di atas? Ya, dalam Surah An-naas bukan?
Bagi mereka yang berkecimpung dalam jurusan perubatan, mungkin anda pernah terdengar akan frasa ini pula.

Obsessive-compulsive disorder (OCD)?

Obsessive-compulsive disorder (OCD) is a type of mental illness that causes repeated unwanted thoughts. To get rid of the thoughts, a person does the same tasks over and over. For example, you may fear that everything you touch has germs on it. So to ease that fear, you wash your hands over and over again.

Samakah was-was dan obsessive compulsive disorder ini? Saya sendiri tidak pasti kerana belum mempelajari OCD dari rotation Psych, tetapi saya cuba menjawab dari perspektif saya. Untuk pengetahuan anda, saya berkongsi di sini kerana saya pernah menghidap penyakit was-was yang kronik selama setahun lebih. Saya berani katakan, was-was yang saya pernah hadapi ini sangat serius sampaikan suatu tahap, saya boleh mengenal pasti orang yang was-was dengan melihat tingkah lakunya, berbekalkan pengalaman saya dahulu.   

Sudah lama saya buangkan jauh-jauh kenangan pahit was-was ini. Namun, saya kembali berfikir setelah melihat seorang yang saya kenali semakin lama semakin kronik dijebaki was-was. Saya pernah menasihati secara halus, dan terang-terangan, berkali-kali. Namun bukan mudah hendak menasihati seorang yang lebih jauh berumur dari anda. 

Satu yang boleh saya kongsi, orang di sekeliling memang akan sinis, mentertawakan mungkin dan sampai satu peringkat marah dan geram dengan orang yang was-was ini. Ketika saya dijebaki dahulu, berpuluh-puluh kali saya dirotan oleh abah, setelah segala nasihat tidak memberi kesan. Abah dan mak telah mengusahakan pelbagai cara, yang saya akan kupas kemudian, tetapi saya masih degil dan tak mahu berganjak. Mengapa? Ya, tingkah laku sang was-was ini memang tidak boleh diterima akal. Tetapi itu dari kaca mata anda.

 

 

 

Sang was-was ini memang susah untuk melihat dari kaca mata anda kerana dia akan dipengaruhi oleh suatu ‘framework kesempurnaan’ yang diciptakan sendiri, atas nasihat kaunselor yang bukan berlatarbelakangkan ustaz mahupun PhD, tetapi kaunselor yang menggenggam janji kepada Al Khaliq untuk berusaha menyesatkan anak Adam sehingga ke hari kiamat. Dan dia tidak pernah akan berundur.

 

 

Sang was-was ini cenderung untuk melihat suatu aspek yang kecil dan tidak signifikan, lalu berfikir tentangnya berulang-ulang kali. Contohnya, anda orang luar akan cenderung melihat biri-biri putih ini. Tetapi dia akan melihat biri-biri hitam ini dan terus-terusan memikirkannya. Syaitan bukan sahaja membisikkan secara terang agar manusia melakukan perkara mungkar. Apabila ia gagal dengan langkah pertamanya, beginilah cara lain syaitan ‘menyibukkan umatNya’ agar sang was-was ini lalai kepada fokus utama ibadahnya.

Dahulu saya fikir was-was ini unik mengikut sang penghidapnya. Maksud saya, dari segi apa ia dipengaruhi was-was. Tetapi, selepas 7 tahun saya pulih darinya dan memerhati, ternyata ‘patern’ was-was ini sama sahaja. Yalah, ia ‘propaganda’ dari makhluk yang sama bukan. Ia bermula dari rutin kehidupan harian, memetik suis, menutup peti sejuk, pintu rumah dan sebagainya. Kemudian ia mempengaruhi rutin ibadah anda, bermula dari wudu’, membersihkan diri, mengangkat takbir ketika solat, memasang niat solat dan puasa dan mengira raka’at solat. Dan end stagenya, semua yang anda terdetik dalam fikiran anda akan dipengaruhinya. Kadang-kadang saya fikir, ini lagi bahaya dari cara Karl Marx menyebarkan ideologinya. Hoho!

Dalam entri seterusnya, saya akan cuba kupas was-was ini dengan membandingkan teori OCD yang diiktiraf di arena ‘clinical research’ dan real life stories, dan juga bagaimana sebenarnya was-was ini dapat dilawan, dengan anti depressive? anti anxiety medications?. Sebelum saya mengakhiri Part 1 ini, ingin saya kongsikan suatu terjemahan surah lazim yang seringkali dibacakan kita, yang begitu berkait rapat dengan ulasan ini.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

[1] Say: I seek refuge with the Lord and Cherisher of Mankind,

[2] The King (or Ruler) of Mankind,

[3] The God (or Judge) of Mankind

[4] From the mischief of the Whisperer (of Evil), who withdraws (after his whisper),

[5] (The same) who whispers into the hearts of Mankind,

[6] Among Jinns and among Men. 

Wallahu’alam.  

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Penyakit was-was yang kronik? Never thought that you’ve experienced it… Hmmhh.. Best pulak cerita was was ni… I mean, How did you get cured? (x sabar aku nak tahu)… huhu

    Reply

  2. Posted by irhafiz on June 17, 2008 at 10:37 am

    I have my experience about was was ni.

    dalam ibadah ia akan cuba melakukan yang paling sempurna dan diri dia sentiasa tidak yakin yang dia telah melakukan yang sempurna.

    contoh, dlm solat, semasa al fatihah ia akan keliru pada bacaan waladdhallin. diulang-ulang sampai berpeluh. dan tahiyat.

    Saya terselamat dengan izin Allah asbab seorang pelajar pondok yang juga berpengalaman dalam was-was. memang keadaannya sama.

    Dia nasihat, kalau takbiratul ihram just sekali sahaja, dan teruskan solat…
    terus tinggal dan jangan berulang-ulang. mula-mula perit dan pedih utk buat.
    lama-lama, datanglah keyakinan secara perlahan-lahan.

    Reply

  3. Posted by islam on December 31, 2010 at 10:00 pm

    salam,

    bagaimana saudara/i pengarang mengalami masalah was-was bab rakaat. kalau kerap lupa bilangan macam mana saudara/i buat?

    Reply

  4. Posted by Anonymous on February 2, 2014 at 7:58 pm

    saya memang nak takbir sekali tapi hati saya betul tak boleh terima nya .kalau saya cuba teruskan seolah-olah macam buat2 solat .ada kah perasaan buat-buat pun solat saya akan di kira sah .kalau tak saya akan takbir semula.peritnya penyakit ni ya allah……….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: