Was Was II

Assalamualaikum wbt

Lama tidak menulis. Terbenam dalam kesibukan mengurus semua urusan sebelum berlepas ke Australia khamis depan. Tidur tidak kurang kalahnya. Masih teringat pesan kawan rapat saya, tidur banyak-banyak buleh buat orang tembam. Aiseh. Hehe.

Berbalik kepada janji dahulu…

“Dalam entri seterusnya, saya akan cuba kupas was-was ini dengan membandingkan teori OCD yang diiktiraf di arena ‘clinical research’ dan real life stories, dan juga bagaimana sebenarnya was-was ini dapat dilawan, dengan anti depressive? anti anxiety medications?”

 OCD vs was-was

Typical OCD obsessions revolve around:

  • Fear of contamination or dirt: 

Ini sangat betul, tetapi bagi was-was, konteksnya lebih kepada ibadah. Sang was-was seringkali risau istinjaknya tidak menyucikan, macam-macam (yang anda tidak pernah terfikir) melekat pada pakaian solatnya dan pelbagai lagi. Makanan yang mahu dibeli itu betul-betul halal atau tidak? Mungkinkah di mana-mana proses pembuatan makanan itu, ada yang memungkinkan status halal makanan itu goyah? Sampai begitu sekali, saya pernah terfikir, kalau saya menjawab paper microb ketika dijebaki was-was, pasti saya dapat 100%. Hehe. Sang was-was ini juga suka memikirkan ‘proses’ berbanding outcome. Maksud saya, daripada memikirkan wudhu’nya selesai, sang was-was lebih cenderung memikirkan ada apa-apakah yang terjadi sepanjang wudhu’nya tadi. Tetapi, oleh kerana saya pernah really into process, physics and add maths was amazing for me.

  • Repeated doubts

Ini ialah punca sebenar was-was. Tidak yakin walaupun kebenarannya sudah terbukti. “Eh, manalah tau kalau…”, “Entah-entah…”, “Takut-takut kalau…”. Di saat ini, sang was-was akan cuba mencari segenap bukti untuk menguatkan keyakinannya. Kalau sudah rujuk pada buku sekalipun, sang was-was cuba mencari buku lain untuk menguatkan hujahnya. Ketika ini, kalau melibatkan rakan-rakan, boleh jadi, persahabatan itu goyah gara-gara rakan yang tersinggung akibat ‘unsur tidak percaya’ sang was-was ini kepadanya.

 

  • Having things orderly and symmetrical

Pada pengamatan saya, ini tidaklah begitu ketara. Tetapi ia boleh dimanifestasikan dengan begitu menarik oleh sang was-was. Cuba lihat cara sang was-was berwudhu’. Kalau anda beruntung, anda boleh lihat bagaimana mereka begitu teliti dalam menggerakkan anggota wudhu’ agar air benar-benar lalu di segenap kulit anggota wudhu’ itu. Begitu teratur dan sekata, tetapi boleh jadi kelakar dan…mengambil masa yang lama. 20 minit berwudhu’ bagi sang was-was adalah normal. Mungkin jika diperhatikan oleh orang yang tidak dikenali, mereka ini boleh disangkakan autism, kerana begitu fokus dan kerap pula mengulang gerakan yang sama. Symmetrical…mungkin pada aspek kiblat. Saya pernah terjumpa akan sang was-was yang begitu lama menetapkan hamparan sejadahnya. Kerana risau tersasar 1 darjah dari arah sebenar. Hoho.

 

  • Aggressive or horrific impulses

Kadangkala, reaksi sebegini timbul secara tidak sengaja oleh sang was-was. Ia selalu terjadi sekiranya anda membertuh sang was-was ini ketika dia leka dibuai fokusnya, doubtnya atau analisisnya. Apabila sampai di suatu tahap, keraguan mereka ini menemui jalan buntu setelah berfikir lama, sang was-was boleh tertekan dan bertindak agresif seperti menghentak kaki, menangis dan sebagainya. Kasihan sebenarnya.

  • Sexual images

Yang ini tak tahu pula saya. Tetapi ia banyak diperkatakan dalam teori-teori clinical OCD. Tetapi pada pengamatan saya, was-was lebih tertumpu kepada menyempurnakan ibadah, justeru hal ini adalah seolah-olah tidak mungkin.

 

OCD symptoms involving obsessions may include:

  • Fear of being contaminated by shaking hands or by touching objects others have touched
  • Doubts that you’ve locked the door or turned off the stove
  • Repeated thoughts that you’ve hurt someone in a traffic accident
  • Intense distress when objects aren’t orderly, lined up properly or facing the right way
  • Images of hurting your child
  • Impulses to shout obscenities in inappropriate situations
  • Avoidance of situations that can trigger obsessions, such as shaking hands
  • Replaying pornographic images in your mind (again, yang ini macam kurang bertepatan dengan was-was)

Situasi di atas lebih kepada perkara-perkara yang bakal mencetuskan was-was dalam ibadah. Ia bermula dengan rutin harian sebelum beraleh kepada fokus ibadah. Namun, sang was-was lebih suka melayani was-was ibadahnya daripada was-was rutin ini, kerana bimbangkan dosa ibadah yang tidak sempurna. Licik sekali syaitan ini bukan? Tak dapat lalaikan terus, alehkan fokus pun jadilah.

  • Dermatitis because of frequent hand washing
  • Skin lesions because of picking at the skin
  • Hair loss or bald spots because of hair pulling

Aspek di atas ini pula lebih kepada kesan akibat perbuatan was-was. Alhamdulillah, saya tidak perlu berhadapan dengan ini. Tetapi sebagai kesan berwudhu’ begitu lama, saya mendapat mild asthma sejak umur 15 tahun. Sedih bukan? Kita sendiri yang menyebabkan penyakit hinggap pada kita. Tetapi alhamdulillah, asthma saya makin pulih sepenuhnya.

 

Compulsions
Compulsions are repetitive behaviors that you feel driven to perform. These repetitive behaviors are meant to prevent or reduce anxiety or distress related to your obsessions. For instance, if you believe you ran over someone in your car, you may return to the scene over and over because you just can’t shake your doubts. You may even make up rules or rituals to follow that help control the anxiety you feel when having obsessive thoughts.

Typical compulsions revolve around:

  • Washing and cleaning
  • Counting
  • Checking
  • Demanding reassurances
  • Repeating actions over and over
  • Arranging and making items appear orderly

OCD symptoms involving compulsions may include:

  • Washing hands until the skin becomes raw
  • Checking doors repeatedly to make sure they’re locked
  • Checking the stove repeatedly to make sure it’s off
  • Counting in certain patterns

Counting in certain patterns… Cuba tanyakan sang was-was, saya pasti masing-masing mereka ada pattern rekaan sendiri, contohnya, bagaimana mereka mahu mengingati raka’at solat ataupun proses wudhu’. Hehe. Boleh jadi ‘Al-Khwarizmi’ ni.

Bagaimana sebenarnya was-was ini dapat diatasi?

Mungkin di arena perubatan, psychiatrist sering memberi prescriptions SSRI (selective serotonin reuptake inhibitors) sejenis anti depressant, ataupun ubat-ubatan anti anxiety yang lain.

Tetapi, tanyakan pada ustaz-ustaz ataupun orang-orang alim. (Saya pernah berjumpa 2 orang dan sama jawapan mereka). Jawapannya senang saja. “Tak usah layan,”. Terima kasih kepada IrHafiz, di atas komen pada entri Was-Was. Pendapat beliau tepat sekali.

Formulanya mudah saja. Teruskan saja ibadah anda, jangan toleh ke belakang, jangan difikirkan apa yang terjadi tadi, kadang-kadang ustaz kata, biar salah sekalipun teruskan saja. Lama-lama syaitan gemuk tadi akan terseksa, kerana anda makin kuat, MAKIN ADA PENDIRIAN.   

Kerana selagi mana kita terperangkap dalam framework kesempurnaan itu, ia tidak pernah akan berhenti menghantui.

Apa yang benar-benar membimbangkan ialah, kalau sang was-was terperangkap dalam jerat syaitan sehingga terbelenggu dalam penggugatan akidah yang halus strateginya. Was-was boleh membuatkan seseorang menjadi kufur secara tidak sedar. Kerana begitu taksub memenuhi kesempurnaan, kadang-kadang sang was-was lupa akan Allah itu Maha Pengampun, Allah itu Maha Pemaaf, Allah itu Maha Mengetahui, Allah itu Maha Agong yang paling memahami makhlukNya dan menghadiahkan ad-deen yang tidak menyukarkan penganutNya.

Was-was mampu memesongkan manusia jauh dari hakikat itu.

Sekian sahaja, perkongsian saya. Secebis pengalaman pahit saya ini belum cukup untuk dijadikan teori, formula atau sebuah fatwa. Namun, saya cuma sekadar berkongsi:-)

Wallahu’alam.

Advertisements

15 responses to this post.

  1. Posted by anakMelayu^^, on June 20, 2008 at 9:38 am

    hurmm^^,

    alhamdulillah..

    perkongsian ilmu yang amat tinggi nilainya yang sy tunggu2 anda sambung entri sebelum ni.. ubat was-was hanya itu saja ilma yakin (huraian anda dan irhafiz dan 2 ustaz yang anda temui jawapannya sama dengan apa yang guru saya jelaskan).. teruskan saja ibadah dan yakin ia diredhai Allah S.W.T.. dengan percaya dan yakin inilah boleh meneguhkan pendirian iman kita dalam mengenal hakikat diri dan mengenal Allah S.W.T..

    teruskan entri anda hamstermenulis seperti slogan anda “lebih lurus dan jauh”.. dan saya masih menunggu entri yang anda janjikan

    “insyaAllah sy akan tulis sebuah entri betapa ketika zaman sekolah sy dahulu, sy di alam denial, segan nak mengaku melayu. alhamdulillah, anda telah mengilhamkn sy cerita konflik dlmn sy dahulu”

    salam^^,

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on June 21, 2008 at 11:59 pm

    salam

    terima kasih anakMelayu^^. maaf lambat betul sy reply. tak sangka ada orang menunggu entri was-wasII. saya ingatkan blog ni tiada pengunjung pun. hehe

    berkenaan, sindrom melayu in denial, hehe. jangan risau, kerana sy masih ingat akan janji saya, dan tak sabar rasanya nak mengarang. tapi mungkin beberapa hari lagi insyaAllah. sekarang agak dikekang waktu, bila ada masa pun tulis topik ringan saja, sebab otak tak larat nak pikiaq. haha.

    anda ada laman sawang tulisan anda? saya teringin nak membaca, sebab saya akui anda juga punya banyak ilmu.

    🙂

    Reply

  3. hurmm^^,

    hehe.. kesempatan yang ada saya singgah sekejap silau blog kamu manakan tahu ada yang menarik.. dan entri was-was itupun menarik kerana bab itu teringin untuk mengetahui jawapan cara ubatnya samada melalui ubatan sains.. ternyata ubatnya sama dengan apa yang kita ketahui..

    baik.. hargai masa anda^^,

    berkenaan laman sawang, saya ada tapi isinya belum dimasukkan.. baru salam pembuka bicara.. baru nak bermula jugak sebenarnya.. hehe..saya bagi linknya..

    salam^^,

    Reply

  4. Posted by A I on February 17, 2010 at 1:17 pm

    Assalamualaikum Tuan

    Saya mohon jasa baik tuan agar menghubungi (PM & saya akan berikan no H/P) saya sesegera mungkin, kerana tahap Was-was saya amat kritikal meskipun telah berbagai ikhtiar saya lakukan.

    Sehingga ke peringkat 80% hidup saya dikorbankan untuk was-was syaitan yg tercela ini.

    Sehingga ke peringkat saya terlau letih, tidak berdaya dan sudah give up dgn kehidupan, hingga ke tahap menanti saat kematian shj mungkin penyudah kpd DUGAAN Allah yg maha berat ini.

    Hubungilah saya agar saya boleh pulih seperti Tuan dengan izin ALLAH.

    Reply

  5. saya still mngidap pnyakit ni~ seksa…. but i found out the best words here…

    Formulanya mudah saja. Teruskan saja ibadah anda, jangan toleh ke belakang, jangan difikirkan apa yang terjadi tadi, kadang-kadang ustaz kata, biar salah sekalipun teruskan saja. Lama-lama syaitan gemuk tadi akan terseksa, kerana anda makin kuat, MAKIN ADA PENDIRIAN.

    sy jmpa post ni msa tgh search tntg pnyakit sy ni 🙂

    Reply

  6. Posted by Anonymous on February 1, 2014 at 6:44 am

    saya pun dah tersiksa slama sepuluh tahun dh.tapi saya tak kn putus asa saya akan akan terus berusaha sampai berjaya in syaa allah .tolong doa kn sya kawan -kawan.

    Reply

  7. Posted by hafizmerah on April 13, 2014 at 9:59 pm

    Semoga entri sebegini mampu merawat pesakit was-was.
    Ikhlasnya, semakin dibiarkan was-was, semakin parah nanti.
    Mujahadah amat perlu. Dan jangan lupa, ilmu sah batal mesti tahu.

    Kita ini insan biasa, selagi mana kita buat yang terbaik, berdasarkan ilmu yg Allah anugerahkan ini, insya Allah, Allah terima ibadah kita. Sangka baik pada Allah tuan-tuan dan pesakit was-was.

    Allah tidak zalim, Allah tahu kita telah berikhtiar sebaik mungkin. Namun, salahnya, apabila kita ingin mencapai tahap kesempurnaan yang solid. Cthnya dalam berwudhu, kononnya utk sempurna, hingga basah baju akibat was-was tadi dan lupa pula pembaziran air tadi.

    Mujahadah… mujahadah.. dan terus mujahadah.

    Reply

  8. Posted by irhafiz on April 13, 2014 at 10:01 pm

    Semoga entri sebegini mampu merawat pesakit was-was.
    Ikhlasnya, semakin dibiarkan was-was, semakin parah nanti.
    Mujahadah amat perlu. Dan jangan lupa, ilmu sah batal mesti tahu.

    Kita ini insan biasa, selagi mana kita buat yang terbaik, berdasarkan ilmu yg Allah anugerahkan ini, insya Allah, Allah terima ibadah kita. Sangka baik pada Allah tuan-tuan dan pesakit was-was.

    Allah tidak zalim, Allah tahu kita telah berikhtiar sebaik mungkin. Namun, salahnya, apabila kita ingin mencapai tahap kesempurnaan yang solid. Cthnya dalam berwudhu, kononnya utk sempurna, hingga basah baju akibat was-was tadi dan lupa pula pembaziran air tadi.

    Mujahadah… mujahadah.. dan terus mujahadah.

    Reply

    • Posted by Anonymous on May 19, 2014 at 10:51 pm

      Saya betul 2susah dalam niat saya terpaksa niat dengan sebutan kata2 walau saya tau niat bukan dengan sebutan saya terpaksa buat juga .yg jdi masaalah nya mulut sebut aku salat fardu subuh tpi hati saya duk kta lain sya dh cuba untuk teliti apa saya kta tpi sya masih duk fikir yg lain adakah solat saya dikira sah jika mulut kata tapi langsung tk masuk dn duk kta yg lain mohon nasihat krana sya dh tk larat dh untuk ulang bepuluh2 kali niat. Krana penyakit ni saya kerap solat habis waktu saya tk nk buat mcam tu tapi saya tk mampu……. ya Allah……. ya Allah………..

      Reply

      • Saya pun ada penyakit waswas jgk. Tp skrg alhamdulillah sudah mula berkurangan. Dulu saya ambil wuduk berulang kali. Solat pun sama. Dan paling teruk saya waswas dalam kebersihan sehingga saya ragu ragu kerana takut diri tak bersih boleh menyebabkan ibadat tak diterima. Susah nak diterangkan. Sebab dulu saya memang tak mampu nak menanggung penyakit ni. Apa yang saya buat, saya mula belajar tak endah. Sebab saya pernah terbaca, biarlah salah teruskan sahaja. ALLAH tahu kan. Sebab waswas ni berasal dari syaitan. Bercakap memang mudah bagi yang tak pernah mengalami. Tp hakikatnya memang sgt susah. Dalam kes niat nak solat, saya cadangkan teruskan sahaja. Lama2 akan biasa. Sbb ketika kita ambil tikat sejadah, pastilah di hati berniat untuk solat. Kalau saya salah tolong betulkan. Semoga Allah sembuhkan penyakit ni. Wallahua’lam

  9. Posted by Anonymous on May 20, 2014 at 9:46 pm

    Dah sepuluh tahun saya menanggung was -was ni hanya allah yg tau betapa peritnya hidup dlm keadaan ni. Tk kira apa pn masaalah was-was kebersihan, wuduk,mandi wajib,banyak lagi saya tk mampu nk luah kn tapi sekarang semua nya saya dh baik dn makin pulih hanya niat untuk solat saja yg paling teruk yg tk dapat sya lakukn sampai ke hari ni.susah saya nk terus solat sebb hti sya duk fikir memang solat ni tk sah.sbb masa niat lain saya sebut lain sya nampak dn fikir.ada siapa yg macam saya ni yg dapat lepas dari siksa ni tolong.lah beri saya panduan dn semangat sbb sya hampir putus asa dngn diri ini.

    Reply

  10. Posted by anonymous on September 4, 2014 at 4:55 pm

    Salam… Dsni saye ingin brkgsi sdkit tntng was2 akdah… Saudara brkata tntg Sexual images.. Saye rase bg y mghdp pnykit was2 akidah akn trbygkn bnde nie.. Ia lbh mnjurus kpd Sexual images y brtntngan dgn agama… Saye pnh trbace dlm blog brkaitan dgn bnda ini… Ia satu lntsan y mncrut n ia dtg spye org y brpnykit ini stress n rase brdosa ats byngn 2.. Tp saye ad bce tntg hadis brkaitan dgn pnykit ini slgi kita x brniat ats bygn atau lintsan ini ianya dimaafkn.. Saye hnye brkgsi ilmu y saye ad.. Klau slah hrp prbtulkan… Saye hnya brkgsi brdsarkn pnglaman saye tntg pnykit ini..

    Reply

  11. Posted by Hafiz on May 17, 2016 at 3:59 pm

    Perkongsian yg amat amat berharga buat saya..pelbagai usaha sy buat utk mengubati penyakit was was ini dan semua ustaz yg sy jumpa cakap benda yg sama “usah di layan teruskan saja”..doakan sy berjaya menjalani terapi was was ni supaya dapat pulih dan dapat bersolat dengan lebih yakin..kesempurnaan hanya milik ALLAH..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: