Sorotan Hujung Minggu

Assalamualaikum wbt

Apa khabar anda? Saya sihat-sihat sahaja, alhamdulillah.

Minggu ini minggu yang tidak berkualiti bagi akademik dan gerak kerjaku, tetapi sungguh replenishing.

Khamis

Balik dari kelas seharian dan perjumpaan sekretariat KPT, aku terus menyiapkan beberapa tugasan, dan HDS Project, final touch. Yeah, alhamdulillah. Siap dengan pricetag “tak tidur satu malam”. Jadi aku gagahkan diri ke sekolah 6.50am esoknya ke module case, yang bermula jam 8am.

Naik saja bas, tidur.

Masuk kelas, tidur.

Lecturer ajar, tidur.

Apa ni, aku datang sekolah untuk tidur pula. Ish.

9am-10am. Gap. Tak apalah, i should get myself a quality sleep. Terus ke surau dan tidur.

“Em, nak kunci jam ke tak ek. Tak apalah, aku bertawakal pada Allah sudah” kata hatiku.

Sebenarnya jauh di hatiku. “Ya Allah, kan best kalau dapat tidur lagi 2-3 jam”.

12pm: “Astaghfirullahal azim. Pukul 12? Burn kelas Clinical Investigation aku 2 jam” Tapi yang ironi nya aku sengih. Sebab apa, sebab dapat qada’ tidur. Memang Allah lebih tahu sebenarnya keperluan aku tidur lebih mengatasi ke kelas CI tu. Hehe.

Malamnya, Think Tank Puisi. Sungguh, walaupun aku bukan bahagian dari module, namun kritikan itu memang pahit walaupun ianya membina, kerana aku tahu adik-adik ini sudah berusaha sangat keras untuk yang terbaik. Bersabarlah, sebab mereka sayang Puisi sebab tu mereka kritik:)

Sabtu.

Sebahagian siangnya, aku hadirkan diri ke meeting. Kemudian, masa dengan kawan-kawan lama yang telah lama aku postpone kan. Terima kasih kawan-kawan sebab sudi datang rumah aku ni. Thanks Azilah sebab buat makan-makan steamboat tu. Serious, nyaris tumbang aku sebab banyak sangat makan.

Kemudian, ke house warming bekas housematesku di St Anne’s. Aaa…sedapnya nasi kerabu dengan kek batik! (makan lagi)

Kemudian, ziarah Safiah di Rathmines. Apa…Laksa?? (makan lagi)

Hehe. SubhanAllah. Aku mula-mula rasa bersalah, sebab ambil ‘a day off’ sedangkan banyak lagi kerjaku bertangguh. Tapi di pengakhiran hari, rasa puas sebab dapat catch up balik ukhwah dengan kawan-kawan. Siapa sangka hari itu, aku dapat bertanya khabar dengan 10 orang dan ziarah 3 rumah. Alhamdulillah ya Allah.

Tapi…part makan tu macam…hehe. Tak makan, orang susah-susah masak, tapi siapa suruh aku bersungguh-sungguh sangat. Sampai Kak Aisyah bila dengar cerita aku terus tergelak dan cakap, “Bahaya ni Anis, kang jatuh tahap haram pulak.” Berfikir aku sejenak. Selama ni aku tak terfikir, dengan makan ni aku boleh mengutip dosa, walaupun makanannya halal. Astaghfirullah.

15112008001

Happy Belated Birthday Azilah🙂

Ahad

Ini hari paling tidak bermanfaat. Banyak rehat je. Sampai Diela pun pening tengok aku. Rutin mingguan, skype dengan keluarga. Ami nak sunat. Hehe. Alhamdulillah. Suka dia dapat gameboy, hadiah sunat dengan periksa. Tapi aku sangat kecewa bila Ami pilih gameboy berbanding anak kucing. Padahal aku dah bertahun minta anak kucing tak dapat. Ni Ami tak minta, Abah offer pun dia tanak.

………………………

Masa yang ada tadi, aku baca kembali Risalah Ta’alim dari As Syahid Imam Hassan Al Bana.

Dari rukun pertama. FAHAM,

“Siapa yang beramal tanpa pengetahuan lebih banyak merosakkan berbanding mengelokkan”

‘Umar ‘Abdul ‘Aziz

Ya Allah, faqih dan thabatkanlah aku di jalan ini.

Sejam kemudian, tertidur. Lagi.

ISH, ANIS!!!

Wallahu’alam

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Posted by tOPeQ on November 19, 2008 at 3:08 pm

    ishh mak cik..makan-makan-makan..!! tu bcita2 nk ‘membesarkan diri’ ler tu..? =P

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on November 19, 2008 at 9:08 pm

    nutrient terlebih dah aku ni. ni terlebih sampai jadi penyakit pulak karang. huhu. membesar? kalau makin tinggi alhamdulillah:D

    Reply

  3. tidur is needless to say very very very important. Recall our previous lecture notes regarding the disadvantage of not sleeping…. hahahah

    hope u r doing fine with the PUISI stuffs..

    Although I am not directly involved but in case u need someone super-fast , super-weird and super-no-one-is-around, just give me a call! U know how to find me!

    Reply

  4. Posted by hamstermenulis on November 26, 2008 at 6:59 am

    thanks asrih! insyaAllah, sbg emcee paling diva di Dublin ni, mmg ko selalu top list bila emcee diperlukan:D

    thanks for always supporting PUISI! and hope u are doing well with our lectures now.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: