Rise From Down Under

Assalamualaikum wbt

(will put pictures later)

It’s a looong pause. Whew. Setelah 18 hari saya berkelana di bumi Australia, kini kembali di tanah air, mengangkat pena. Mungkin entri Australia ini akan bersambung-sambung, kerana saya kira pengalaman yang ditimba mesti saya ceritakan. Juga, saya masih hutang satu entri buat Anakmelayu^^. Harap saudara maafkan saya atas kelewatan entri itu.

25 Jun 2008

Kuala Lumpur:

Saya tidak tidur pada malam ini. Giat menelaah ‘Aku Terima Nikahnya’, sedikit kudapan ilmu buat bekal kembara nanti. Beberapa jilid buku turut saya bawa dalam bagasi dengan harapan semuanya akan habis saya baca dari kulit ke kulit (Golongan Yang Tercicir Di Jalan Dakwah dan Welcome To Your Brain). Malam itu saya akhiri dengan menonton semi final Euro 2008. ( ades, patutnya semayang sunat ke hapa kan )

26 Jun 2008 – 4 Julai 2008

8 hari yang santai di kota metropolitan Melbourne. Fine weather. G’day bak slang orang Australia. Dari Clayton, Monash, kami dibawa ke Melbourne City, Melbourne Uni, Monash Uni, Melbourne suburbs, Phillip Island, Great Ocean Road, Royal Botanical Garden, Direct Factory Outlet, Victoria Market, Art Market, Eureka Tower dan sebagainya. Pakej yang begitu menyeluruh ini membuatkan jelajah Melbourne ini terasa agak lengkap, namun saya tidak berkesempatan berkenal-kenalan dengan muslimat Melbourne dengan lebih meluas kerana tarikh ini clash dengan jaulah mereka ke Sydney, tambahan tarikh ini clash dengan winter game mereka, MASCA di Brisbane. Bila lagi agaknya dapat berkenal-kenal dengan mereka ini. Terima kasih yang tak terhingga buat Pedon, housemates dan semua yang menumpangkan kami!

Melbourne sebuah kota metropolitan yang sarat dengan orang Asia, gah dengan pencakar langit yang seakan berlumba menggapai awan. Namun alam semulajadi masih mempesonakan di bumi Melbourne yang tamadunnya berkembang dengan hadirnya lambakan bekas tahanan penjara dari sekitar Britain dan jajahannya. Saya kira Royal Botanical Garden cukup scenic buat warga kota. Manakala Phillip Island dan Great Ocean Road pasti mengenyangkan buat mereka yang berlensa besar dan pencinta flora fauna.

Terima kasih buat semua yang menerima kedatangan kami di sini. Semoga Allah jua yang membalas keikhlasan anda:-D

4 Julai 2008 – 6 Julai 2008

Kami berlepas ke Sydney dengan kapal terbang kos rendah Jet Star. 3 hari terasa singkat bagi kembara kota tertua di benua kangaroo ini. Siapa sangka, di sini kehadiran kami banyak dibantu oleh pelajar Engineering yang mungkin asing bagi kami dahulu, blok pelajar Medic. Yaya, Azleen, Kah Fung, Fikah. Terima kasih semua! 3 hari yang singkat, tetapi penuh makna.

Sydney, setanding Melbourne dari segi kepesatan bandarnya. Pencakar langit memenuhi segenap sudut pusat bandarnya sesuai dengan statusnya sebagai pusat ekonomi Austalia. Namun Sydney menjanjikan sesuatu, iaitu panoramic city. Sydney yang terkenal dengan keindahan pantainya yang tidak berpenghujung, Bondi Beach, Coogee, etc, juga megah dengan struktur meganya seperti Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Sydney seperti sebuah arca moden yang dikelilingi jambatan-jambatan yang unik; Harbour Bridge dan Anzac Bridge. Darling Harbour dan beberapa pelabuhan lain membayangkan bagaimana tamadunnya bermula.

Sydney, dinobatkan sebagai bandar ke21 termahal di dunia, paling mahal di Australia. Ia dipenuhi dengan masyarakat bermata sepet (cina, bukan banjar, hehe) melambangkan kemasukan imigran yang begitu pesat atas kemakmuran ekonominya. I wish you can see how huge was the China Town.

Di sini, pengalaman dengan Australian Aborigins juga membuatkan hati saya ingin mengkaji lebih lanjut, tentang apa yang mereka lalui. Mulanya, saya melihat mereka ini, anak muda mereka khususnya, seperti sangat rebellious. Naik bas tak mahu bayar, meliar di jalanan lewat malam, menjerit di sana sini. Mereka ini bukan seperti jahat, mereka ini semacam geram. Lain tu. Kemudian, sebuah bangunan yang bertentang dengan Sydney Opera House begitu giat menayangkan kain rentang yang mempersoalkan kredibiliti kerajaan Australia dalam memelihara hak mereka. Kata-kata seperti 200 Years Of White Lies, membuatkan saya tertarik untuk menggali lagi.

7 Julai 2008 – 11 Julai 2008

Dari Sydney, kami ke Goldcoast, juga dengan penerbangan kos rendah Jetstar. Goldcoast, seindah namanya. Sebuah bandar yang pesat membangun bermula dengan keindahan pesisiran pantainya yang menjadi tumpuan peluncur ombak (ish betui ka term ni). Dahulu, saya juga tertanya-tanya, apa sangat yang uniknya sehingga mendapat jolokan Surfers Paradise. Rupanya, ombaknya memang ada kelainan, bergulung-gulung macam aiskrim kena scoop. Hehe. Bandar yang bergantung semata-mata dengan industri pelancongan ini berkembang kepada pembangunan theme park bertaraf dunia yang menjadikan aset tanahnya sangat bernilai.

Goldcoast, cuacanya seakan Malaysia, memandangkan geografinya yang agak hampir dengan khatulistiwa. Di sini, banyak juga theme park yang kami masuk, memandangkan semuanya ada tarikan masing-masing. Bila mengenangkan, bila lagi nak sampai sini, kami pun redah banyak theme park. Dari Currumbin Wildlife, Seaworld, Dreamworld dan Movieworld. Di sini, semacam suatu strain buat adrenaline, sebab banyak sangat roller coasternya dan solero shotnya. Ada satu peringkat, disebabkan banyak sangat naik roller coaster, imaginasi saya mula meliar. Naik bas disangka ada bab suspen, meluncur sana sini.

Saya begitu puas dapat menyentuh, memberi makan, mengusap dan melihat dengan dekat haiwan-haiwan yang ekslusif di Australia khasnya seperti, koala, kangaroo, wombat, possum, kookaboraa, tasmania dan penguin.

Saya juga terasa sangat damai dapat melihat sunrise di pantai Surfers Paradise. Memerhati cahaya matahari atau sunrays yang menerjah awan biru, seperti sebuah efek lighting yang sungguh memukau. Menyentuh kesejukan air pasang. Malangnya, disebabkan dibuai kedinginan yang mengulit selimut dan subuh yang begitu awal, banyak pagi dihabiskan dengan menyambung episod ketiduran yang begitu merugikan. Ish, ish, ish…

12 Julai 2008 – 14 Julai 2008

Brisbane. Perhentian terakhir sebelum kami pulang ke Malaysia. Siapa sangka, kota yang terletak di bahagian utara-timur Australia ini ‘bernafas’ dengan Brisbane River. Pengangkutan utamanya ialah feri dan bas. Menarik betul. Semacam ekslusif pula naik feri sambil meredah angin dan memandang keindahan sunset yang meninggalkan silhoutte bangunan tinggi pada permukaan air.

Bandar Brisbane, juga menarik. Walaupun tidak sepesat Melbourne mahupun Sydney, suasana bandarnya just nice. Di sini, kami tinggal di apartment rakan-rakan yang baru kami kenali lantaran tiada kenalan KMB perempuan di sini. Seronok dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru; Sofea dan Aimi, plus Aiza walaupun tak sempat berjumpa.

Di sini kami dibawa oleh ke aktiviti luncheon yang menggabungkan ramai warga Malaysia di Brisbane. Seronok melihat mereka berBBQ dengan cara yang begitu terkawal. Saya juga berkesempatan berjumpa dengan Presidennya yang begitu peramah, dan kak Wan Aliyya, jiran di South Circ yang kebetulan di sana menjengah abangnya yang menyambung pelajaran.

Sewaktu kami mengembara sekitar area Universiti, kami dapati kawasannya saaangat homey, very ideal. Fakulti yang menarik, struktur-struktur seperti Al Hambra, banyak tasik-tasik buat habuan melayan perasaan dan menulis, kicauan burung-burung dan environment yang sihat untuk pembelajaran.

Terima kasih kepada tour guide kami, Amir, Ali dan Cina kerana sanggup melayani kerenah kami lantaran tiada kenalan perempuan di sini.

Wah, alhamdulillah, dalam 18 hari, saya dapat berkunjung ke

1. University of Melbourne

2. University of Monash

3. University of Sydney

4. University of New South Wales

5. University of Queensland.

dan few universities yang turut lalu, RMIT, QUT, CQU, dan sebagainya.

buat classmates MO4P, maaf kita tak ada rezeki berjumpa atau terserempak, moga-moga di ruangan lain, insyaAllah:-)

Percutian ke Australia ini saya harapkan, bukanlah bersuka-suka semata-mata, harapnya dapatlah menimba pengalaman, menambah ilmu dan mengukuhkan keimanan dengan melihat bumi Allah dan isinya.

Al-Baqarah

[21]
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
[22]
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Semoga bertemu lagi Australia!

Wallahu’alam

Advertisements

2 responses to this post.

  1. salam ziarah.. 🙂

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on July 23, 2008 at 11:10 am

    Terima kasih for the ziarah:-)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: