Some Random Stuff

Assalamualaikum wbt

Nampaknya cuti sekolah dah nak habis. Ini mungkin kali terakhir keluargaku lengkap 5 orang sebelum aku pulang ke tanah angin ku. (tanah air= Malaysia, tanah angin= Ireland)

Pendek kata, aku telahpun memborong 3 dvd software untuk dipelajari, tapi masalahnya tak reti nak download pula. Semuanya untuk upgrade ilmu designing and video making.

Kalau aku mahu bercerita tentang isu semasa Malaysia…sakit hati. Bila aku tengok tv3, buat menyirap darah saja. “Ini tiada konspirasi politiklah, bukan kebetulanlah, time ni reka kes itu dan ini.” Bagiku, mungkin betul semasa Anwar Ibrahim jadi Timbalan dahulu, ada kesilapan yang beliau pernah buat, but frankly, I would like to see him winning Permatang Pauh. If he’s in the parliament, baru best. Komposisi kerajaan yang dinamik dan progresif terjadi apabila suara pembangkang hampir sama kuat dengan suara kerajaan. Baru kedua-dua belah pihak jadi Prudent. Enough about politics:D

(oh, by the way, the last time people say i look like wan azizah, it was 8 years back. Last week, one lady said that to me. Hehe:P)

Jadi, untuk meraikan Visit Terengganu 2008, keluarga kami pun pergi menjelajah Pantai Timur sebab bukan senang untuk kami berlima berkumpul. Lagi pula, mak dan abah dalam satu trip reunion. Berjumpa balik kawan-kawan sepengajian 25 tahun dulu. Bila mereka jumpa kawan-kawan, dan buat perangai muda..gosip orang ni rupanya kahwin dengan orang ini lah, orang ini dulu kecik molek sekarang dah bulatlah. Entah macam-macam lagi.

Day 1st: Kelantan

Abah, “Hai, cemana la orang kata Kelantan ni miskin. Bersepah compressor. Kat KL rumah teres, sini rumah bungalow.”

Istana menerima kepulangan Raja Anis. Heheh (memang ada la kerabat Kelantan nama Anis)

Thumbs up. I like it.

Jejak kasih episod pertama.

Day 2nd: Terengganu

Ini jeti ke Pulau Perhentian. Biru sangat air lautnya. Rasa nak snorkelling:D

Sweethearts:)

Mak dan adik.

Jejak kasih episod dua.

The heroes of the family.

Kebetulan, Tilawah Quran Antarabangsa di sini malam tu.

Orang paling gembira dalam trip ni.

Bazar Warisan & Pasar Payang. Patut le Cik Mek Kelantan Terengganu ni cantik2 belaka. Hehe

As we drive along the coast, we were awe by the scenic bluish light and zenith.

Day 3rd: Pahang

(for this part just some random pictures sepanjang cuti sebab kitaorang cuma turun untuk isi minyak ja.)

Uniform seragam dan aktiviti harian – mengaco ami

Salah satu gejala negatif dalam rumah

Lengan terpaksa censored sebab tersinsing. Haha.

Day 4th: Ipoh via KL

On the way balik, budak kecik ni request nak naik KL Tower sebab waktu kitaorang naik dulu, dia belum ada lagi. Hehe

🙂

Haa.. express tak vacation ni. Nak buat macam mana, hari berikutnya Mak ada exam orang tua. Exam kakitangan kerajaan katanya. Seronok juga round Pantai Timur kali ni, sebab asyik bergelumang dengan Pantai Barat saja, kadang-kadang kena tengok tempat orang.

Jadi, di akhir bingkisan ini, ingin aku kongsi sebuah hadith dari Sahih Bukhari tentang kasih sayang. Mungkin terkeluar tajuk, tapi aku rasa sungguh besar makna dan pengajarannya dan… comel. Hehe.

MAN LA YARHAMU LA YURHAMU

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”

(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemudian, hadith ini diambil oleh orang Cina dan dijadikan pepatah.

Pepatah China berkata: Orang yang mengasihi orang lain akan dikasihi.

Ya lah kan, Islam tersebar ke China awal juga.

Hadith ini pula buat aku terfikir sejenak.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda:
“Tahukah  engkau siapakah orang yang mandul.”
Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata :
“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi  anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

(Maksud Al-Hadith)

Wallahu’alam

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by Butter - Fly on August 25, 2008 at 7:02 pm

    Camera Nikon series bape eh cik Anis gune? Comel molek sungguh gambar-gambarnya.

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on August 25, 2008 at 11:06 pm

    oooo. saya pakai nikon d40 aje. hehe. plg cikai antara semua nikon dslr. tak mampu…:D

    sbnrnya pemandangannya yg lawa2 bangat!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: