Kahwin.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, exam sudah pun habis, dengan begitu tragis. Soalan tidaklah susah sangat, cuma aku yang tak ingat semua jawapan. Cubaan menghafal sampai ke minit terakhir, membuatkan kami keluar just nice sebelum exam bermula. “Hujan la weh!”. “Takpa, redah, redah, takkan kita tanak exam kot, penat-penat baca.”. Sampai saja, sempatlah kami menghela beberapa nafas sebelum exam bermula. Tut, tut. (kurang pasti ejaan sound effect sebenar) Air jatuh dari tudung ke atas kertas soalan. Kuyup! Tangan menggeletar. Sejuk.

Habis saja menjawab, sengih saja yang mampu aku ukirkan, hanya tawakkal yang ada di dalam hati. Terus ke surau, mengejar Asar yang berbaki 40 minit. Malu rasanya mahu bertawakal pada Engkau Ya Allah, sebab rasanya masih ada lompang besar dalam usahaku ini. Kedengaran kawan-kawan PMC sedang berbincang tentang shipping, tarikh pulang, pejabat MARA. “Ala…korang dah nak balik ke. Tak payahlah balik, duduk sini sajalah.”. Tetapi apa boleh buat, takdir Allah menetapkan perkelanaan kita terhenti di sini dahulu, mana tahu kelak akan bertaut kembali kan? πŸ™‚

Tak lama selepas itu, aku pulang ke rumah. Housemateku bertanya , “Hampa nak makan apa hari ni?”. Wah, seronoknya, boleh order macam kat restoran! Macam-macam yang kedengaran. “Nasi tomato!”, “Nasi Kerabu!”.

Maka, setelah dianalisa baki bahan mentah di rumah, beliau bersetuju dengan idea Nasi Kerabu, ini cubaan pertama beliau.

8.30 malam. Persidangan meja empat segi.

Kami pun bersidang di meja makan dan menjamah juadah Nasi Kerabu. Lengkap, cuma tiada taugeh dan kacang panjang. Bersungguh kami makan, sedap masyaAllah! “Terima kasih, sedapnyaaa!”, seorang lagi mencelah, “Kira dah lulus cemerlang untuk kahwin ni. Heheh”.

“Tapi ada kakak tu cakap saya tak boleh kahwin lagi sebab tak matang.”

“Awak tau, saya pernah dengar satu forum ni, ada panel cakap, kita takkan tau kita dah matang atau belum, selagi kita belum kahwin.”

“Kira kena kahwin dulu, baru boleh tahu matang atau tak, gitu? Kalau dah kahwin, tiba-tiba discover tak matang macam mana?”

“Kalau kita tengok, dalam hadith Tunkihu Mar’atu Liarba’, Rasulullah sendiri tak suruh pun seorang lelaki cari perempuan yang matang. ‘Aishah sendiri kahwin masa kecil, siap main dengan kawan-kawan sepermainan lagi time jadi isteri Nabi,”.

Makin hangat square table. Sambal dan kerisik-tuna makin licin disudu-sudu.

“Tapi tu Saidatina ‘Aisyah…kita bukan hebat macam ‘Aisyah.”

“Ohoho…tu sudah tentu. Tapi, adakah kematangan yang diperlukan untuk seseorang perempuan berkahwin atau perempuan yang perlu berkahwin untuk benar-benar jadi matang?”

Tiba-tiba perbincangan terhenti di situ saja, sebab nasi sudah kabur dari pinggan dan adik-adik perlu sambung belajar untuk paper mereka esok. Aku pun undur jugalah. Nak cakap lebih-lebih tak ada pengalaman, rukun tak cukup.

Jadi, any takers untuk statement-statement di atas? πŸ™‚ Mungkin dikecilkan skopnya, wajarkah seorang perempuan yang masih di bangku universiti dan berumur sekitar awal 20-an berkahwin?

https://i0.wp.com/www.wordinfo.info/words/images/tech-marriage.gif

Jom pikiaq.

β€œPara lelaki adalah qawwamun (pelindung) kepada wanita.” (Surah al-Nisa, ayat 34)

DIRIWAYATKAN oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: β€œAntara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wallahu’alam

Advertisements

12 responses to this post.

  1. Posted by dianarahmano on January 21, 2009 at 5:04 am

    hurm. kahwin dan matang. susahnya. lebih susah dari REGUB. haha. dengan itu, beta undur diri yer saudari hanis. huhu~

    ps : kepada sesiapa yang akan berkahwin dalam masa terdekat ini, tahniah dari hatiku yang ikhlas~ semoga berbahagia.

    Reply

  2. wajarkah seorang perempuan yang masih di bangku universiti dan berumur sekitar awal 20-an berkahwin??

    saya setuju akak!

    dengan syarat-syarat tertentu…hehe

    p/s : apa cite dgn plan akak? =P

    Reply

  3. saya ikut prinsip kak N***..(nama dirahsiakan in order to protect confidentiality)

    untuk seseorang itu berkahwin..kena ada persediaan. org yg matang akan berfikir secara matang tentang perkahwinan. bukan sekadar nafsu dan perasaan. dlm apa jua perkara pun persediaan itu penting kan.

    kadang-kadang org yg dok pk nak kawin sgt ni sbb die dh ada couple n sbb just nk mhalalkan nafsu je. dat’s Y pk kahwin. itu ok lagi. tp most of them ‘berkahwin’ tanpa nikah. just couple/tunang pun dh start mesra sana sini..langar habis batas2 semua. org2 mcm ni slalu nya masih lg dibuai mimpi indah pre-mariage.

    Kita tend to tak pk sejauh mana persediaan kta utk menjadi seorang isteri yang taat,memlihara harta suami n so on..dan yg plg crucial mcm mana nk melahirkan dan mendidik anak yg soleh. Ilmu agama cukup kah? Ilmu tajwid? Ilmu rumahtangga? Tanggungjawab? Kalau bilik/toilet sendiri pun masih bersepah dan kotor, nak kahwin mcm mana? Luaran cantik, g bilik tgk..?? isk isk..

    Bak kata kak N***, bertahun2 sepatutnya persiapan kita demi membentuk keluarga Muslim. Kalau dalam medic pun kita dah pk, apa akan aku jadi 10 tahun akn dtg? mcm tu la juga utk perkahwinan.

    Dgn isu Gaza skrg ni, sepatutnya prmpuan yg nk kahwin kena tanamkan siap2 misi untuk melahirkan ‘ salahuddin ayubi’..mcm mana yahudi tanamkan rasa benci pd Islam & gah pada sifat Yahudi mereka..mcm tu la kita kena didik anak utk rasa izzah dgn Islam dan pergi berjuang bebaskan palestin. Kalau generasi skrg still lalai dan tak fikir in advance, sampai bila la Palestin nak tunggu dibebaskan?

    So, xkisahla 20 ke 30 ke..18 ke umur..yg penting mentaliti dan minda yg ada pd perempuan tu..tanpa menafikan kematangan bertambah dgn usia, maka sesiapa yg rasa seru dh sampai dan bersedia utk pikul amanah & taggungjwb sbg isteri dan bakal ibu kpd anak2…tafaddal masykuro.. kahwin2..heee

    panjang pulak komen..huhu. (tepu dgn EBH..xsabar nk habis) nanti ada masa , sy mmg nk tulis satu entry pasal ni. hehehehe..

    p/s : hmm..ada ke lelaki yg sehebat Ali zaman skrg? Kalau rs takde, xperlulah risau utk jadi seperti/sehebat Aisyah..hehe..tp kesungguhan mesti ada!

    Reply

  4. Bagi aku, go on ja la kalau yakin dan green light drp yg patut serta sudah mencukupi rukun-rukun nikah.

    Tapi dekat Malaysia, org lebih suka couple.

    Mungkin org yang rasa mampu utk multitasking, kahwin + belajar+ dakwah=sinergi semua, orait ja. Huhu

    All the best for the campaign.

    Reply

  5. salam wbt..

    amboi.. rancaknye?

    Reply

  6. Posted by hamstermenulis on January 21, 2009 at 3:21 pm

    fuh. baru ditinggalkan beberapa jam, dah jadi cenggini comment board. kalau cakap pasal kahwin, ramai orang komen, kalau tak, sepi aja. hehehe.

    kak di: saya tunggu kad jemputan akak ni. orang paling senior kena jalan dulu akak. hehe

    dya: plan? plan ya… em, manusia merancang, Allah menentukan. nak jalan rukun kena cukup, persediaan kena mapan. hehe.

    itu dia…betul tu. sekarang tak buleh nak fikir nak anak comel-comel, pakai baju macam ini macam itu, kita kena fikir bahawa perkahwinan juga adalah untuk melahirkan mujahidin Islam yang soleh wa musleh. (nama yang dicensored itu seperti ku biasa lihat) haha

    ada terbaca satu statement dulu,

    Kalau diri tak seunggul Fatimah, mana mungkin dapat suami sehebat Ali?

    kalau hendak difikirkan, seseorang tak wajar nak memilih sangat kalau pasangan sudah cukup syaratnya, Islam dan sebagainya, tapi kenapa perlu pilih pasangan yang baik dan bagus, sebab ia adalah kelangsungan kepada keluarga dan anak-anak yang hebat.

    Adila: Terima kasih weh atas sokongan tak berbelah bahagi dari housemates (yang menggelarkan diri mereka perayu undi) hehe. pena telah diangkat, tinggal sabtu saja spr nak umum. Moga-moga yang terjadi ini adalah yang terbaik buat Kak Shud, Safiah dan aku.

    Jiran Ipoh: huhu. rancak la pula. biasalah topik begini. akak tulis pasal gaza sepi aja:-)

    Reply

  7. Posted by wadialhana on January 21, 2009 at 11:39 pm

    Kahwin VS MAtang? Herm,tatau statement tu siapa yang lahirkan,tapi memang selalu orang momokkan kalau nak kahwin kena jadi matang dulu!Statement yang selalu dengar:

    ‘Kahwin bukannya bela diri sendiri,hang bela anak orang tau!’

    Dan orang selalu mendifenisikan ‘MATANG’ itu ialah bila seseorang muslimin atau muslimat berada dalam zon umur ‘selamat’ atau lebih mudah ; dah lepas habis study.Pening,pening,dr mana datangnya fatwa kompleks ni 😦

    ha,Pendapat peribadi..Tiada HALANGAN kalau nak BERKAHWIN awal,umur bukan PENGHALANG,KEMATANGAN bukan ALASAN.asal PUNYA rasa BERTANGGUNGJAWAB dan BERSEDIA…semua JALAN! huhu..tapi perlu dihayati kembali juga,apa natijah disebalik sesebuah perkahwinan tu.FAHAM diiringi dengan MAHU dan disulami rasa TAQWA dan IMAN,insyaAllah,kahwin dalam usia muda bukanlah titik penghalang.

    ps:anies nak kahwin dah ke?

    Reply

  8. Posted by hamstermenulis on January 22, 2009 at 3:40 am

    jannah: jzkk jannah for the comment. apa? cek nak kawin? haha. mana ada! mana ada la jannah. rukun kena cukup kalau nak kawin. mungkin jannah dulu.
    alamat untuk kad jemputan adalah seperti di bawah

    33, Bishopsmede Court,
    Lower Clanbrassil Street
    Dublin 8

    Makasih!

    Reply

  9. Posted by dayah on January 23, 2009 at 4:40 am

    assalamualaikum hanis:)

    hehe, asal pandai masak mesti dikaitkan dgn kahwin, baguslah, sedikit sebanyak menjadi force untuk pandai memasak;)

    tapi lps ni, mgkn boleh buat statement kalau pandai belajar, dah cukup syarat untuk kahwin juga, gerenti first class sumenya…hihi

    -sekian-

    Reply

  10. Posted by hamstermenulis on January 23, 2009 at 5:14 am

    ws wbt dayah.

    wah, terbaik lah cdgn dayah:-) hehe. confirm lah kami2 ini tak layak berkahwin buat dlm masa terdekat, sbb ic2 ni pass pun tak sure lagi. hehe.

    1st class dulu baru buleh kahwin…evidence based ialah kes akak tut…. terbukti dpt 1st class!

    Reply

  11. amboi, singgah2 alam maya terjumpa tempat nih..diskusi xkan abis di sini, masing2 ada pendekatan yang berbeda2, cumanya jangan lari dr sariat je daa..ada orang dah kahwin br matang, ada yang tunggu matang br kahwin, sbb bkn kahwin dgn pasangan je, tapi ngan keluarga sanak sedara die sekali…akak hamster kalu dah ada hajat apa salahnye kan..

    Reply

  12. Posted by hamstermenulis on January 26, 2009 at 1:55 am

    salam. jzkk cha sebab sudi ziarah blog akak yang tak seberapa ni. jzkk juga bagi pendapat yang mmg ada asasnya, kahwin memang bukan dengan pasangan saja. dengan satu keluarga dia sekali.

    akak hamster belum punya persiapan yang mapan la.. result pun terkontang kanting lagi. huhu.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: