Talian Hati

Assalamualaikum

-Ganjaran selepas menghabiskan 4 lecture notes microbe (padahal pendek je), menulislah sekejap-

Setiap minggu insyaAllah tanpa miss aku pasti akan skype dengan keluarga, sejam. Dulu masa Jegot dan Jimbot (arwah hamster) hidup, dengan diaorang-diaorang sekali skype dengan aku. Hehe.

Tapi minggu ini, nampaknya telefon saja. Sudah macam kemestian, setiap kali nak periksa, aku akan lebih look forward masa-masa ini. Ketika kepala berserabut dengan segala input, semacam hydrocephalus yang dibanjiri lumpur memori, memori yang seakan singgah sebentar dan surut pergi tak lama selepas itu.

Em…kusut. Takut.

Kerana sentuhan ‘talian hati’ ibu bapa yang Allah Taala kurniakan tu besar kesannya, aku dial nombor mereka.

“Sihat ka? Dah habih baca? Exam pagi ka petang? Bila habih paper? Jangan sampai tak tidoq pulak, satgi pening time jawab,”

Mak, tau sangat perangai anaknya. Last minit tahap apa entah, tapi nak markah tinggi. Lepas tu zombi.

“Abah, macam mana ni… Banyak sangat lecture note, tak habis baca lagi. First round pun Anis tak habis lagi…”

“Abah dah pesan…jangan last minute…” (tau-tau je)

“Baca jugak sikit-sikit dulu tapi sebab macam tak best pun Anis takdalah baca beria,” (alasan)

“Sekarang kalau nak ingat semua benda memang la tak keluar, tapi time jawab nanti ingatlah tu,”

“Takutlah Abah, Anis tak mahu fail. Anis dah beli tiket balik. Tak mahu re sit. Abah doakan eh? Doakan tau…” (bergetar suara)

“Abah dengan mak hari-hari doa, sentiasa doa. Tapi anak-anak pun kena usaha..” (Aduhai, jatuh air mata aku)

Begitulah adanya setiap kali musim periksa menjelma. Bukanlah niat aku untuk susahkan hati mereka, tapi dari dulu lagi, bila nak periksa aku akan mengadu domba begini. Risau juga, nanti macam manalah mereka bawa kereta, risaukan aku pula. Tak tidur malam ke. Ingat lagi, bila aku bagitau aku keluar 45 minit awal time Mod Maths SPM sebab cari tisu selsema kat koop, mak aku tak tidur malam pikir. Hehehe. Tapi Mak dan Abah tahu anaknya, anaknya nak orang cakap, “InsyaAllah, nanti ingat punya,”, “Takpa, semua okay nanti,”, “Jangan risau, hari tu kan boleh buat”. Jadi bila aku nak periksa, mereka yang akan tanya, bila nak skype ni?

Anaknya mahukan satu assurance. Kata-kata jaminan yang dia boleh buat. Boleh buat dengan baik.

Anaknya biarpun sulung, ada masanya rapuh.

Mak, terima kasih. The mother and the best friend.

Abah, terima kasih. You speak less, but every word runs deep to my heart.

https://i2.wp.com/www.worldofstock.com/slides/BGT1018.jpg

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menegaskan:

Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.[1]


[1] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 1905 (Kitab al-Birr wa al-Sholah, Bab berkenaan doa kedua ibubapa).

nantikan kepulangan anakandamu yg telah menjadi saiz anakonda. huhu

Wallahu’alam

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by nuurhabibah on January 17, 2009 at 1:49 am

    salam alaik~

    kak hanis, saya terharu baca entri ni.
    terkadang..em terselalunya, ibu bapa yg akan lebih risau dari anak. Aih, bersalah rasanya.

    “Anaknya mahukan satu assurance. Kata-kata jaminan yang dia boleh buat. Boleh buat dengan baik”

    keyakinan ibu bapa itu pemangkin semangat. moga anak-anak ini terus rajin! =^^=

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on January 17, 2009 at 10:13 am

    salam Habibah:)

    hehe. entri ni memang feeling sikit. tengah-tengah exam, terperuk dalam rumah, berkhalwah dengan buku, tak jumpa orang ramai, memang vulnerable sikit, kemudian ibu bapa juga jadi mangsa. hehe.

    moga kita terus mendoakan ibu bapa kita sebagaimana mereka mendoakan kita, dan sebagaimana mereka menyayangi kita semasa kita kecil:-)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: