Sanah Helwah:)

Assalamualaikum

2 Disember 2008 telah berlalu. 22 tahun sudah rupanya aku:-) Kalau diikutkan mungkin usiaku sudah 22 tahun 7 bulan dalam tahun Islam. Kalau Hasan al Bana sudah boleh menubuhkan Ikhwanul Muslimin di usia ini, apa sajalah yang aku buat selama ini. Kerdilnya angka 22 tahun aku ini sebenarnya.

Setiap kali birthday, selalunya kawan-kawan usahakan sambutan yang meriah (terima kasih kawan-kawan), dan juga keluarga. Walaupun aku tak adalah looking forward birthday, tapi usaha yang ditunjukkan keluarga dan kawan-kawan selalu membuatkan birthday hari yang sangat special, hari di mana semua orang mengasihi aku dengan eksplisit. Hehe.

Terima kasih buat Ami (and family) yang hantar kad dengan tudung dekat Kak Nis. Awal seminggu, tapi kad tu comel sangat ladybird dia! Dan seperti biasa, ada lagu dan tulisan bulat Ami. Dan juga adik, dan mak dan abah yang sekarang sudah pandai hantar picture message. Hahaha:P

03122008003

comel ladybird dia. gemuk macam Ami. hehe

Terima kasih tak terhingga buat Adila, roomate aku. Dia rancang macam-macam dari siang sampai ke malam, walaupun asyik terkantoi di sana sini dengan aku. Hehe. Takpa Adila, cuba lagi lain kali. Hehehe. Terharu aku. Terima kasih kepada Jannah, Hazirah, Dayah, Mar, Ji’ah dan semua yang datang makan kek tadi. Terima kasih kepada adik-adik rumah, Jihah dan Izyan yang masak special. Hehe. Dan sanggup buat kedai kopi, borak sampai pukul 1am. Terima kasih juga kepada warga PUISI.

03122008002

Bunga pertama yang diterima selain dari mak ayah. Hehe. Terima kasih housemates!

021220081

Terima kasih Adila, Jannah dan kawan-kawan di Beaumont! Seronok potong kek dan disuap-suap, sampai aku lupa aku puasa. Haha. Hadiah ‘terlupa’ dari Allah swt. Hehe.

03122008005

Terima kasih kawan-kawan!!! Macam mana korang tau je saya nak buku ni. Ish, ada kasyaf ek. Hehe.

Dan yang paling penting, terima kasih ya Allah. Sebab masih beri aku kesempatan hidup di usia 22 tahun ini. Dan aku harap usia ku bukanlah untuk mengumpul dosa tetapi mengaut pahala. Harapnya usia ini dipenuhi keberkatan, dan dipermudahkan jalan. Dan harapnya usia ini berbakti kepada diri, , orang sekeliling dan agama Islam. Amin!

Wallahu’alam

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Posted by tOPeQ on December 4, 2008 at 3:26 pm

    haHA seorang lg mak cik yg sudah tue… welcome-to-da-club!

    Reply

  2. anis thanks sebab buat2 tak tahu dalam bus 27b.hehe.
    Selamat menuju alam dewasa.

    Reply

  3. Posted by nazirah on December 7, 2008 at 11:02 pm

    salam..
    akak, cane leh lupe puasa lak? huhu…comel tol.. tq sgt tlg msk n ajar neuro smlm.. sedappp gilerr tau kak anis masak.. (sesi promosi akak sat..hehe)

    slmt menempuh alam dewasa..
    PS:kek itu kelihatan lazat sekali! sape la insan berbakat itu? =)

    Reply

  4. Posted by Hamstermenulis on December 8, 2008 at 12:31 am

    topeq: tima kasih bnyk2, alhamdulillah sempat aku merasa umur 22 tahun. tapi aku tetap ldp berjiwa muda! haha.

    adila: hehe. tima kasih hang buat semua2 tu, terharu aku:D (lain kali belajar skill cover dari aku eh?:P)

    nazirah: hehe. terlupa, kek sedap sgt. huhu, takdala ajar sgt pun, lebih kepada memberi login id utk awk amek notes je. haha…promosi ni nak menjayakan hasrat mak akak ek:P

    insan berbakat tu chef labu labi kat hujung camden st. hehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: