Gazing At Your Musing.

Assalamualaikum wbt.

Tak dapat menulis panjang, masa makin suntuk. Hati makin bosan, asyik mengutuk-ngutuk. Kutuk Israel, kutuk diri sendiri yang makin lesu masa belajar. Sudah aku umpan dengan macam-macam cara, reward makan, reward itu, hukuman itu ini. Tak berjaya juga. Astaghfirullah.

Tertarik dengan usaha Munirah untuk menggesa pemimpin Malaysia mengutuk serangan Israel, aku cuba melihat apa jenis kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini. Dari beberapa laman sawang, aku cuba untuk membandingkan kata-kata antara 4 pemimpin yang bertakhta di mata masyarakat Malaysia kini. Ini bukanlah satu method yang valid untuk dijadikan parameter kepimpinan mereka, tetapi sedikit sebanyak mencerminkan usaha dan sejauh mana isu Palestin-Israel ini tertusuk di hati mereka. Ini hanyalah sekadar pendapat personal, bukanlah suatu analisis intelek.

(Usaha tu adalah juga…tapi anda ini bernada pesimis. Macam jawapan politik saja. Mungkin anda sibuk fikirkan Kuala Terengganu anda dan melihat ini isu trivial. Macam seorang murid pukul orang dan gurunya kata , “Nak buat macam mana. Mak ayahnya tak buat apa-apa,”)

Najib: Hanya kuasa besar boleh selesaikan konflik Palestin

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Hanya kuasa besar dunia mempunyai pengaruh untuk menghentikan keganasan Israel di Palestin, namun hakikat itu tidak menghalang Malaysia untuk terus memberikan sokongan dan bantuan kepada rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan itu juga tidak menghalang Malaysia daripada mendesak bagi campur tangan antarabangsa untuk menamatkan krisis di Asia Barat itu.

Beliau berkata, Malaysia juga akan terus menghimpunkan negara-negara Islam untuk mengutuk tindakan regim Zionis itu kerana isu itu bukan lagi merupakan isu Islam tetapi isu kemanusiaan.

“Pada hemat saya, kuasa-kuasa besar sahajalah yang boleh mendamaikan atau hentikan keganasan yang dilakukan oleh Israel (di Palestin). Selagi kuasa besar tidak menyekat Israel, selagi itulah mereka akan bermaharajalela.

“Apa pun kita mesti dapatkan bantuan kuasa-kuasa besar dan desak mereka untuk hentikan tindakan kejam Israel,” kata Najib selepas mengunjungi Perdana Menteri Syria, Mohammad Naji Otri di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar ditubuhkan pasukan misi pengaman Persidangan Pertubuhan Islam (OIC), beliau berkata, ia tidak akan diiktiraf oleh Israel.

“Mereka (pasukan misi pengaman OIC) tidak akan diiktiraf oleh Israel.

“Sekarang ini jangan cakap pasal OIC, pasukan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun dia (Israel) tak setuju.

“Ini menunjukkan mereka sangat degil dan tunjukkan kerakusan kuasa dan keangkuhan yang dahsyat. Ini adalah kuasa yang kita hadapi,” katanya.

Mengenai gesaan memboikot produk Israel seperti disuarakan oleh ramai rakyat Malaysia yang bersimpati, Timbalan Perdana Menteri berkata, negara tidak mempunyai produk dari Israel kerana tidak menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu.

– Bernama

______________________________

(Keras juga bunyinya di sini. Anda nampak ada izzah untuk memperjuangkan Islam dan tidak mengeluarkan kenyataan yang atas pagar, atau safe for my political influence. Tapi mungkin Keadilan boleh rise as the name suggests, as in naikkan isu keadilan Palestin yang tertindas, sebab nampak lesu saja untuk isu ini.)

Anuar Ibrahim: Kenyataan Media Kecaman Keganasan Israel

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan regim Israel ke atas Gaza, Palestin yang menyaksikan ratusan nyawa tidak berdosa terkorban.

Tindakan kejam dan tidak bertamadun tentera Israel cukup dikesali lebih-lebih lagi selepas sambutan hari Natal yang disambut dengan semangat harmoni di seluruh dunia, juga usai sambutan Tahun Baru Maal Hijrah yang diraikan oleh umat Islam kelmarin.

Kebiadaban regim Israel keterlaluan. Mereka melancarkan keganasan kerana yakin dengan dukungan Amerika khususnya pentadbiran Bush. Dunia seolah-olah kelu, pemerintah negara Arab kelihatan tidak bermaya. Rintihan rakyat Palestin menyusuk hingga ke kalbu!

Saya menggesa agar pihak berkuasa kedua-dua negara segera menghentikan perbalahan dan mencari jalan penyelesaian segera demi memastikan keamanan dicapai, juga bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban.

ANWAR IBRAHIM

_________________________________

(Ringkas saja, tetapi membara. You shine as you always do, dalam bab Israel maksud saya. Masih segar dalam ingatan, anda lantang di rostrum PBB mengutuk Israel. Perhaps you could do more even as a commoner, you have that touch Tun)

(English translation at end of write-up)

1. Dunia ternampak mengutuk Israel kerana serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas Gaza. Tetapi seperti biasa dunia tidak membuat apa-apa. Kenapa tidak? Kerana Amerika Syarikat berada di belakang Israel.

2. Dunia seharusnya juga mengutuk Amerika Syarikat. Pesawat pejuang dan bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Jika ada kehilangan senjata, Amerika akan menggantikannya. Dan Amerika juga akan membiayai Israel bagi meneruskan keganasannya.

3. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan pendapat dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.

________________________________

(Ringkas juga tetapi yang bagus, minta semua orang berusaha, kerajaan Malaysia sehinggalah kepada orang perseorangan, berdoa pada Allah tanpa henti, tempat pergantungan utama. Transparent, sebab kritik OIC yang memang patutnya sudah lama dikritik)

Tuan Guru Haji Hadi Awang

“PAS mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ini yang telah mengakibatkan lebih dari 250 orang rakyat yang tidak berdosa terkorban serta ramai lagi yang cedera dan musnah tempat tinggal mereka.

Kekejaman ini dilaksanakan setelah segala bentuk hubungan kemanusiaan dan keperluan hidup penduduk Gaza dinafikan sejak sekalian lama. PAS merakamkan simpati terhadap kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut, ” katanya dalam satu kenyataan media yang dimajukan oleh Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Dalam masa yang sama Ustaz Hadi mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengemukakan bantahan kepada sekutu terkuat regim haram ini iaitu Amerika Syarikat dan inisiatif perlu juga diambil dengan segera agar isu ini dirungkaikan di pentas antarabangsa termasuklah di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

“OIC juga mestilah keluar dari kepompong tradisi mereka dan mengambil tindakan drastik untuk membantu saudara seagama yang dizalimi ini.PAS mengajak negara-negara umat Islam lain agar bersatu membela nasib dan masa depan rakyat Palestin yang ditindas dan diperlakukan begitu hina sekali oleh regim haram ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Dalam waktu yang sama PAS menyeru agar seluruh ahli dan penyokong PAS serta seluruh umat Islam dalam negara agar dapat bersama-sama menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan biadap regim haram ini.

“Kita menyeru umat Islam agar bersama-sama melakukan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah agar diberikan pertolongan serta kemenangan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi regim Zionis Israel ini,” katanya. – azm _

Owh, I See…

Wallahu’alam

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by akubudakkampung on January 9, 2009 at 5:00 pm

    rite..

    perjuangan belum selesai..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: