Dan Hari Itu Pun Menjelma.

Assalamualaikum wbt

Nampaknya aku makin suka tulis entri bahasa Melayu. Makin tak ada mood menulis dalam bahasa Inggeris. Minggu lepas, aku cuba menulis poem, tapi nampaknya susah benor nak siap. Walaupun isi poem itu ikhlas dan bukan rekaan dari benakku ini, namun terkebil-kebil jugalah aku rhyming. Makin jelas yang penaku makin condong ke arah jatidiri ku. Cewah!:)

Jam menunjukkan 1.34am, 26 Ogos 2008.

Ya, dan hari itu pun menjelma. Hari penentu dan nasib berbicara. Nasib Anwar Ibrahim, nasib Dato Seri Najib, nasib Permatang Pauh berada di timbang tara. Parlimen, mungkinkah bertukar nada? Apa takdir yang tertera, kita bakal saksikan hari ini juga insyaAllah.

Tempoh hari aku berbual dengan seorang kenalan lama. Kenalan lamaku ini bukanlah seorang yang into politics, tetapi senario politik yang berada di klimaksnya ini akhirnya membuatkan dia membuka suara. Kami sampai di kesimpulan yang sama. Politik Malaysia makin songsang dan menjauhi norma. Politik bukan lagi mempertaruhkan kredibiliti dan kebolehan memimpin. Politik Malaysia kini jadi The battleground of personal attacks. Media merancakkan lagi. Mencetus suasana yang mencabuli hak rakyat Malaysia menikmati hak menghakimi dengan saksama. Tadi aku tonton Hujah di TV9. Bapa aku yang neutral pun pening kepala. Apa ini, panggil panel-panel yang memihak kepada satu agenda, menghentam dan menghasut tanpa membiar pihak satu lagi memberi alasannya. Mujur dan syukur, ada demokrasi di alam maya. Yang membolehkan aku paling tidak, mendengar hujah dari pihak sebelah sana. Kalau begini, perkara yang benar pun nampak salah sebab penonton rasa dianiaya. Sama juga dengan berita.

Tahun lepas, aku ada di Permatang Pauh seminggu di rumah rakan. Meriah hujung minggunya dengan kuliah agama di Pesantren Ala Moden. Best. Orang indon kata, “Siap dengan hotel, pasar malam segala”. Orang dari Kedah, Perak dan Kuala Lumpur juga ada, datang setiap minggu katanya. Hebat. Ibu rakanku siap bertanya, “nak makcik bawa jalan-jalan tengok Dewan Pak Lah ke Dewan Wan Azizah?”. Hehe. Berada di kawasan bersebelah, kedua ikon yang menempa sejarah ini, ‘hidup’ dalam tanah takluknya.

Baru tadi aku membaca berita, Tunku Aziz menjadi Naib Presiden DAP setelah mendaftar semalam, membawa sebuah gagasan pemikiran yang dipendamnya selama 14 tahun. Aku pernah berjumpa dengan Tunku Aziz, ambil gambar bersamanya. Projek Amanat Negara. Tidak aku nafikan, ada point yg dia cuba bawa, tapi entah, mungkin timbul kesangsian dan salah faham dek keputusannya ini kerana sentimen-sentimen tertentu yang begitu menebal dan sebati dengan masyarakat Melayu.

PAS pula, setakat ini masih bersih dari noda personal attack rasuah mahupun liwat. Tapi terperangkap dengan kontradiksi memperjuangkan wala’ dan thiqah dan luka semalam. Apa-apa pun, aku doakan agar yang terbaik untuk Islam itu dipermudahkan. Seronok juga baca entri ustaz Nik Abduh pasal ni.

Sebenarnya, lain yang aku nak tulis tadi. Ingin aku iklankan di sini sebuah karya khas untuk pejuang-pejuang agama. Kita ada atlas anatomi untuk bakal perawat memahami isi jasad insan dan merawatnya agar insan itu lebih baik kehidupannya. Maka pejuang agama juga perlu pembacaan untuk mengenali, memahami dan menginsafi segala penyakit hati dan menjauhi segala kemungkinan yang mensasarkannya dari risalah dakwah yang sebenar. Buku Merawat 7 Penyakit Hati oleh Syed Mahazir Shariff Ahmad ni murah ja harganya. RM10. Tetapi dalamnya terkandung banyak penerangan, firman, hadith dan saranan yang begitu mengetuk pintu hati. Pejuang agama sebenarnya susceptible. Diuji dengan perasaan rasa bagus, dipuji, merendahkan atau meremehkan orang lain dan juga buruk sangka. Risau juga, kalau kita sibuk berjuang pada Jihad Tablighi ini, tapi akhirnya menerima neraka gara-gara dosa gerangan hati. Lebih malang, penyakit hati ini istimewa dan besar risikonya, kerana tidak mudah didiagnosis oleh orang lain. Perlu kepada sang empunya diri memeriksa dirinya dan akur kepada kelemahan, sentiasa beringat akan kerdilnya kita pada Maha Esa, walau setinggi mana darjat di mata manusia.

Buku ini merungkai 7 Differential Diagnosis: Bangga Diri (al ‘Ujub), Terpedaya Dengan Perasaan Sendiri (Al Ghurur), Bongkak (At Takabbur), Menunjuk (Al Riya’), Buruk Sangka (Su’al-zhann), Kikir (Al Syuhh), Dendam (Al Hiqd)

//www.gapuramitrasejati.com/images/MENUMPAS%20PENYAKIT%20HATI.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. gambar adalah hiasan

Apa lagi sheikh, beli jangan tak beli. Hehe.

Sebagai penutup, ingin aku nukilkan betapa seronoknya aku melihat qari-qari bersama-sama menasyidkan ‘Ahlan’ di majlis penutup musabaqah tadi. Mengaji begitu sedap, usaha lagi pula tu, untuk mempersembahkan nasyid tanda terima kasih. Hai, aku fikir, orang-orang begini kalau melamar isteri, tak payah pakai ayat-ayat manis, cincin Habib Jewels atau pantun segala, baca saja ayat Quran. Cair hati. Hehe.

p/s: Pak Long aku dulu mengajar juga taranum ni. Tapi masalahnya garang amat. Kata mak, dia jerkah budak sampai terkencit budak tu. Huhu. Tapi terkencit-kencit, sampai juga peringkat kebangsaan. Kesian mak long kena cuci karpet.

:)Wallahu’alam

Advertisements

2 responses to this post.

  1. salam..kak hanis..menarik gak buku tue…boleh sy wat diagnos kt diri sndri..
    kat mana da jual eh?
    ke akak dah beli?

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on September 6, 2008 at 11:11 pm

    salam. ke akak dah beli? ni ada unsur-unsur nak pinjam neh. haha. akak dah beli, beli kat kelantan arituh. nnt akak bwk balik dublin. alang2 baca, buleh awk bentang time usrah, senang kejo den

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: