Archive for August, 2008

Dan Hari Itu Pun Menjelma.

Assalamualaikum wbt

Nampaknya aku makin suka tulis entri bahasa Melayu. Makin tak ada mood menulis dalam bahasa Inggeris. Minggu lepas, aku cuba menulis poem, tapi nampaknya susah benor nak siap. Walaupun isi poem itu ikhlas dan bukan rekaan dari benakku ini, namun terkebil-kebil jugalah aku rhyming. Makin jelas yang penaku makin condong ke arah jatidiri ku. Cewah!:)

Jam menunjukkan 1.34am, 26 Ogos 2008.

Ya, dan hari itu pun menjelma. Hari penentu dan nasib berbicara. Nasib Anwar Ibrahim, nasib Dato Seri Najib, nasib Permatang Pauh berada di timbang tara. Parlimen, mungkinkah bertukar nada? Apa takdir yang tertera, kita bakal saksikan hari ini juga insyaAllah.

Tempoh hari aku berbual dengan seorang kenalan lama. Kenalan lamaku ini bukanlah seorang yang into politics, tetapi senario politik yang berada di klimaksnya ini akhirnya membuatkan dia membuka suara. Kami sampai di kesimpulan yang sama. Politik Malaysia makin songsang dan menjauhi norma. Politik bukan lagi mempertaruhkan kredibiliti dan kebolehan memimpin. Politik Malaysia kini jadi The battleground of personal attacks. Media merancakkan lagi. Mencetus suasana yang mencabuli hak rakyat Malaysia menikmati hak menghakimi dengan saksama. Tadi aku tonton Hujah di TV9. Bapa aku yang neutral pun pening kepala. Apa ini, panggil panel-panel yang memihak kepada satu agenda, menghentam dan menghasut tanpa membiar pihak satu lagi memberi alasannya. Mujur dan syukur, ada demokrasi di alam maya. Yang membolehkan aku paling tidak, mendengar hujah dari pihak sebelah sana. Kalau begini, perkara yang benar pun nampak salah sebab penonton rasa dianiaya. Sama juga dengan berita.

Tahun lepas, aku ada di Permatang Pauh seminggu di rumah rakan. Meriah hujung minggunya dengan kuliah agama di Pesantren Ala Moden. Best. Orang indon kata, “Siap dengan hotel, pasar malam segala”. Orang dari Kedah, Perak dan Kuala Lumpur juga ada, datang setiap minggu katanya. Hebat. Ibu rakanku siap bertanya, “nak makcik bawa jalan-jalan tengok Dewan Pak Lah ke Dewan Wan Azizah?”. Hehe. Berada di kawasan bersebelah, kedua ikon yang menempa sejarah ini, ‘hidup’ dalam tanah takluknya.

Baru tadi aku membaca berita, Tunku Aziz menjadi Naib Presiden DAP setelah mendaftar semalam, membawa sebuah gagasan pemikiran yang dipendamnya selama 14 tahun. Aku pernah berjumpa dengan Tunku Aziz, ambil gambar bersamanya. Projek Amanat Negara. Tidak aku nafikan, ada point yg dia cuba bawa, tapi entah, mungkin timbul kesangsian dan salah faham dek keputusannya ini kerana sentimen-sentimen tertentu yang begitu menebal dan sebati dengan masyarakat Melayu.

PAS pula, setakat ini masih bersih dari noda personal attack rasuah mahupun liwat. Tapi terperangkap dengan kontradiksi memperjuangkan wala’ dan thiqah dan luka semalam. Apa-apa pun, aku doakan agar yang terbaik untuk Islam itu dipermudahkan. Seronok juga baca entri ustaz Nik Abduh pasal ni.

Sebenarnya, lain yang aku nak tulis tadi. Ingin aku iklankan di sini sebuah karya khas untuk pejuang-pejuang agama. Kita ada atlas anatomi untuk bakal perawat memahami isi jasad insan dan merawatnya agar insan itu lebih baik kehidupannya. Maka pejuang agama juga perlu pembacaan untuk mengenali, memahami dan menginsafi segala penyakit hati dan menjauhi segala kemungkinan yang mensasarkannya dari risalah dakwah yang sebenar. Buku Merawat 7 Penyakit Hati oleh Syed Mahazir Shariff Ahmad ni murah ja harganya. RM10. Tetapi dalamnya terkandung banyak penerangan, firman, hadith dan saranan yang begitu mengetuk pintu hati. Pejuang agama sebenarnya susceptible. Diuji dengan perasaan rasa bagus, dipuji, merendahkan atau meremehkan orang lain dan juga buruk sangka. Risau juga, kalau kita sibuk berjuang pada Jihad Tablighi ini, tapi akhirnya menerima neraka gara-gara dosa gerangan hati. Lebih malang, penyakit hati ini istimewa dan besar risikonya, kerana tidak mudah didiagnosis oleh orang lain. Perlu kepada sang empunya diri memeriksa dirinya dan akur kepada kelemahan, sentiasa beringat akan kerdilnya kita pada Maha Esa, walau setinggi mana darjat di mata manusia.

Buku ini merungkai 7 Differential Diagnosis: Bangga Diri (al ‘Ujub), Terpedaya Dengan Perasaan Sendiri (Al Ghurur), Bongkak (At Takabbur), Menunjuk (Al Riya’), Buruk Sangka (Su’al-zhann), Kikir (Al Syuhh), Dendam (Al Hiqd)

//www.gapuramitrasejati.com/images/MENUMPAS%20PENYAKIT%20HATI.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. gambar adalah hiasan

Apa lagi sheikh, beli jangan tak beli. Hehe.

Sebagai penutup, ingin aku nukilkan betapa seronoknya aku melihat qari-qari bersama-sama menasyidkan ‘Ahlan’ di majlis penutup musabaqah tadi. Mengaji begitu sedap, usaha lagi pula tu, untuk mempersembahkan nasyid tanda terima kasih. Hai, aku fikir, orang-orang begini kalau melamar isteri, tak payah pakai ayat-ayat manis, cincin Habib Jewels atau pantun segala, baca saja ayat Quran. Cair hati. Hehe.

p/s: Pak Long aku dulu mengajar juga taranum ni. Tapi masalahnya garang amat. Kata mak, dia jerkah budak sampai terkencit budak tu. Huhu. Tapi terkencit-kencit, sampai juga peringkat kebangsaan. Kesian mak long kena cuci karpet.

:)Wallahu’alam

Some Random Stuff

Assalamualaikum wbt

Nampaknya cuti sekolah dah nak habis. Ini mungkin kali terakhir keluargaku lengkap 5 orang sebelum aku pulang ke tanah angin ku. (tanah air= Malaysia, tanah angin= Ireland)

Pendek kata, aku telahpun memborong 3 dvd software untuk dipelajari, tapi masalahnya tak reti nak download pula. Semuanya untuk upgrade ilmu designing and video making.

Kalau aku mahu bercerita tentang isu semasa Malaysia…sakit hati. Bila aku tengok tv3, buat menyirap darah saja. “Ini tiada konspirasi politiklah, bukan kebetulanlah, time ni reka kes itu dan ini.” Bagiku, mungkin betul semasa Anwar Ibrahim jadi Timbalan dahulu, ada kesilapan yang beliau pernah buat, but frankly, I would like to see him winning Permatang Pauh. If he’s in the parliament, baru best. Komposisi kerajaan yang dinamik dan progresif terjadi apabila suara pembangkang hampir sama kuat dengan suara kerajaan. Baru kedua-dua belah pihak jadi Prudent. Enough about politics:D

(oh, by the way, the last time people say i look like wan azizah, it was 8 years back. Last week, one lady said that to me. Hehe:P)

Jadi, untuk meraikan Visit Terengganu 2008, keluarga kami pun pergi menjelajah Pantai Timur sebab bukan senang untuk kami berlima berkumpul. Lagi pula, mak dan abah dalam satu trip reunion. Berjumpa balik kawan-kawan sepengajian 25 tahun dulu. Bila mereka jumpa kawan-kawan, dan buat perangai muda..gosip orang ni rupanya kahwin dengan orang ini lah, orang ini dulu kecik molek sekarang dah bulatlah. Entah macam-macam lagi.

Day 1st: Kelantan

Abah, “Hai, cemana la orang kata Kelantan ni miskin. Bersepah compressor. Kat KL rumah teres, sini rumah bungalow.”

Istana menerima kepulangan Raja Anis. Heheh (memang ada la kerabat Kelantan nama Anis)

Thumbs up. I like it.

Jejak kasih episod pertama.

Day 2nd: Terengganu

Ini jeti ke Pulau Perhentian. Biru sangat air lautnya. Rasa nak snorkelling:D

Sweethearts:)

Mak dan adik.

Jejak kasih episod dua.

The heroes of the family.

Kebetulan, Tilawah Quran Antarabangsa di sini malam tu.

Orang paling gembira dalam trip ni.

Bazar Warisan & Pasar Payang. Patut le Cik Mek Kelantan Terengganu ni cantik2 belaka. Hehe

As we drive along the coast, we were awe by the scenic bluish light and zenith.

Day 3rd: Pahang

(for this part just some random pictures sepanjang cuti sebab kitaorang cuma turun untuk isi minyak ja.)

Uniform seragam dan aktiviti harian – mengaco ami

Salah satu gejala negatif dalam rumah

Lengan terpaksa censored sebab tersinsing. Haha.

Day 4th: Ipoh via KL

On the way balik, budak kecik ni request nak naik KL Tower sebab waktu kitaorang naik dulu, dia belum ada lagi. Hehe

🙂

Haa.. express tak vacation ni. Nak buat macam mana, hari berikutnya Mak ada exam orang tua. Exam kakitangan kerajaan katanya. Seronok juga round Pantai Timur kali ni, sebab asyik bergelumang dengan Pantai Barat saja, kadang-kadang kena tengok tempat orang.

Jadi, di akhir bingkisan ini, ingin aku kongsi sebuah hadith dari Sahih Bukhari tentang kasih sayang. Mungkin terkeluar tajuk, tapi aku rasa sungguh besar makna dan pengajarannya dan… comel. Hehe.

MAN LA YARHAMU LA YURHAMU

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”

(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemudian, hadith ini diambil oleh orang Cina dan dijadikan pepatah.

Pepatah China berkata: Orang yang mengasihi orang lain akan dikasihi.

Ya lah kan, Islam tersebar ke China awal juga.

Hadith ini pula buat aku terfikir sejenak.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda:
“Tahukah  engkau siapakah orang yang mandul.”
Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata :
“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi  anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

(Maksud Al-Hadith)

Wallahu’alam

Kerja rumah

Assalamualaikum wbt

Hampir 2 bulan lepas, seorang senior telah beri aku link ini.  MUKHTARUL HADITH BLOGSPOT

Ada hadithnya sama seperti dalam hadith 40 karya Imam Nawawi, tetapi hadith-hadithnya lebih ringkas dan mudah dihafal. Sesuai dengan kapasiti aku yang tidak ada basics arab ni. hehe. Jadi, aku ingin mengajak rakan-rakan untuk mengunjungi blog ini. Satu hari hafal satu.

Bila agaknya aku nak belajar arab dengan serious ni. Kalau ikutkan kawan-kawan kat Mesir ada markas bahasa tapi kena 3 bulan tinggal sana. Adoi, setahun tak balik Malaysia, mahu kurus aku homesick.

Bercerita tentang bahasa arab ni, aku ada 2 kisah yang bila aku cerita, aku yang kena gelak.

Al Kisah 1:

Anis: (sambil rujuk kolum bahasa arab Ana Muslim)

Ami, apa maksud ana akulu bazinjan? (saya makan terung)

Ami: Erm…saya suka sinchan.

Rasa macam nak lekuk pun ada adik aku ni. Sebab banyak sangat tengok sinchan, lawak dia pun jadi selenga macam sinchan. Muka dah cukup syarat dah macam sinchan.

Al Kisah 2:

Matriks Londang.

Ustazah: Sekarang sebelum kita mula, ustazah minta kita semua ta’aruf dahulu.

Seorang demi seorang: Ismi Muhammad bla..bla..bla.., Ismi nama lain pula bla..bla..bla

Aku: (Aku taktau ismi tu maksudnya nama saya. Aku macam, Uih, coolnya nuqaba’-nuqaba’ kat sini, perkenalkan diri dengan  It’s Me!)

Aku mula rasa pelik, lalu aku bertanya pada kawanku yang merupakan bekas pelajar Maahad Muhammadi  perempuan. “Awak, buleh tanya? Kita bukan sekolah agama, kita sekolah biasa ja. It’s Me tu apa ek?”. (sedih habih bunyi hehe)

Nasib baik aku tak cakap Ismi tu, sure intonasi dia jadi pelik gila.

tersenyum sendirian dan menepuk dahi.

Wallahu’alam.

Hadathana ‘Abayatubnu Rifa’ata Qala…

Assalamualaikum wbt.

Entri ini khas untuk mengetuk diriku yang kian malas dan hampir terjebak dalam kancah-kancah futur, ditewaskan oleh sinetron-sinetron Indonesia dan gejala-gejala makan yang mampu menaikkan paras gula dalam darah.

Ish, anis. Apa nak jadi dengan hang ni? Hang ingat dak hadith yang 
kena hapai dulu. (maaf, tak jumpa version Arab)

Suatu hari, Zaid bin Abu Maryam bertemu dengan Abayah bin Rifa’ah. Abayah berkata kepada Zaid yang waktu itu hendak berangkat menunaikan shalat Jumaat, “Bergembiralah, karena langkah-langkah engkau ii adalah fisabilillah. Aku pernah mendengar Abu Abs berkata, bahwa ia mendengar Rasulullah bersabda, Barangsiapa berdebu kakinya di jalan Allah, maka kedua kaki itu diharamkan dari api neraka. (HR. Tirmidzi).

Ni bukan setakat kaki tak berdebu, keluar rumah pun tak. Pastu membaca pun malas.

Kenapa? Why? Timkai? Weishenme?

Lagi sebulan setengah je oi nak balik. Ada 10 lagi buku tersadai untuk dibaca.

VERY LAZY, I AM.

pastu aku teringat surah At Taghabun ayat 15-18.

15. Your wealth and your children are only a trial, whereas Allah! With Him is a great reward (Paradise).

16. So keep your duty to Allah and fear Him as much as you can; listen and obey; and spend in charity, that is better for yourselves. And whosoever is saved from his own covetousness, then they are the successful ones.

17. If you lend to Allah a goodly loan (i.e. spend in Allah’s Cause) He will double it for you, and will forgive you. And Allah is Most Ready to appreciate and to reward, Most Forbearing,

18. All-Knower of the unseen and seen, the All-Mighty, the All-Wise.

😥 Wallahu’alam

The Best Piece


Assalamualaikum wbt.

When i notices that time ticks too fast, and owh, lagi sebulan stgh je nak balik. And this feeling came. Exactly like last year. It’s not that people can’t survive alone overseas without family around, but having family around makes you feel safe, secured and need not to behave that adult and act independent. The feeling is way too abstract but the tone sounded something like this piece.  Nice one, by the way. Timeless.

Father & Son

Father
Its not time to make a change,
Just relax, take it easy.
Youre still young, thats your fault,
Theres so much you have to know.

Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but Im happy.

I was once like you are now, and I know that its not easy,
To be calm when youve found something going on.
But take your time, think a lot,
Why, think of everything youve got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.

Son
How can I try to explain, when I do he turns away again.
Its always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now theres a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

Father

Its not time to make a change,

Just sit down, take it slowly.

Youre still young, thats your fault,

Theres so much you have to go through.

Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but Im happy.
(son– away away away, I know I have to
Make this decision alone – no)
Son
All the times that I cried, keeping all the things I knew inside,
Its hard, but its harder to ignore it.
If they were right, Id agree, but its them you know not me.
Now theres a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

(father– stay stay stay, why must you go and
Make this decision alone? )

Wallahu’alam

You Are Amazing For?

Assalamualaikum wbt

You are amazing for who you are.

You are amazing for what you’ve done.

Dua ayat penyata yang membingungkan. Asalnya begini, aku begitu kagum + mual dengan beberapa episod orang yang mengagumi seseorang kerana diri seseorang itu. Kagum kerana sang seseorang itu punya aura sehingga refleksi kepada dirinya menjadi sebegitu positif. Mual kerana sang pengagum tadi kadangkala jatuh ke tahap obsess ataupun taksub sehinggakan apa yang salah pada ikonnya dipertahankan ataupun didiamkan. Ia terjadi dari skala persahabatan, arena politik dan apa lagi kalau bukan industri hiburan.

“When others do it, you say it is wrong. But when your great friends do it, you say it’s their rights and some other good excuses.”

Mungkin dalam konteks ini, You Are Amazing For Who You Are nampak antagonis dan meracuni. Tetapi mungkin juga dalam konteks mempertahankan sebuah perhubungan, ia dilihat sebagai penyelamat. Suami isteri, ibu bapa dan anak, kalau menggunakan konsep ini, pasangannya berbuat apa pun, asalkan tidak berdosa dan acceptable, terma ini sangat berguna. Hidup bersama sehari-harian, masakan tak ada apa-apa kesalahan atau kekurangan.

Pendirian You Are Amazing For What You’ve Done mungkin nampak lebih bermaruah, tegas dan berprinsip. Seseorang itu seolah-olah dinilai dan dikagumi hasil daripada apa yang dilakukannya, bukan semata-mata elemen pengaruh ataupun hubungan. Aku sendiri lebih suka kalau dapat berpegang utuh pada prinsip ini, tetapi bila aku fikirkan, ini suatu pendirian bermaruah yang buleh menggugat dan penuh krisis. Contohnya, kita boleh mengagumi seseorang kerana perilakunya, tetapi konsisten itu ada naik turunnya, ada timbul lenyapnya. Bila begini, kadangkala sang pemegang prinsip ini jadi meronta-ronta, paling tidak dalam hatinya, supaya orang yang dikaguminya mencapai sesuatu tahap yang ditentukan. Ini sungguh tidak menjurus kepada, menerima seadanya.

Pokok pangkalnya sekarang, kenapalah aku fikir semua ini. Ish,ish,ish.

Wassalam.

But at least that further explains to me why Rasul and Nabi are maksum and shouldn’t be doubted as the Messengers that need to be followed.