Ramai Sesak, Sendiri Lelah

Assalamualaikum wbt.

Kali ini substance entriku lebih dalam maknanya, harap tabah sehingga ke akhir bicara. Dan mungkin ramai yang ada pendapat masing-masing. Tak apalah, setiap orang ada ulasan ataupun ijtihad masing-masing, aku sekadar berkongsi dengan kadar ilmu aku yang tidak seberapa ini:-D

Dalam buku Khusyuk Dalam Solat karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, di bawah tajuk Elakkan Gangguan Solat Dengan Membatasi Pandangan, telah dihuraikan dengan lengkap bagaimana seseorang perlu membataskan pandangannya di luar solat, kerana semua itu mampu menghilangkan fokus di dalam solat. Usaha-usaha ini mungkin termasuklah

1. Menundukkan pandangan (bukan sampai langgar tiang bas) kerana tidak mustahil apa yang kita nampak 4-5 jam atau berhari-hari sebelum solat akan kekal tersemat di dalam hati ketika solat, dan alangkah ruginya sekiranya mata kita yang merupakan kurniaan Allah sebagai pancaindera telah menjadi radar ‘mengusha’ dan menyumbang kepada punca solat yang tidak ada nilai khusyuk dan hati yang alpa dan lalai. Sekarang, ini betul-betul make sense kepada diriku bagaimana impak menjaga pandangan ini, bukan sekadar ketika itu sahaja, malah ia menyelamatkan solat kita, iaitu telefon rasmi kita dengan Allah Yang Maha Kuasa.

2. Meninggalkan dunia sebaik sahaja kita berdiri untuk solat ataupun sejak kita bersiap untuk solat. Kerana solat adalah urusan akhirat dan kerana itu, dunia mesti ditinggalkan di luar solat. Dari solat, dapatlah kita nilai di mana harga dunia dan di mana nilai akhirat dalam diri kita.

https://i2.wp.com/cultivategreatness.com/assets/focus.jpg

3. Ini tips seorang kakak, delete email atau message yang terkandung unsur pujian berlebihan, atau yang membuatkan kita sakit hati atau membuatkan hati kita berbunga-bunga, kerana ia dapat membuat kita terkenang-kenang akan kandungan email atau message semasa solat. Tapi kalau isu Microbe ke Pathology yang dikenang semasa solat, nota jangan dibakar ya. Kuatkan azam sebelum solat. Hehe.

4. Hamparan solat yang bersederhana. Memadailah saja sehelai kain kosong. Sudah menjadi kebiasaan, sejadah atau hamparan solat kita merupakan tenunan yang dapat menenggelamkan dahi, dihiaskan pula dengan sulaman gambar masjid-masjid dengan warna yang menarik hati. Sudah tentulah kadangkala mata akan terpandang akan gambar masjid, malah sempat pula mengira berapa tiang pada masjid dan termasuklah analisa masjid apakah ini, Nabawi atau Aqsa. Imam Al Ghazali mengesyorkan kita memilih ruang solat yang mengadap tembok atau dinding agar pandangan kita dibatasi oleh tembok itu. Jangan terperanjat kerana ada orang yang sanggup menggali liang kerana berusaha untuk membataskan langkauan matanya. https://i1.wp.com/www.sjr.com.my/images/04-Sejadah.jpg

Banyak lagi tips-tips, dari Imam Al Ghazali contohnya. 4 ini hanya apa yang aku ingat dari penelaahan tadi. Sabar, sabar. Belum sampai main drift aku lagi ni. Hehe.
Dalam usaha merapatkan diri dengan Allah swt, ada sesetengah orang yang mengambil langkah beruzlah, ataupun bersendirian, dengan cara yang tersendiri. Bagaimanapun, beruzlah ini dinasihatkan janganlah sehingga mengasingkan diri daripada masyarakat dan mengabaikan tanggungjawab dakwah kepada orang di sekeliling. Kata Tuan Guru, ini ibarat

Tewas Sebelum Berjuang,

Kalah Sebelum Bergelanggang.

…lalu apabila aku bertemu dengan rangkap ini, hatiku juga terdetik kepada fenomena berkerja untuk Islam, ataupun berdakwah dalam konteks masa kini. Ayat-ayat “Saya lebih suka kerja dengan Persatuan sekian, sekian”. “Saya hanya mahu NGO”. “Saya lebih suka manhaj yang paling memungkinkan kemenangan Islam”. “Saya hanya mahu yang purely dakwah…as in tazkiyatun nafs” Atau…

“Saya rimas semua ini, saya lebih suka kerja sendirian.”

https://i0.wp.com/www.digitalbattle.com/wp-content/uploads/2008/04/alone-in-the-dark-screen-1.jpg

Semua orang punya hak untuk membentuk prinsip masing-masing. Siapa sajalah yang boleh menghalang hati manusia, kecuali Allah swt. Mungkin orang yang mahu kerja sendiri ini tak lentur dek peribahasa Melayu seperti bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat (em, macam kurang kena ja peribahasa aku ni). Tetapi siapa, siapa yang mampu melawan kebenaran kalam Penciptanya atau perintah Rasulnya. Siapa yang lebih tahu resipi what it takes to revive Islam to its glory kalau bukan Yang Maha Kuasa.

[As Saff: 4]
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

[Ali Imran: 103]
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai...

mungkin hadith-hadith di bawah ini bakal mengundang keraguan terhadap saya atau perbalahan dari pelbagai pihak. Terpulang kepada anda. Ini bukanlah bermaksud untuk manipulasi justifikasi apa-apa ataupun cubaan mencorak pemikiran siapa-siapa ke arah mana-mana. Tetapi substance hadith ini yang penting.

“Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim menyebut : “ Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah” (hadith sahih riwayat Muslim).

Sekadar Renungan…

Imam Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah hadis lainnya melalui Abu Saleh yang menceritakan, bahwa mereka (para sahabat) berkata, “Seandainya kami mengetahui amalan-amalan yang paling disukai Allah dan paling utama (niscaya kami akan mengerjakannya).” Lalu turunlah ayat ini, yaitu firman-Nya, “Hai orang-orang yang beriman! Sukakah kalian Aku tunjukkan suatu perniagaan…” (Q.S. Ash-Shaff 10) Akan tetapi mereka enggan untuk melakukan jihad, maka turunlah ayat ini, yaitu firman-Nya, “Hai orang-orang yang beriman! Mengapa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian perbuat?” (Q.S. Ash-Shaff 2)

Kawan-kawan, bekerja di dalam ‘pasukan’ memang tak semudah yang disangka. Kemungkinan besar ia tidak sedinamik jika dibandingkan apabila segala tindakan dikemudi sendiri. Ada benda yang sesuai dengan jiwa kita, ada yang tidak, tetapi ia baik demi Islam seluruhnya. Hati merengus, jiwa memberontak, minda bercanggah. Tetapi itu lumrah dan dari situ hadirnya musyawarah, berlapang dada dan banyak lagi nilai yang sukar didapati di luar sana, di mana ia merupakan acuan yang hebat untuk membentuk keperibadian seorang pejuang Islam yang cekal:-D

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan ALLAH?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH sangat dekat. (Surah al-Baqarah, 2:214)

https://i1.wp.com/i130.photobucket.com/albums/p259/shee_da85/muslim.jpg

Wallahu’alam

Advertisements

5 responses to this post.

  1. Posted by Anonymous on October 26, 2008 at 7:08 am

    Menarik2.. entri yang cukup bermakna.. teruskan berjuang dengan penulisan.. semoga penulisan ini menjadi asbab menyedarkan kawan-kawan dari kelalaian..

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on October 26, 2008 at 1:11 pm

    insyaAllah! jazakallah…:-D

    Reply

  3. salam..

    hey chetz! how are things? hmm..menarik2, tapi kan dr segi menundukkan pandangan, ape sangat la aku nak usha kan (bajet baik), tapi kalo terbayang2 slide lectures and teringat2 mende yang kite study tu camne ek (bajet nerd), still menidak khusyukkan aku la chetz..

    Reply

  4. Posted by hamstermenulis on November 26, 2008 at 6:55 am

    salam

    things are not great for me lately. tapi still striving. huhu. hehe. bab belajar2 ni, memang kdg2 terbawak smyg, tapi ada satu prinsip kita kena pegang. solat ni urusan akhirat, jd kita kena tinggalkan dunia bila kita smyg. mgkn hikmahnya ada berdiri betul dan takbiratul ihram, supaya kita dpt betulkan badan dan remind diri yang kita sdg step into urusan akhirat.
    dan dari tazkirah bekas rumate ko kat tpg, dia kata, kita selalu minta macam2 dari Allah swt, tapi bila part kita ‘memberi kepada Allah’, kita bagi sampah. kita smyg bila dan, tapi kita boleh belajar semaksimum mgkn. kita boleh pergi kelas awal, tapi bangun subuh lmbt. huhu.

    hehe. tu je la idea yg tak seberapa dari aku.

    Reply

  5. Posted by hamstermenulis on November 26, 2008 at 6:57 am

    oooo aku lupa. dlm satu chapter buku tu ada ckp. org yang membawa urusan dunia dalam solat ni ibarat burung-burung yang beterbangan ke dahan-dahan dunia. sibuk beterbangan sehinggakan lupa kembali ke sarang. dan sbnrnya kita mmg akan selalu je terleka, tapi kita kena ingatkan diri dan betulkan balik fokus kita. mcm tu lah ceritanya. aku pun bnyk kekurangan lg, dan sdg berusaha betulkan kelemahan aku yg banyak tu. huhu. doakan ek

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: