Gaza.

Assalamualaikum wbt

Lama aku tak menulis. But this will just be a pause, not a halt insyaAllah:) in fact, I might go and scribble at anytime in this zombie phase, or in between my revision hours.

Sesungguhnya bumi sedang menyaksikan jelmaan syaitan meratah nyawa. Israel seolah-olah mahu mengambil tempat Malaikat Izrail mencabut nyawa. Israel yang berkehendakkan tanah antara Sungai Furat dan Sungai Nil juga makin hilang kemanusiaan mereka. Hampit 400 Muslim gugur syahid. Mulanya sedih aku fikir 400 orang Muslim mati di tangan askar bengis ini. Tetapi sebenarnya di sebaliknya, memang rakyat Palestin dari kecil cita-cita mereka mahu terpilih menjadi Sang Syahid, mahu kekal thabat dengan bertemu dengan Allah di lorong suci Qital. Allah juga berpesan ..

[Al Baqarah: 154]

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.


Conflict in Gaza

[Al Isra’:4]

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

[6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Umat Islam ramai yang tidak peka, tetapi tidak sedikit yang berkongsi lara. Bersabarlah Palestin kerana janji Allah itu benar dan pasti akan tertunai. Moga berkat doa dan simpati umat seluruh alam menaikkan darjat kamu ke makan syurga yang tertinggi.

Bagi siapa belum tengok Occupation 101, you can do that at Youtube, so fully understood how things
started between Zionists and Palestins and how it still exacerbates.
Lagi
200 lecture notes untouched. Huhu. Doakan saya dan rakan-rakan eh?:)

https://i0.wp.com/www.cs.brown.edu/courses/cs173/2000/Cartoons/images/exam-small.gif

(phase zombie officially commenced. ehehe)

Selamat Hari Lahir Mak.

Nurhanis Syazni Roslan RCSI.

Wallahu’alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: