Burung

Assalamualaikum wbt.

Ni dah hari kedua, perjalanan aku ke Beaumont sangat adventurous. Balik Malaysia pun senang lagi agaknya. Ini ialah gara-gara laptop aku yang tersadai di workshop membuatkan rutin pagi aku berubah, iaitu singgah dahulu di RCSI sebab nak ke lab IT.

Purata sehari tiket (30 Days Rambler): 2.40 euro

Semalam

Biasa: 19/122 (rumah) – 27b (Eden Quay) Sehari 6.40 euro

Lately: 19/122 (rumah) – 128 (St Stephen Green) – 27 (Clontarf, sbb 27b takda) – 103 (Malahide Road)- 27b (Beaumont) – 19 (City) – 122 (RCSI) Sehari 8.65 euro

Hari-hari aku naik bas macam ni, boleh rugi Dublin Bus agaknya.  Hehehe.  

Jadi tadi, aku tersadai di Malahide Road selama setengah jam. Mana pergi 27b pun tataulah. Hujan dan basah kuyup. Di depan bus stop ada padang. Dan sementara awan galak mencurahkan hujan rahmatnya, aku terpandang…

Puluhan burung ‘berjalan’ pusing-pusing di atas padang kerana tidak dapat terbang. Comel, selalunya taman permainan dipenuhi kanak-kanak tapi kali ini burung merpati putih. Lalu aku terfikir, selama 21 tahun lebih aku hidup, kenapa aku tak pernah tengok, apa jadi pada burung kalau hujan lebat. Ish, ish.

[Surah An Nur: 41]
Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
[42]
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
[43]
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
[44]
Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.
[45]
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[46]
Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.

they are leaving on a jet plane

Kemudian, teringat pula kisah aku dalam satu bangunan yang berdindingkan cermin mahal. Kiranya nampak macam tak ada kaca pun. Aku seperti biasalah, tengah tengok awan ala-ala duduk dalam front seat 27b. Tiba-tiba…

Buk! Seekor burung yang tidak bersalah terbang laju dan melanggar dinding kaca tu. Kesian… Aku ingat dalam movie saja jadi macam ni, rupanya ada gak burung camni. Hehe. Pastu aku tersengih sorang-sorang di Malahide Road sambil dalam hati (Eh, mangkuk hayun sungguh 27b ni. dah setengah jam!)

lari spt ditangkap paparazzi

Wallahu’alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: