Tentang Kita

Assalamualaikum wbt

Sila dengar lagu ini untuk mood entri;-)

Rasanya baru beberapa hari aku memijak bumi Dublin pertama kalinya, dan hari ini, aku cuma tinggal beberapa bulan bersama rakan-rakan yang bakal pulang ke PMC.

Manusia mana yang suka akan perpisahan. Parting hurts, in whatever forms it may. I endure pain better than parting. Hamster aku meninggal pun aku buleh sedih 2-3 hari, termenung sana sini. Inikan pula kawan-kawan. Kak Amalia balik, tak usah cakaplah bagaimana, Kak Ochee. Dan bulan ini menyaksikan aku dan Tengku hilang semua housemates kami yang pulang terus ke Malaysia.

Sebenarnya dari Februari lepas, aku sudah mula terasa waktu itu makin dekat. Bila aku kenang, masa dengan kawan-kawan PMC ini hanya tinggal beberapa bulan saja (tolak summer), aku rasa tak puas tatap muka diaorang, rasa ketawa diaorang begitu berharga. Ditakdirkan, tahun ini persahabatanku dengan kawan-kawan PMC ini makin rapat. Makan sama-sama, pergi aktiviti sama-sama, macam-macamlah bersama-sama, mungkin macam trivial, tapi semua itu sangat bermakna bagi aku yang tak ada kakak atau adik perempuan ni.

Tapi ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah itu kerana Allah. Sepanjang kedewasaan di Dublin ni, sudah cukupkah aku berbuat baik pada kawan-kawanku? Adakah aku ni sahabat masa seronok saja? Adakah aku ini sahabat yang bila dipandang mendekatkan mereka kepada agama atau makin lagho? Gawat. Hehe.

Hajat nak berjalan dengan diaorang summer ni ke Brussels tak kesampaian, harapnya Turkey in Winter nanti tak ada aral:-)

Jadi, tatkala subuh menyapa pagi ini, di kala aku diulit kerinduan yang amat pada semua kawan-kawan, aku hadiahkan lagu ini. Hehe. Apa la malang sangat kejiranan aku ni semua anak lelaki. Cakap dengan hamster pun tak ada respon. Kan aku tak ada kawan kat rumah lepas tu buat entri jiwang-jiwang ni.

Lagu ini khas untuk:

SMKGR: Kak Long, Amy, Aja, Muna, Hanani, Syazana, Intan Zareena, Intan Soraya, Nadheera, Athalia, Bhavarita, Yi Ling, Jee Ying.

MRSM Taiping: Hafni!;-) Mas, Eez, Sarina, One, Cnern, Ball, Fite, Dima, dan semua kawan-kawan 512

KMB: Azilah, Hazi, Ili, Needa, Bibik, Dee, Hasni, Taq, Leen, Pedon, Dayah, Put, Deeha dan semua kawan-kawan m04p dan bala tentera econs

RCSI UCD: Jannah, Dayah, Fai, Munni, Liyana, Adah, Ilani, Intan, Hana, Najlaa, Syamsiah dan semuaaaa kawan-kawan termasuk junior2 yang bakal pulang (Nazirah, Humaira, Muizzah, Dayah 314 semua…)

Ish…napa lah awal sangat korang balik. Nasib baiklah ada kawan-kawan full course, dan yang paling best untuk dibuli, anak-anak usrah full course. Dya zati areeshah, korang memang ditakdirkan full course sebab kalau balik awal, akak takda tempat nak lepak. Hehe.

I thought i can give a shot at poetry for this. Too bad, rhyming semua pun lari, ngantuk sudah.

Wallahu’alam.

7 responses to this post.

  1. Posted by Mar on July 10, 2008 at 11:02 am

    Assalamua’laikum wrt wbt anis,

    Huhu…jubah awk ada kat kita kaler hitam..harap ok..bila baca entri anis yg ni rasa nak nagis lah pulak…mcm manalah agaknya bila kwn2 kita ni balik….sedih….
    tahun ni bila akk sr balik dah cukup air mata sebaldi…ni pulak kawan sendiri….plan ke turkey tu on…make sure anis ada tau…huhu

    Reply

  2. Posted by hidayah on July 11, 2008 at 6:54 pm

    assalamualaikum wrt wbt hanis:)

    i share the same feeling too…huhu, lawak tak, waktu belajar utk paper GI, nangis sorg2 sbb takut kena berpisah dgn korg…hehe, nasib baik takde org tgk;)

    ya2…mission to turkey!!!!…nak ikut

    Reply

  3. Posted by hamstermenulis on July 23, 2008 at 11:17 am

    salam. mar, aku dh dpt jubah yg ko belikan. thanks weh!! skrg kita sudah buleh buat team kompang sbb dah ada uniform. haha.

    yup mar, dayah, kita pi turkey ek lepas exam 1c2 ni. simpan duit semua.kita sakan kat turkey. explore abis2an. summer ni kita research. huhu. kenangan last dgn korg semua sblm balik. 😦

    Reply

  4. Posted by wadialhana on July 24, 2008 at 7:35 am

    heh..team kompang?this time kene betui2 menjadik!!!adus..teringatnya memori team kompang dulu..haha..

    cop!nak g turkey gak weh..mana aci tak ajak org!kat situ kita wat farewell party la kat kitaorg.. :(( sedih sungguh bila tingat nak berpisah ngan kawan2 fullcourse.ukhuwwah yg rapat baru terbentuk..mmg Allah menguji ikatan ukhuwwah ni..kuat ke idak..?sedey la entry ni anies..

    ps: parents mengharamkan pembelian binatang2 berbulu la anies..cancel plan nak beli hamster..heh,di pmc,misi ini akan terlaksana! meh pmc kalau mau tgk hamster..hehehe

    Reply

  5. Posted by hamstermenulis on August 15, 2008 at 1:22 am

    hehe. semua diajak ke turkey. alang2 dah ramai,kita buleh book van atau sewa keta, senang sket nak gerak2.
    kalau nak naik keta, kita buleh drive, tp ada syarat la. org yg dipandu mesti semua baca doa naik kenderaan dan mengucap siap2. haha. kot2 la jadik apa2 kan.

    huhu. korg, apsal cepat sgt nak balik…:(

    Reply

  6. I like the helpful info you supply in your articles.
    I’ll bookmark your blog and take a look at once more right here regularly. I am fairly certain I will be informed a lot of new stuff right right here! Good luck for the next!

    Reply

  7. This post will assist the internet visitors for building up new
    blog or even a blog from start to end.

    Reply

Leave a reply to hidayah Cancel reply