Archive for September, 2008

Mungkin?

Mungkin itu, mungkin ini.

(cubaan melawan sajak Titik. kalah la kot)

Wallahu’alam

Zumo Pulang Ke Tumbler

Assalamualaikum wbt

Sabtu ini, jam 1140pm akan berlepaslah aku, KL-Heathrow-Dublin insyaAllah, tiba di Dublin jam 1005am bersamaan jam 505pm waktu Malaysia.

Jadi, sekarang bagasinya belum diisi. Gayanya macam belum mahu pulang.

Aku berharap benar, sampai sahaja nanti, tolonglah ada banyak meeting. I must get myself occupied with works, before i can spare seconds to think about home, parents and siblings. Tambah pula, lama sangat tak kerja ni, nanti enjin mati. Disebabkan flight nya nanti sama dengan student JPA MARA 1st year yang akan mulakan pengajian di UK, aku harap aku takdalah buat scene apa-apa. Nanti tak macho la pulak, 3rd year nangis. 1st year seronok-seronok, tengah exited. Muehehe. Apalah aku ni 😛

Isnin, jam 700am. Ya. 700am kena naik bas. Yosh. Kat rumah 700am aku depan tv bersuka ria tengok Tanyalah Ustaz lah, MHI lah. Ya, anda kena belajar medic balik. Yosh. Takpa, takpa. Balik sekolah dapat makan nasi pakcik usop. Yosh.

Demikianlah usaha-usaha untuk menyedapkan hati. Sekarang, ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak. Rindu Dublin, rindu nak kerja nak jumpa kawan-kawan (rindu gi sekolah? Naah…tak) Tapi berat nak tinggal keluarga, adik-adik. Tapi banyak ayat Quran nasihat pasal ni. Ish, ish. Susah betul nak meresap dalam kepala ni.

“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.”

Kalau masa nak balik Malaysia, sireh pulang ke gagang. Ini nak balik Ireland, Zumo pulang ke tumbler. (minuman kesukaan Jannah!hehe)

//farm3.static.flickr.com/2284/2252874912_29d5726a09.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Ya Allah, bila nak balik ja macam ni lah perasaannya.

//farm1.static.flickr.com/5/5282068_d165e1b0f2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Wallahu’alam.

Brilliant Batman

Assalamualaikum wbt.

Salam 10 Ramadhan. Sebelum pulang dulu, aku plan nak belajar Mandarin yang makin berkarat ni. Belajar basics Arab ke. Tapi nampaknya bukan Mandarin yang aku belajar, bahasa Indonesia yang aku dah master. (Hafni, sebab tu kita ditakdirkan jadi best friend:D) Huhu. Ini tak lain, sebab banyak sangat tengok cerita Indon. Ya lah, cerita Melayu banyak sangat yang unsur korporat-korporat Dato’ Datin yang berkisar tentang golongan atasan. Kurang menunjukkan kisah-kisah masyarakat dan nilai agama. Dan memandangkan ada Batu Feringhhi version Ipoh berhampiran rumahku, senang jugalah aku dapatkan bekalan DVD, cuma lepas beli aku selalunya perap dulu sebulan baru tengok.

The Dark Knight: Brilliant.

Al kisahnya kelmarin, aku pun akhirnya menonton DVD Batman The Dark Knight. Brilliant. The interplay of action, emotion, characters and sound effect were nicely interwoven. Openingnya macam sangat best buat sound effect video. One of the most brilliant part for me is the part where Harvey died on the ground and Batman turned his half-wrecked face down, exposed his undisfigured face, and say something like let he die with the face of his true character.

and few more quotes i like

1. ‘You either die a hero, or live long enough to see yourself become the villain.”

-Harvey Dent

2. Bartender: Dent! I thought you were dead!
Harvey Dent: Half…

3. The Joker – “I believe… whatever doesn’t kill you simply makes you…stranger.”

4. The Joker “see im a man of simple tastes… i like gasoline, gunpowder and dynamite. Do you know what these things all have in common.. They’re cheap.

5. The Joker – “Madness is like gravity, all it needs is a little… push.”

6. Alfred Pennyworth – “Some men aren’t looking for anything logical like money. They can’t be bought, bullied, reasoned or negotiated with. Some men just want to watch the world burn.”

7. Harvey ‘Two Face’ Dent – “Have you ever had to talk to the person you love most? To tell them it’s going to be alright, when you know that it’s not?”

and the lines that definitely gonna make Jane Austen loves Joker is

Batman: [about Rachel] Let her go…
Joker: Ooh, very poor choice of words…(laughs)

It’s obvious, and clever that Joker was tailored to be the main personage in this piece. Smooth, annoying enough untuk buat aku tension kenapa he kept escaping batman and police, and nice philosophical lines.

Eh, enough on Batman! (macamlah membantu kehidupan aku)

Sudahlah aku tengok malam pula tu, aku sangat rasa tertampar-tampar dengan satu petikan dari buku Ustaz Ridhuan Mohamed Nor. 100 Tahun Memperingati Hassan al Bana.

“Mata yang terjaga di malam hari bukan untuk munajat kepadaMu adalah kebatilan – Hassan al Bana”

TV9: Tanyalah Ustaz

Kemudian, di sini aku juga ingin mengucapkan syabas kepada TV9 kerana berjaya menghidupkan pagi-pagi Ramadhan dengan program-program yang sangat bermanfaat. Kini walaupun sorang di rumah, aku rasa macam menghadiri Halaqah atau kuliah agama. Bermula dengan Tanyalah Ustaz (630am-730am) diikuti dengan Sarjana Muslim (730am-8am). Program Tanyalah Ustaz ini padaku begitu menarik sebab ia memberi peluang pada sesiapa saja yang ada persoalan agama untuk bertanya dan bagi penonton, walau secliche atau semudah mana soalan itu, ia tetap menambah ilmu kerana ustaz akan memperkasakan lagi pengetahuan kita tentang hukum tersebut dengan hujah.

Dan program Sarjana Muslim selepasnya sangat kreatif kerana ia mengajak penonton untuk mengenal Ilmuan Islam pada era kegemilangan Islam dahulu dengan pendekatan baru dan tidak membosankan. Satu hari dapatlah mengenang 2 orang ilmuan Islam dan mengambil mereka sebagai ikutan. Contohnya tadi, kagum aku dengar yang Al Farabi, sampai suatu ketika ilmunya dalam perundangan sangat hebat dan dia dijadikan Hakim. Pada mulanya Al Farabi menyangka dengan berada dalam sistem perundangan dapatlah beliau membantu masyarakat, tetapi rupanya sukar kerana hakim perlu mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat. Maka beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan menjadi seorang guru di sekolah bagi menyampaikan ilmunya kepada masyarakat. Memang betul-betul seorang ilmuan.

Imam Al Ghazali pula pernah berkata “Sebaik-baik nasehat yang membimbing kehidupan intelektualitasku adalah nasehat yang kudengar dari mulut seorang perampok.” Haa.. kenapa? Cuba baca kisahnya di link ini.

Dan rentetan peristiwa itu, Imam Al Ghazali sentiasa menghafal segala ilmu yang dipelajarinya dan menyampaikannya.

SubhanAllah…

Sebelum aku akhiri, di bawah ini merupakan sekeping editted picture hasil dari mainan dslr minggu lepas.

Wallahu’alam

Tok.

Assalamualaikum wbt

Tadi aku pulang ke kampung buat terakhir kalinya sebelum aku pulang ke Dublin 3 minggu lagi. Seperti biasa, abah dengan mak sibuk, jadi sehari sajalah aku pulang. Sebelum pulang, kami singgah di Kuala Kangsar sebab mak nak cari barang sikit. Di situ, Ami beli sebatang joran yang kalau kena ikan jos, confirm patah. Hehe.

Bila kami sampai, aku sangat terkesima dengan apa yang sudah jadi dengan kawasan kampung. Waktu aku kecil dahulu sampailah sekolah menengah, kereta semua saudara kena parking di jalan bendang, kemudian perlu jalan kaki atas batas sawah sejauh 200m untuk sampai ke rumah tok. 2-3 kali la juga aku nampak ular. Ular tedung yang muka bentuk kipas tu pun pernah naik depan bapa saudara aku. Kemudian, ada satu jalan tanah merah yang sampai terus ke rumah tok, beransur-ansur diganti oleh jalan yang diselaputi batu kerikil. Dan kini seolah-olah rumah tok jadi pusat roundabout, ada 3 jalan kerikil untuk memudahkan jentera padi turun naik dan…saudara mara yang balik parking tanpa perlu cabut pacat lintah dan menjauhi risiko dipatuk ular. Tahniah aku ucapkan kepada YB baru. Siap naik kompleks pengajian islam mingguan lagi. Dan petang itu kami pun mengail, buat pertama kali dalam hidup aku memegang joran. Sebelum ni aku tangkap ikan pakai baldi saja (huhu. kalah orang asli). Tapi sebab dah tali air dah dalam ni kenalah tukar style, nanti ikan naik ke udara, aku pula masuk dalam air. Lagipun apa barang tangkap ikan pakai baldi kan? heheh. Orang yang paling excited dalam agenda mengail ini sudah tentulah Ami. Okay, mari kita renungi ayat-ayat surah al Qaf ini.

[6] (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?

[7] Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan ia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?

[8] (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).

The Father & Son moments

Setiap kali terakhir aku nak balik ke Dublin, tok mesti menangis. Aku pun jadi sayu juga. Inilah orang pertama selepas ibu bapa dan adik-adikku yang aku paling sayang. Orang yang paling banyak layan kerenahku waktu aku kecil, waktu aku kena penyakit was-was dahulu. Aku masih ingat lagi kalau tangan terseliuh, tok yang urut, dan beria-ia aku ketawa sampai sakit perut, sebab orang lain urut sakit, tok urut geli. Hehe. Kalau tahun lepas aku pun menangis bila tok menangis, tadi aku tak menangis sebab aku tengah tahan marah dekat orang yg menyusahkan tok tadi.

Untuk Tok yang telah membesarkan ibuku dan aku. Terima kasih Tok. Aku memang tak pandai nak express dengan kata-kata, tetapi sesungguhnya,

Anis sayang sangat dekat Tok:-)

Wallahu’alam