Kerja rumah

Assalamualaikum wbt

Hampir 2 bulan lepas, seorang senior telah beri aku link ini.  MUKHTARUL HADITH BLOGSPOT

Ada hadithnya sama seperti dalam hadith 40 karya Imam Nawawi, tetapi hadith-hadithnya lebih ringkas dan mudah dihafal. Sesuai dengan kapasiti aku yang tidak ada basics arab ni. hehe. Jadi, aku ingin mengajak rakan-rakan untuk mengunjungi blog ini. Satu hari hafal satu.

Bila agaknya aku nak belajar arab dengan serious ni. Kalau ikutkan kawan-kawan kat Mesir ada markas bahasa tapi kena 3 bulan tinggal sana. Adoi, setahun tak balik Malaysia, mahu kurus aku homesick.

Bercerita tentang bahasa arab ni, aku ada 2 kisah yang bila aku cerita, aku yang kena gelak.

Al Kisah 1:

Anis: (sambil rujuk kolum bahasa arab Ana Muslim)

Ami, apa maksud ana akulu bazinjan? (saya makan terung)

Ami: Erm…saya suka sinchan.

Rasa macam nak lekuk pun ada adik aku ni. Sebab banyak sangat tengok sinchan, lawak dia pun jadi selenga macam sinchan. Muka dah cukup syarat dah macam sinchan.

Al Kisah 2:

Matriks Londang.

Ustazah: Sekarang sebelum kita mula, ustazah minta kita semua ta’aruf dahulu.

Seorang demi seorang: Ismi Muhammad bla..bla..bla.., Ismi nama lain pula bla..bla..bla

Aku: (Aku taktau ismi tu maksudnya nama saya. Aku macam, Uih, coolnya nuqaba’-nuqaba’ kat sini, perkenalkan diri dengan  It’s Me!)

Aku mula rasa pelik, lalu aku bertanya pada kawanku yang merupakan bekas pelajar Maahad Muhammadi  perempuan. “Awak, buleh tanya? Kita bukan sekolah agama, kita sekolah biasa ja. It’s Me tu apa ek?”. (sedih habih bunyi hehe)

Nasib baik aku tak cakap Ismi tu, sure intonasi dia jadi pelik gila.

tersenyum sendirian dan menepuk dahi.

Wallahu’alam.

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Posted by Anonymous on August 15, 2008 at 1:55 pm

    hehe..
    menarik2..

    Reply

  2. hahahahaha…. aku pon nak belajar bahasa arab… rasa mcm best plak… adoi…It’s Me ASRIH… wahahahahhahha

    Reply

  3. Posted by azni shafinas on August 20, 2008 at 8:44 pm

    Salam wbt. hanis.. wah dah menuli sekarang:)
    hari tu kata nak call..takde pun ..tunggu je..
    camne skang? semangat org nak hafal hadith nanti..
    tp just nak cakap.. apa beza nya hadith dengan al quran?
    al quran kalau kita baca dapat pahala, tp hadith ni kita takkan dapat pahala kalau just hafal..
    kene amalkan.. asal usul hadith pun..adalah perbuatan, perkataan..sama ada lahir atau tidak… oleh rasulullah.. jd.. Pahala nya terletak pd amalan 😀

    hadith 40 imam nawawi tu sebagai asas.. ..ada 42 hadith kan dlm tu..
    ni penting dlm pembentukkan individu.. tp iAllah boleh je nak hafal N amal hadith lain.. tp kalau boleh aula’ kan yg 40 tu erk 😀

    Reply

  4. Posted by hamstermenulis on August 21, 2008 at 1:00 am

    salam semua

    anonymous: thanks!:)

    kayubalak: uih, belajo jangan tak belajo. belajo bahasa arab dapat pahala. hehe. lagipun faham bahasa arab mcm bagi mileage nak paham Islam.

    azni: jzkk azni! for the visit and the points of view.

    aritu nak call korang tapi the first few days, mcm pack. bila aku free2 kan, aku dpt tau yang korang dah kat sydney. huhu. last2 aku pi melbourne takdak sapa kat sana. alhamdulillah gak jumpa ko siap2 di airport. bila aku pi sydney, bdk2 sydney kata korg dah balik melbourne and ada yg dah sampai goldcoast. huhu.

    betul tu, hadith 40 tu sebagai asas yang plg penting. hehe. mmg bnyk program dan usrah yg fokus pada instill content 40 ni ye tak. cuma saja promote yang satu lagi tu, sebagai tambahan pada siapa2 yg nak mendalami kitab lain.

    betui tu kan, quran kalau dengar pun dapat pahala. tapi hadith ni kena hayati dan amal, baru dpt pahala.

    jzkk azni for sharing!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: