Perak

Assalamualaikum wbt

* Entri ini bernada keras. Berhati-hati. Pendapat peribadi.

Belum sempat setahun, Negeri Perak Darul Ridzuan aman di bawah pemerintahan baru, satu demi satu cubaan merampas kembali kuasa pemerintahan berlaku.

Tak perlulah kelulusan ijazah PhD untuk menafsir rentak permainan kali ini. Cukuplah sepasang mata rakyat jelata yang sentiasa memerhati, cukuplah sepasang telinga yang sudah jemu dengan satu demi satu berita dan fitnah terdesak, cukuplah satu mulut yang sudah nak muntah dengan politik bangsa yang sudah menjadi malignant kerana mutation dek elemen-elemen rasuah, gila pangkat, kronisme, mengampu dan penggelapan duit rakyat.

Kalau macam inilah gayanya, PRU depan Perak akan jadi ‘The Perfect Storm’ macam apa yang jadi pada Selangor PRU yang lalu.

perak majority slim 300109

Tajol Rosli akan menghadap Sultan hari ini? – Utusan

Kecoh di Perak – Utusan

Perak speaker: Duo have resigned – MalaysiaKini

Perak deputy speaker found, denies defection – MalaysiaKini

Dua Adun KeADILan letak jawatan, pilihan raya kecil dalam masa 60 hari – Harakah

“Hish, berapi teman… “

Cerita Rakyat P036 Kuala Terengganu

https://i2.wp.com/www.fritzcartoons.com/wp-content/uploads/2007/05/roof-salesmanhigh.jpg* in this case, Kuala Terengganu perhaps.

Seorang kawan dari Kuala Terengganu bercerita, “Mak saya kata, jiran sebelah rumah dapat bumbung baru, bumbung lama rosak. Ramai jiran dapat ‘renovate’ rumah,”

“Dapat bonus raya kot, tu renovate-renovate tu,” seorang mencelah.

“La…Tak payah tunggu bonus sekarang ni. Tunggu pilihanraya kecil. Time tu pi cakap tayar pancit pun dapat baru. Bagitau ja pagar karat ke apa. Asal time ‘orang’ datang offer tu, bagitau dia kami pangkah punya,”


“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya” (Riwayat Ahmad).


Kata-kata Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam,
” Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad’afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka.”

https://i0.wp.com/web7.bernama.com/bernama/newspic/am/PK08_120308_NIZAR_MB%20BARU.jpg

All the best for Ir Nizar to handle the situation. Allah will surely pave the way for Islam, as real as His promise. And I will always remember the day when my paradigm for ‘politic-figure-speech’ changed, in Perak. I thought I heard a 3 round speech; religious kuliah, intellectual talk and national issues talk. And I later realized, it was all one. And it reaffirms that religion and politics is not separable, it reassures that there is politics that sound sensible and fair does exists. And it was delivered from you. Thank you.

Wallahu’alam

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by clever soul on February 2, 2009 at 6:45 pm

    sedihnya.. begitu golongan yg jahil mahu menggulingkan kerajaan Perak. Apa yg dpt kita bantu?

    Jom buat solat hajat utk selamatkan negeri Perak.

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on February 3, 2009 at 7:02 am

    Melayu jangan paling tadah terhadap UMNO- Utusan

    LONDON 2 Feb. – Melayu termasuk penuntut yang memperoleh manfaat daripada dasar yang diterajui UMNO, hendaklah jangan berpaling tadah terhadap parti itu dan sebaliknya mestilah mampu menterjemahkan hasrat UMNO dan terus berjuang bagi hak masyarakat, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

    Salam clever soul. terima kasih atas comment anda. betul tu. marilah kita doakan keamanan dan kesejahteraan negeri Perak. harapnya yang hak kekal berada di tempatnya.

    cuba baca artikel utusan ni. sikit punya misleading seruan tu. patutnya yg lebih utama, melayu jangan paling tadah ke Islam. ni bangsa yg dilebihkan. kalau modal bangsa ni yg asyik dimainkan, mmg susah malaysia nak integrasi. hari hartal…ada sejarah yang panjang di situ.

    penuntut yg beroleh manfaat dari dasar yg diterajui…herm, dasar terhadap penuntut ni mmg tg jwb kerajaan memerintah pun, bukan sstgh org je akan perjuangkan. it’s a government responsibility. tapi tak patut kot nak guna point tu untuk terus-terusan kongkong perkembangan minda pelajar untuk buat judgement yg adil

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: