Archive for October, 2008

Ketiduran Lagi

Assalamualaikum wbt.

Sejak kebelakangan ini, satu lagi skill telah aku develop iaitu tidur di dalam bas. Ya Rabbana…tak cukup dalam kelas, dalam bas pun sambung lagi. Tapi pernah juga aku kaleh, rupanya bukan aku seorang. Adakah sistem RCSI telah melangkaui daya kemampuan kita?

Sepanjang hidup aku kat Dublin, tadi sudah kali ketiga aku terlajak stop. Huhu. Apa nak jadi anis oi. Kalau mak ayah aku tau, susah hati diaorang.

Adik…Ami demam… Huhu:-(

Wallahu’alam

Ramai Sesak, Sendiri Lelah

Assalamualaikum wbt.

Kali ini substance entriku lebih dalam maknanya, harap tabah sehingga ke akhir bicara. Dan mungkin ramai yang ada pendapat masing-masing. Tak apalah, setiap orang ada ulasan ataupun ijtihad masing-masing, aku sekadar berkongsi dengan kadar ilmu aku yang tidak seberapa ini:-D

Dalam buku Khusyuk Dalam Solat karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, di bawah tajuk Elakkan Gangguan Solat Dengan Membatasi Pandangan, telah dihuraikan dengan lengkap bagaimana seseorang perlu membataskan pandangannya di luar solat, kerana semua itu mampu menghilangkan fokus di dalam solat. Usaha-usaha ini mungkin termasuklah

1. Menundukkan pandangan (bukan sampai langgar tiang bas) kerana tidak mustahil apa yang kita nampak 4-5 jam atau berhari-hari sebelum solat akan kekal tersemat di dalam hati ketika solat, dan alangkah ruginya sekiranya mata kita yang merupakan kurniaan Allah sebagai pancaindera telah menjadi radar ‘mengusha’ dan menyumbang kepada punca solat yang tidak ada nilai khusyuk dan hati yang alpa dan lalai. Sekarang, ini betul-betul make sense kepada diriku bagaimana impak menjaga pandangan ini, bukan sekadar ketika itu sahaja, malah ia menyelamatkan solat kita, iaitu telefon rasmi kita dengan Allah Yang Maha Kuasa.

2. Meninggalkan dunia sebaik sahaja kita berdiri untuk solat ataupun sejak kita bersiap untuk solat. Kerana solat adalah urusan akhirat dan kerana itu, dunia mesti ditinggalkan di luar solat. Dari solat, dapatlah kita nilai di mana harga dunia dan di mana nilai akhirat dalam diri kita.

https://i0.wp.com/cultivategreatness.com/assets/focus.jpg

3. Ini tips seorang kakak, delete email atau message yang terkandung unsur pujian berlebihan, atau yang membuatkan kita sakit hati atau membuatkan hati kita berbunga-bunga, kerana ia dapat membuat kita terkenang-kenang akan kandungan email atau message semasa solat. Tapi kalau isu Microbe ke Pathology yang dikenang semasa solat, nota jangan dibakar ya. Kuatkan azam sebelum solat. Hehe.

4. Hamparan solat yang bersederhana. Memadailah saja sehelai kain kosong. Sudah menjadi kebiasaan, sejadah atau hamparan solat kita merupakan tenunan yang dapat menenggelamkan dahi, dihiaskan pula dengan sulaman gambar masjid-masjid dengan warna yang menarik hati. Sudah tentulah kadangkala mata akan terpandang akan gambar masjid, malah sempat pula mengira berapa tiang pada masjid dan termasuklah analisa masjid apakah ini, Nabawi atau Aqsa. Imam Al Ghazali mengesyorkan kita memilih ruang solat yang mengadap tembok atau dinding agar pandangan kita dibatasi oleh tembok itu. Jangan terperanjat kerana ada orang yang sanggup menggali liang kerana berusaha untuk membataskan langkauan matanya. https://i0.wp.com/www.sjr.com.my/images/04-Sejadah.jpg

Banyak lagi tips-tips, dari Imam Al Ghazali contohnya. 4 ini hanya apa yang aku ingat dari penelaahan tadi. Sabar, sabar. Belum sampai main drift aku lagi ni. Hehe.
Dalam usaha merapatkan diri dengan Allah swt, ada sesetengah orang yang mengambil langkah beruzlah, ataupun bersendirian, dengan cara yang tersendiri. Bagaimanapun, beruzlah ini dinasihatkan janganlah sehingga mengasingkan diri daripada masyarakat dan mengabaikan tanggungjawab dakwah kepada orang di sekeliling. Kata Tuan Guru, ini ibarat

Tewas Sebelum Berjuang,

Kalah Sebelum Bergelanggang.

…lalu apabila aku bertemu dengan rangkap ini, hatiku juga terdetik kepada fenomena berkerja untuk Islam, ataupun berdakwah dalam konteks masa kini. Ayat-ayat “Saya lebih suka kerja dengan Persatuan sekian, sekian”. “Saya hanya mahu NGO”. “Saya lebih suka manhaj yang paling memungkinkan kemenangan Islam”. “Saya hanya mahu yang purely dakwah…as in tazkiyatun nafs” Atau…

“Saya rimas semua ini, saya lebih suka kerja sendirian.”

https://i1.wp.com/www.digitalbattle.com/wp-content/uploads/2008/04/alone-in-the-dark-screen-1.jpg

Semua orang punya hak untuk membentuk prinsip masing-masing. Siapa sajalah yang boleh menghalang hati manusia, kecuali Allah swt. Mungkin orang yang mahu kerja sendiri ini tak lentur dek peribahasa Melayu seperti bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat (em, macam kurang kena ja peribahasa aku ni). Tetapi siapa, siapa yang mampu melawan kebenaran kalam Penciptanya atau perintah Rasulnya. Siapa yang lebih tahu resipi what it takes to revive Islam to its glory kalau bukan Yang Maha Kuasa.

[As Saff: 4]
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

[Ali Imran: 103]
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai...

mungkin hadith-hadith di bawah ini bakal mengundang keraguan terhadap saya atau perbalahan dari pelbagai pihak. Terpulang kepada anda. Ini bukanlah bermaksud untuk manipulasi justifikasi apa-apa ataupun cubaan mencorak pemikiran siapa-siapa ke arah mana-mana. Tetapi substance hadith ini yang penting.

“Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim menyebut : “ Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah” (hadith sahih riwayat Muslim).

Sekadar Renungan…

Imam Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah hadis lainnya melalui Abu Saleh yang menceritakan, bahwa mereka (para sahabat) berkata, “Seandainya kami mengetahui amalan-amalan yang paling disukai Allah dan paling utama (niscaya kami akan mengerjakannya).” Lalu turunlah ayat ini, yaitu firman-Nya, “Hai orang-orang yang beriman! Sukakah kalian Aku tunjukkan suatu perniagaan…” (Q.S. Ash-Shaff 10) Akan tetapi mereka enggan untuk melakukan jihad, maka turunlah ayat ini, yaitu firman-Nya, “Hai orang-orang yang beriman! Mengapa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian perbuat?” (Q.S. Ash-Shaff 2)

Kawan-kawan, bekerja di dalam ‘pasukan’ memang tak semudah yang disangka. Kemungkinan besar ia tidak sedinamik jika dibandingkan apabila segala tindakan dikemudi sendiri. Ada benda yang sesuai dengan jiwa kita, ada yang tidak, tetapi ia baik demi Islam seluruhnya. Hati merengus, jiwa memberontak, minda bercanggah. Tetapi itu lumrah dan dari situ hadirnya musyawarah, berlapang dada dan banyak lagi nilai yang sukar didapati di luar sana, di mana ia merupakan acuan yang hebat untuk membentuk keperibadian seorang pejuang Islam yang cekal:-D

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan ALLAH?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH sangat dekat. (Surah al-Baqarah, 2:214)

https://i2.wp.com/i130.photobucket.com/albums/p259/shee_da85/muslim.jpg

Wallahu’alam

‘Siti Aisyah’ Hendak Berpindah

Assalamualaikum wbt

“Apabila Allah mengkehendaki sesebuah keluarga itu mendapat kebaikan, Dia akan memasukkan ke dalam rumah itu kasih sayang,”

maksud Hadith

10 hari lagi tamatlah alkisah hidupku di No 4 Wolseley Street, insyaAllah kalau umurku panjanglah. Sebagaimana kesedihan dinasti senior-senior yang dah lama duduk di No 4, begitu jugalah aku. Dah biasa duduk rumah uzur, tiba-tiba nak duduk apartment, hehe. Aku rasa macam orang dari perkampungan asli nak masuk bungalow pula. Kuikui.

Terima kasih kepada rumah yang telah banyak mengajarku, dan menyaksikan transisi perubahan diriku. 25 bulan engkau telah berbakti kepada aku. Ya Allah, aku bersyukur di atas semua kurniaan Engkau di rumah ini.

Dan pastinya aku akan merindui bilik Cinderella ini. Maaf kerana selalu meninggalkan engkau tidak berpenghuni.

Bila duduk begini, tiba-tiba aku teringat, kecil-kecil dulu Abah nak namakan aku Siti Aisyah. Aku rasa nama Aisyah itu macam sangat ayu. Tak kena pulak dengan aku yang jalan pun tunggang langgang ni. Hikhik. Tapi bila dikenang Aisyah ra, isteri Rasulullah, comel pulak aku rasa nama tu. Aku pun tak tahu kenapa tak jadi dinamakan aku Siti Aisyah. (pastu aku teringat la pulak ceramah Ustaz Ismail Kamus, kena panggil orang nama baik-baik…Rasulullah panggil Aisyah ra, Ya Humaira (Wahai Si Pipi Kemerah-merahan) tu. Kita hentikan kot panggil nama ‘glamor’ Chatz tu. huhu. Bukan ada maksud tu, nama calling card Pakistan adalah)

Nurhanis Syazni Roslan

Zulhanif Syazri Roslan

Zulhafiz Syazmi Roslan

Wallahu’alam

5 Bulan Penantian

Assalamualaikum wbt

Em, bila agaknya aku dapat menonton Sang Murabbi ni, dari bulan 5 lagi aku berangan nak tengok. Tiap-tiap 2 minggu jugalah aku pergi kedai vcd haram, sebab nak tunggu cerita ni keluar. Hehe. Kalau kena tangkap, tak ke naya tu.

http://cdsbantul.files.wordpress.com/2008/07/sang_murabbi.gif

Likullin marhatin rijaluha, wa likullin marhatin masatiluha

Di setiap marhalah itu ada pejuangnya dan di setiap marhalah itu ada masalahnya.

(petikan dialogue Sang Murabbi) mari kita fikir-fikirkan, macam higher level juga. Kalau rajin moh baca ini Signifikansi Peran Mahasiswa Dalam Penegakan Syariat Islam

ini petikan paragraphnya

Menurut Jalaluddin Rakhmat dalam bukunya “Perubahan Sosial”, mahasiswa sebagai salah satu elemen reformasi  adalah the one and only efficient opposant in the world (satu-satunya pengemban amanah oposan yang paling efisien didunia) dalam mengawal perubahan sosial kearah yang lebih baik. Mahasiswa dengan keyakinan kuatnya punya keikhlasan dan idealisme dalam berjuang, semangat untuk merealisasikannya serta punya kesiapan untuk beramal dan berkorban untuk mewujudkannya…Mereka harus membuktikan bahwa mereka bisa menjadi “magnet” dan eksemplifikasi kebaikan bagi orang lain

Kemudian di bawah ini, ada juga petikan nasihat Ustaz kepada Ustaz Rahmat Abdullah. Dalam maknanya, macam puitis pun ada. Kalau salah, mintak maap lah ya, kot-kotlah salah eja. Pakai dengar dan taip, dengan Arabic aku yang bukan setakat celup, cecah pun tak . Huhu:D

Medanul da’watil wasih

Ladang dakwah terhampar luas

Wajibuna siqayatu hadhen aradhel jami’ah

Kewajiban kita untuk menyirami tanah-tanah tandus

Wa nazara’ul wuduran mumtaz

Menyemai benih-benih unggul

Bitaqquna imada izzatil Islam

Agar tumbuh pohon-pohon kejayaan Islam

Da’watun nanastul ma’il jari liyabghua mardhotillah

Dakwah ini akan terus mengalir menuju Redha Allah

La tahzan, fi aiyyi ardhen taskun, fahuna ka da’watun tubnal

Jangan bersedih, di mana kita berada, di situlah dakwah kita sebarkan

Kemudian teringatlah aku kepada seorang kakak yang selalu menekankan tentang pentingnya ruh dalam ibadah ataupun perjuangan, bukan sekadar magnitud luarannya sahaja. Kalau Tuan Guru Nik Aziz punya analogi macam ni, ibarat makan keropok berderap-derap, berpinggan-pinggan, tetapi masih tidak kenyang.

Moga-moga Allah memuliakan kesabaran dalam hati kita, meninggikan keikhlasan kita agar semuanya hanya untuk Nya dan memudahkan segalanya.

https://i2.wp.com/bahantarbiyyah.info/v3/wordpress/wp-content/uploads/2007/08/zulfiqar_by_porscher.jpg

“Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka”

(Q.S.Al-Kahfi : 13)

Wallahu’alam

Burung

Assalamualaikum wbt.

Ni dah hari kedua, perjalanan aku ke Beaumont sangat adventurous. Balik Malaysia pun senang lagi agaknya. Ini ialah gara-gara laptop aku yang tersadai di workshop membuatkan rutin pagi aku berubah, iaitu singgah dahulu di RCSI sebab nak ke lab IT.

Purata sehari tiket (30 Days Rambler): 2.40 euro

Semalam

Biasa: 19/122 (rumah) – 27b (Eden Quay) Sehari 6.40 euro

Lately: 19/122 (rumah) – 128 (St Stephen Green) – 27 (Clontarf, sbb 27b takda) – 103 (Malahide Road)- 27b (Beaumont) – 19 (City) – 122 (RCSI) Sehari 8.65 euro

Hari-hari aku naik bas macam ni, boleh rugi Dublin Bus agaknya.  Hehehe.  

Jadi tadi, aku tersadai di Malahide Road selama setengah jam. Mana pergi 27b pun tataulah. Hujan dan basah kuyup. Di depan bus stop ada padang. Dan sementara awan galak mencurahkan hujan rahmatnya, aku terpandang…

Puluhan burung ‘berjalan’ pusing-pusing di atas padang kerana tidak dapat terbang. Comel, selalunya taman permainan dipenuhi kanak-kanak tapi kali ini burung merpati putih. Lalu aku terfikir, selama 21 tahun lebih aku hidup, kenapa aku tak pernah tengok, apa jadi pada burung kalau hujan lebat. Ish, ish.

[Surah An Nur: 41]
Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
[42]
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
[43]
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
[44]
Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.
[45]
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[46]
Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.

they are leaving on a jet plane

Kemudian, teringat pula kisah aku dalam satu bangunan yang berdindingkan cermin mahal. Kiranya nampak macam tak ada kaca pun. Aku seperti biasalah, tengah tengok awan ala-ala duduk dalam front seat 27b. Tiba-tiba…

Buk! Seekor burung yang tidak bersalah terbang laju dan melanggar dinding kaca tu. Kesian… Aku ingat dalam movie saja jadi macam ni, rupanya ada gak burung camni. Hehe. Pastu aku tersengih sorang-sorang di Malahide Road sambil dalam hati (Eh, mangkuk hayun sungguh 27b ni. dah setengah jam!)

lari spt ditangkap paparazzi

Wallahu’alam

Terbit Dari Hati, Terbenam Ke Dasar Hati

Assalamualaikum wbt

Nothing much today. Hari ini aku mesti, MESTI belajar setelah semua percubaan gagal sejak beberapa minggu lepas. Just some warm up before reading, here goes.

Dari hati ke hati. Satu ungkapan yang senang nak dinyatakan tetapi memerlukan suatu sentuhan yang sangat istimewa.

1. Pernahkah anda mendengar orang bercakap atau berceramah? Tidak semua akan menusuk hati bukan? Tetapi aku begitu kagum dengan sesetengah orang yang ada sentuhan dan mampu buat people engaged to the sayings ataupun preach, physically (eye contact and attention) and mentally (accepting the state of mind delivered). Dikisahkan As Syahid Imam Hassan al Bana punya sentuhan ini. Kata pengikutnya, kalau ceramah hampir ke penghujungnya, orang akan berdoa agar ceramahnya dipanjangkan. Dan kata-katanya meninggalkan kesan. Begitu juga setengah orang dari kenalan kita mungkin. Inilah agaknya hasil daripada benih keikhlasan yang ditanam. Ianya mekar di hati sang pendengar dan berbuah kefahaman dan penghayatan.

2. Pernahkah anda membaca buku yang ditulis oleh bestwriter ataupun sesiapa saja yang hebat? Mungkin sesetengah buku bahasanya sangat berbunga, kias di sini kias di sana, penuh dengan kosa kata yang memerlukan sang pembaca membimbit kamus dewan ataupun Oxford Dic sepanjang pembacaan. Tetapi akhirnya isi pembacaan hanya sekadar lintas di bola mata sang pembaca dan gagal turun ke hati. It’s a mere literature pleasure than the substance. Aku merasakan frank writing lebih istimewa sentuhannya. Kosa kata mungkin mudah, tapi setiap kata begitu tepat dengan hasrat penulis. Contohnya, buku Khusyuk Dalam Solat karya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Ayatnya, perumpamaanya, pengolahan konsepnya…Uih, memang la pegang tak boleh lepas. Tapi senior aku tetap tak mahu bagi pinjam untuk aku baca sekaligus sebab dia mahu kitaorang hadam sebaiknya satu persatu zatnya. Tapi takpa, sedangkan rindukan sambal udang petai pun aku sanggup usahakan, ni kan pulak buku yang senang dapat kat internet, nanti aku amazon kan. Heheh, ingkar punya junior.

3. Pernahkah anda mendengar puisi atau lagu yang begitu jelas driftnya. I cannot do that for my poems. Lagu Melayu pun banyak lagi yang off par. Tapi banyak lagu Indonesia yang sangat descriptive sehinggakan mampu membuat sang pendengar menjiwai dan bukan sekadar seronok mendengar.

Hatinya dulu belayar, kini telah menepi – contoh metafora lagu indon. At least berkualiti la juga kan nilai bahasa dalam lagu Indon. Kalau lagu-lagu Melayu yang baru-baru ni yang karat-karat tu, ter trigger la chemoreceptor trigger zone kat di lantai ventrikel keempat benakku. Hehe. Goli den.

Some nice piece by Dian, a famous actress who revert herself to Islam, and wrote such a nice piece, alhamdulillah.

Di saat waktu terhenti,
Kosong.
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri
Alhamdulillah by Dian Sastrowordoyo

untuk siapa yang tak dpt catch, ayat last tu maksudnya solat

Ku lari ke hutan kemudian menyanyi ku
Ku lari ke pantai kemudian teriak ku
Sepi
Sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar…aku mau di pasar

Bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai!
Biar mengaduh sampai gaduh!
Aih…ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai? (em, camni, belok ke mesjid. hehe)
Tentang Seseorang, Dian Sastowordoyo (Rako Prijanto)

Wallahu’alam

A Stroll With My Little Girl

Assalamualaikum wbt

Hitherto, my Apple is still in workshop. Suprisingly in the emotional roar, a nice father & daughter story came to my mind. Literature do shadows figurative feelings, though not exact. I walked back fast to the IT lab, and scribbled the part.

Credit to Rosnal yang ada dalam lab IT ni, kemudian menjawab soalan2 seperti

“eh, sapu tangan dalam bahasa inggeris apa eh?”

A Stroll With My Little Girl

She hold my hand and stood up.
“Papa, I don’t want to do this anymore…”
“My girl has never give up, hasn’t she?”
She gaze down bottom, and gapping her toes.
……..She let go her grip and gait forward.
And again she fall down. and still for few moments,
She look at a dying stem poking a hole on her fringe,
And her palms turning black for the country soil.
……..She shed her tears, she began to weep.
“I hate you Papa. You made my white skirt black”
I smiled at her glaring tears. “Papa can never hate you back,
If Papa hates you and leaves you here, you can’t be home again honey,”
……..She sat quietly in an innocent bitterness,
And not looking at me,
I kneel down for my unrivalled sweetheart,
And try to catch her eluding face with a hankie from a late wife.
………….
“Papa, look!”
……..A pair of winsome moving creature caught her eyes. A rabbit it is.
And she moves her knees, rising unwaveringly,
She begins her pace, aftering her flame.
And finally she walks, catching her joy of bliss.
……..And today I behold my little girl walks,
Even she walks not because of me,
That was enough to bloom the heart of a father,
Who sees her daughter strolls
……………as how angelic doves flown in the free skies.
https://i1.wp.com/www.thereddragonhood.com/images/rabbit.jpg

Wallahu’alam