Audacious Monolith

Assalamualaikum wbt

Begitu suka sukinya aku menulis blog dalam keadaan kerja yang bertimbun ini. Ringkas saja hari ini:-)

Audacious monolith.

Sepotong frasa yang aku curi dari YahooNews.

Mungkin ‘Audacious Monolith’ artikel YahooNews itu merujuk kepada struktur mega dan aneh milik China Central Television secara literal. (Btw, i am fond of the structure)

Trying-The-Impossible-Building.

(Audacious: bold, daring, or fearless, especially in challenging
assumptions or conventions.
Monolith: a tall block of solid stone
standing by itself, whether a natural rock feature or a stone column
shaped and erected by somebody, e.g. as a monument)

Tetapi, Audacious Monolith yang ingin aku garap hari ini lebih figuratif.

Kelantan may compel Muslim civil servants to pray 5 time a day

KUALA LUMPUR, July 8 — The PAS Kelantan state government plans to compel Muslim government workers to pray 5 times a day as required by their religion, an official said today

and this is the kind of response we got from…Cuepacs Presidents, whom is Muslim. Respond yang sama juga dari pelbagai pihak lain.

“What is the mechanism? Is it really necessary? And how about the excellent performance awards they received?” he told Bernama here Tuesday.

Merasakan langkah kerajaan negeri Kelantan ini memang ‘Audacious Monolith’ move, aneh rasanya melihat orang lain merasakan langkah ini aneh. Pelik tengok orang rasa pelik. Ketika pemerintahan Rasulullah saw dan Khulafa’ Ar Rasyidin dahulu, pemerintah mestilah orang yang paling beragama di samping paling fakih dalam urusan pentadbiran. Tetapi demikian apabila dunia menghampiri noktahnya, buat baik lebih susah daripada buat jahat. Kita lagi pelik melihat usaha pemimpin yang mahu memartabatkan solat. Kita malah merasakan fenomena pemimpin atau pentadbir tidak solat, dimakan nilai-nilai yang bertentangan agama itu lebih normal dan acceptable. Semacam jadi signature pula. Teringat saya akan sebuah hadith yang bermaksud sebegini, satu persatu nilai agama akan ditarik dari umat Islam, yang akhir sekali solat, selepas itu, tiada lagi yang tinggal.

Sebagai umat Islam yang beriman dengan Al Quran, kita harus mengakui bahawa tugas menegakkan solat bukan sahaja tugas setiap orang yang beriman ke atas dirinya, malah ia tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Ini kerana dalam surah Al-Hajj, ayat 41, Allah berfirman;

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Rasulullah sudah sekian lama rungsing tentang umat akhir zaman. Sabda baginda

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.

(H.R. Muslim)

Dan tidaklah Allah memfardhukan solat untuk membuat kesempitan dalam agama, kerana Allah berfirman dalam Surah Jumuah, ayat 10

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Jadi, syabas saya ucapkan kepada pemimpin yang mahu memartabatkan solat ini. Panji Islam bukan hanya sekadar cemerlang dalam sektor ekonomi. Sekiranya benar Maqasid As Syariah menjadi landasan, tangga pertama itulah keutamaan, bukan tangga 5 tanpa tangga 1, tak gitu Pak Lah?;-)

(sunyi betul sekarang, hamster tak ada.bila la Encik Roslan Ahmad ni nak bagi permit bela kucing)

Wallahu’alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: