Archive for February, 2009

Mati dalam Islam vs Mati untuk Islam.

Assalamualaikum wbt.

Rotation Orthopaedics di Cappagh Hospital membolehkan aku menulis di masa-masa senggang yang ada. Keluar rumah 6.40am tapi jam 1.00pm sudah sampai semula di rumah. Heavennya! (alhamdulillah)

Tempoh hari ketika usrah, salah seorang anak usrahku yang menganggotai Wardatus Safiya di NICE Leeds 09 menceritakan betapa tersentuhnya mereka melihat kumpulan nasyid ibu-ibu yang menyanyikan lagu di atas.

Untukmu jiwa-jiwa kami,

Untukmu darah kami,

Untukmu jiwa dan darah kami,

Wahai Al Aqsa tercinta.

Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada team RCSI yang merangkul tempat kedua, team-team yang menang, dan juga team UCD selaku team Dublin yang lain. Tahniah!

Kata anak usrahku, “Tersentuh tau tengok diaorang, dah ada anak pun nak sangat pergi berjuang kat Palestin, time diaorang nyanyi, ramai sangat orang nangis, anak-anak diaorang kibar bendera Hamas,”. SubhanAllah. Wish I can be there.

Beberapa minggu lepas, aku bermimpi. Mimpi yang sangat-sangat mengecewakan aku. Dan aku merenungi mimpi tersebut hingga ke saat ini.

Mimpi itu berlatarbelakangkan Palestin.

Mimpi itu berlatarbelakangkan Palestin. Aku di Tebing Gaza. Kami di sebuah rumah besar, seakan Killarney Hostel semasa PUISI tempoh hari. Rumah anak yatim mungkin, kerana semua yang ada anak muda belaka. Aku sendiri kurang pasti di mana ayah dan ibuku, adik-adikku. Hanya seorang yang aku kenali, seorang rakan yang aku kenali semasa berada di UK.

………….

Tiba-tiba suasana menjadi huru-hara. Sebuah kereta kebal datang merempuh pagar. Semua anak muda lari mengambil posisi masing-masing. Tiada senjata di tangan mereka. Cuma segenggam batu.

Kereta kebal makin mara. Deruannya ganas dan menggerunkan. Semakin lama ianya semakin besar di hadapan mata.

https://i1.wp.com/www4.pictures.gi.zimbio.com/Israel+Gaza+Conflict+Enters+Tenth+Day+NqWRJNoE6vDl.jpg

Hatiku makin berdebar.

Tiba-tiba aku.

Aku..

Aku…

Aku lari. Lari dari medan pertempuran itu.

Aku sempat toleh kebelakang. Ku lihat rakanku itu sedang mara ke hadapan, melontarkan batu-batu yang ada di tangannya. Satu persatu dilepaskannya. Cuma satu yang tak dilepaskan dari genggamannya. Iaitu keyakinannya pada syahid.

Kali terakhir aku memandangnya, kereta kebal itu begitu dekat pada tubuhnya.

Demikianlah mimpi tersebut. Aku terjaga selepas itu, dengan sebuah perasaan kecewa yang sangat menebal. “Kenapa kau lari Anis? Mungkin Allah nak bagitau kau memang sebenarnya belum sanggup mati untuk Islam? Selama ni kau yakin tak janji syahid tu syurga?”

Mimpi itu tak pernah luput dari ingatanku sehingga sekarang. Dan rakanku itu, apabila aku terpandangkan ia, segera aku teringat keberaniannya dalam mimpi itu. Aku percaya bukan sekadar di mimpi saja, orangnya memang hebat di alam nyata.

Sekali lagi, aku lontarkan persoalan ini.

Aku nak mati dalam Islam,

atau

Aku nak mati dalam Islam dan untuk Islam?

Isu Palestin adalah Isu Umat Islam.

Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Dan dinamakan sebagai “Ardh Ribath”, iaitu bumi pertahanan jihad.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka, dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan, dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala,

Para sahabat bertanya :

Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah S.A.W?

Baginda S.A.W menjawab :

Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.

Bersama itu, marilah kita titipkan doa juga untuk nasib Islam di Malaysia, yang bergelut dengan rasuah, rampasan kuasa, dan kemungkaran oleh pemimpin yang lari dari Islam. Doakanlah Islam dijulang di Malaysia, kerana kemenangan itu merupakan titik-titik dalam perjalanan menegakkan khilafah Islam di dunia.

Wallahu’alam.


Tangan Terikat Di Langit, Kaki Terpasak Di Bumi

Assalamualaikum wbt

Fuh, ada la juga seminggu tak menulis. Bak kata P Ramlee dalam dialog Tuah dan Jebat, “Apakan dayaku Jebat, tangan terikat di langit, kaki terpasak di bumi,”. Drama la pulak…

Rotation private hospital di Hermitage seminggu yang lepas dan meeting bertindan-tindan menyebabkan aku pulang ke rumah dan terus mencari duvet. Macam-macam nak tulis, tapi mata pun hampir pejam. Maka, Hamster tidak dapat menulis buat beberapa hari. Hanya memacu roda kehidupan yang terus berputar, sekejap di atas, sekejap di bawah.

https://i0.wp.com/www.diyhappy.com/wp-content/images/House_04.jpg

Perak.

Negeriku yang disayangi terus bergolak. Doaku agar tampuk pemerintahan Perak adalah pada orang yang tahu hak dan batil, yang tahu tolak duit haram, yang tahu rakyat jelata semua perlu perhatian yang sama tanpa ada prasyarat kereta Merz atau makan restoran mewah. Amin!

Mac.

Asyik hang aja Mac ku ini. On average hang setiap 15 minit dan terpaksa restart at least 3 kali sehari. How’s that for a student who relies a lot on her Mac. Huhu. Innalillah. Nak beli baru, em tidak kot. Tablet PC free dari RCSI is on the way. InsyaAllah, aku bertahan satu semester lagi!

Rumah.

Nampaknya balik summer ini, keluargaku akan berpindah ke Tambun, 6 km dari lokasi rumah sekarang. Dekat dengan Lost World Tambun, 15 minutes from Ipoh City. Sedihlah nak pindah rumah, 20 tahun aku membesar di rumah sekarang, sekolah agama, sekolah menengah di situ, nanti sedap ke rojak dengan air soya kat rumah baru ni agaknya.  Dan disebabkan pindah, nampaknya usaha selama 10 tahun permohonan penambahan ahli keluarga baru iaitu kucing, ataupun kucing-kucing, makin menampakkan jalan cerah. Hooray!

https://i1.wp.com/www.cutecats.tv/cute_cats-cuddles.jpg

Hermitage Rotation.

https://i1.wp.com/www.webfactory.ie/vivas/extranet/htm/development/site/images/images/i_01_hermitage.jpg

Seronok sangat alhamdulillah. Perhaps, the best so far. In 5 days, I got to watch 7 surgery (in one day), observe 3 Neurologist consultation, went to ICU, Lab, watch X Ray CT MRI and PET Scan procedure, (mind you there are only 2 PET Scan in whole Ireland) hehe. And my first experience helping a surgery was during Laparascopic Cholecystectomy. Even the whole journey every day was 2 buses and 30 minutes walking, but I enjoyed it so much.

Benda yang paling aneh ke kelakar ke taktau lah kan, ialah bila aku di ICU, ada patient yang kritikal takut aku dekat dengan dia, sebab dia ingat aku Mary. (Mary Jesus tu pakai selendang kan).

Dan paling kelakar, for this specific rotation, rasa macam Grays Anatomy. Sebab advisor tu, Dr Collin Taylor, gaya dia sebijik macam Dr Bally, jawatan pun sama, Chief Resident yang angkut satu team training doctors merata-rata.

Overall, I am satisfied and happy with this exposure rotations. After 4 weeks, I think I appreciated a lot of clinical signs, how murmurs varies so much, how consolidation changes all the vocal fremitus bla bla, and so on so forth. And altogether 29 patients history taken, alhamdulillah.

Dan aku terbuat seorang patient sedih dan menitik air mata, sebab salah guna perkataan. Instead of saying, “3 pregnancies and 1 miscarriage is it?”, I said, “3 pregancies and 1 abortion is it?”. Aiyak. Terlupa pulak, kalau di Malaysia keguguran tu can mean any of those, tapi di sini specific abortion intentionally and miscarriage, accidental. It is a routine question for a patient like her, somehow I need to ask. Cuma bila perasan muka dia dah lain, aku pun jadi gelabah. Alhamdulillah, patient tu kata, “It’s okay not your fault, just thinking of my baby after 20 years haven’t thought of it.”. Huhu. Bertan-tanlah sorry meluncur dari mulutku…

Sedikit perkongsian, ayat-ayat yang mungkin dialunkan di masjid-masjid pada hening subuh Jumaat. Aku sangat perlu fikir ayat-ayat ni, dan improve diri dari aspek ini. Doakanlah ya:-)

[As Sajdah:15]
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.


[As Sajdah:16]
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Wallahu’alam

Camaraderie

Assalamualaikum wbt

picture-1

Akhirnya hari yang paling tidak dinanti telah tiba. Tetapi aku seakan masih belum percaya. Sewaktu melalui Christchurch semalam, seakan terasa lagi Jannah dan Dayah ada di rumah Cook Street. Bila tengok Zumo, Robek’s Juice, chocolate Aldi, masih teringat, “Em, diaorang suka makan ni,”. Semuanya masih nak dikaitkan dengan mereka. Em… Mungkin agak susah nak register dalam kepala, mereka sudah sememangnya telah pulang ke Malaysia, kerana tak dapat bersama ketika flight pulang mereka. Tak nampak bahawa mereka sememangnya sudah melangkah pergi dari Departure Gate Dublin Airport.

Jannah dan Dayah, maaf kerana tak dapat hantar. Mungkin ada hikmah juga tak dapat hantar tempoh hari. Kurang-kurang, takdalah penggambaran filem Hindustan atau cerekarama Melayu kat Dublin Airport. Huhu. Apalah cerita korang kat Malaysia agaknya.

Papan lukis yang mahu dihadiahkan masih tersimpan dalam laci. Masih bersih dan putih. Ingatkan nak lukis sesuatu atau tulis sesuatu untuk korang. Tapi bila nak lukis, masa senggang tak ada, bila nak tulis, tak terungkap pula dengan kata-kata.

Terima kasih, kerana menjadi sahabat yang mengingatkan aku pada Allah bila memandangmu. Terima kasih kerana bersama-sama berada di jalan ini, kerana agama Allah. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama through ups and down, dan sentiasa memberi support dan teguran sepanjang persahabatan. Terima kasih kerana sentiasa memahami diri ku dan endure. (what a word) Hehehe.

Terima kasih atas buku Getting Past NO dan CATS tu. Best lah!:-D

Missing You Already. Badly.

Al Hawariyyun, Lower Clanbrassil Street.

Snowglobe.

Assalamualaikum wbt.

Till today, it has been snowing 7 days straight. Once in 20 years. Mind you, snow is not common in Dublin. Not only Malaysians had a blast, but Irish too! SubhanAllah…cantik:-D

I was looking at polaroid technology, but does not plan to buy one soon, I don’t think I am going to buy it anyway. This series of pictures are inspired by Polaroid, but the quality is quite low, I used a Power Point to edit since the Mac crashes for every 10 minutes now. Software conflict again I guess.

My roommate discovered that I am very fond of snow globes. It kind a hypnotizing, I don’t know why that I can spend minutes to look through it. So she wanted to buy me the one I had been fretting for it was sold for €22. Hehe. So sweet isn’t she. But I already told her not to, since €22 for a snow globe is not worth it. But thank you Adila for considering to buy me one:-)

slide1slide2slide4slide9slide11slide12slide13

a bouquet of love for my PMC friendsslide15slide20

Too tired to talk about Perak today. Did the editting before I go to bed. I am just hoping the best for Palestine and Perak. May Islam soars there soon insyaAllah amin!

Wallahu’alam

UMNO will ‘flourished’ in Perak’s heart

Assalamualaikum wbt

* I am sorry that my recent entries is in wrath mode. Things that happens back home is way out of  logic for belief.

Can’t write profusely. I have exam tomorrow. But I would like to state my opinion, for my 23 years duration living in Perak, I deserve to say this to UMNO.

UMNO is pathetic.

UMNO will blooms in Perak’s heart as a party who outrule the sovereignity of Sultan. We will remember that and tell our grandchildren as the forlorn history of our tale.

UMNO will flourish in Perak’s heart as a party, who think they are great, but actually in the end stage of dementia (This does not come from me, this came from Tan Sri Musa Hitam, formerly UMNO icon), having delusion of grandeur, can’t tolerate they are ageing and forget principles, thinking that every power and money in this country is yours. You had made me thinking, if Perak still has its bijih timah, Perak will ended up just like Terengganu. You know what I mean.

And when you see more icon from UMNO saying things like this, you just know how pathetic they are. And we, being rationale knows that such lust for power, thirst for money and hunger for fame is hard to be battled, but Allah is with us. If  UMNO set in Perak, which I think steal is the best word, you had be better be careful, cause we are not just Malays, but we have significant Chinese populations. Some Malays can still buy ketuanan Melayu, but Chinese won’t. If you remain the injustice, I reckon next election is a sure-nightmare for you.

RASUAH UMNO

1. Semasa bahagian-bahagian UMNO sedang menamakan calon untuk jawatan-jawatan parti, terdapat laporan bahawa Jawatankuasa Disiplin telah terima lebih daripada 900 aduan berkenaan dengan rasuah.
2. Tetapi hingga kini tidak ada apa-apa pun berita tentang tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Disiplin atau mana-mana pihak.

…Tomorrow is Friday, hari doa dimakbulkan. Marilah kita berdoa, yang terbaik untuk negeri Perak Darul Ridzuan. Teruskan berqunut nazilah, untuk Palestin, dan Perak.

Mungkin isu-isu begini yang buat Hypertension, Heart Attack dan Stroke menyerang rakyat Malaysia, sampai jadi leading cause. Huhu. Ceq pun ‘palpitation’ aja 2-3 hari ni.

Wallahu’alam

A verse to ponder,

[At Taubah: 42]
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). 
 

Calling For Re-election.

Assalamualaikum wbt.

I am having OSCE on Friday, busy going round the wards to get familiar with the required skills and questions that possibly come out. But I can’t make myself sit without writing this.

slim majority in perak update 040209

I feel that Malaysian image has been tarnished for its ruling government has been so desperate to do things like what happens in Perak. I was chatting with my foreigner friend, and she went ‘bedazzled’ for the desperados.

Hope that Sultan Perak, as wise as his 25 years old of wisdom ruling period in Perak, will dissolve the state assembly and call for re-election in the state. Rakyat Perak, and rakyat Malaysia who have been blindfolded, has now been efferverce to speak out with their votes. But cowards will be cowards. It will not suprised me if the cowards came with some other sly cunning tricks to make them looks good and naive and win.

I am behind what’s good and justice. My prayers will be for those who are true, not corrupt. May Allah helps justice to soar in Perak. Whichever side I am in now, Najib or Ir Nizar, it’s obvious. This is just not the normal political play. This is the battle, for hak against batil. All hail for re-election.

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”




najib announce new bn perak state govt 040209 15



* Credit to MalaysiaKini. The picture is high quality, it’s just that the people inside are poor in credibility, and prudence for themselves, not for the country.

Perak

Assalamualaikum wbt

* Entri ini bernada keras. Berhati-hati. Pendapat peribadi.

Belum sempat setahun, Negeri Perak Darul Ridzuan aman di bawah pemerintahan baru, satu demi satu cubaan merampas kembali kuasa pemerintahan berlaku.

Tak perlulah kelulusan ijazah PhD untuk menafsir rentak permainan kali ini. Cukuplah sepasang mata rakyat jelata yang sentiasa memerhati, cukuplah sepasang telinga yang sudah jemu dengan satu demi satu berita dan fitnah terdesak, cukuplah satu mulut yang sudah nak muntah dengan politik bangsa yang sudah menjadi malignant kerana mutation dek elemen-elemen rasuah, gila pangkat, kronisme, mengampu dan penggelapan duit rakyat.

Kalau macam inilah gayanya, PRU depan Perak akan jadi ‘The Perfect Storm’ macam apa yang jadi pada Selangor PRU yang lalu.

perak majority slim 300109

Tajol Rosli akan menghadap Sultan hari ini? – Utusan

Kecoh di Perak – Utusan

Perak speaker: Duo have resigned – MalaysiaKini

Perak deputy speaker found, denies defection – MalaysiaKini

Dua Adun KeADILan letak jawatan, pilihan raya kecil dalam masa 60 hari – Harakah

“Hish, berapi teman… “

Cerita Rakyat P036 Kuala Terengganu

https://i1.wp.com/www.fritzcartoons.com/wp-content/uploads/2007/05/roof-salesmanhigh.jpg* in this case, Kuala Terengganu perhaps.

Seorang kawan dari Kuala Terengganu bercerita, “Mak saya kata, jiran sebelah rumah dapat bumbung baru, bumbung lama rosak. Ramai jiran dapat ‘renovate’ rumah,”

“Dapat bonus raya kot, tu renovate-renovate tu,” seorang mencelah.

“La…Tak payah tunggu bonus sekarang ni. Tunggu pilihanraya kecil. Time tu pi cakap tayar pancit pun dapat baru. Bagitau ja pagar karat ke apa. Asal time ‘orang’ datang offer tu, bagitau dia kami pangkah punya,”


“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya” (Riwayat Ahmad).


Kata-kata Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam,
” Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad’afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka.”

https://i0.wp.com/web7.bernama.com/bernama/newspic/am/PK08_120308_NIZAR_MB%20BARU.jpg

All the best for Ir Nizar to handle the situation. Allah will surely pave the way for Islam, as real as His promise. And I will always remember the day when my paradigm for ‘politic-figure-speech’ changed, in Perak. I thought I heard a 3 round speech; religious kuliah, intellectual talk and national issues talk. And I later realized, it was all one. And it reaffirms that religion and politics is not separable, it reassures that there is politics that sound sensible and fair does exists. And it was delivered from you. Thank you.

Wallahu’alam