Mati dalam Islam vs Mati untuk Islam.

Assalamualaikum wbt.

Rotation Orthopaedics di Cappagh Hospital membolehkan aku menulis di masa-masa senggang yang ada. Keluar rumah 6.40am tapi jam 1.00pm sudah sampai semula di rumah. Heavennya! (alhamdulillah)

Tempoh hari ketika usrah, salah seorang anak usrahku yang menganggotai Wardatus Safiya di NICE Leeds 09 menceritakan betapa tersentuhnya mereka melihat kumpulan nasyid ibu-ibu yang menyanyikan lagu di atas.

Untukmu jiwa-jiwa kami,

Untukmu darah kami,

Untukmu jiwa dan darah kami,

Wahai Al Aqsa tercinta.

Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada team RCSI yang merangkul tempat kedua, team-team yang menang, dan juga team UCD selaku team Dublin yang lain. Tahniah!

Kata anak usrahku, “Tersentuh tau tengok diaorang, dah ada anak pun nak sangat pergi berjuang kat Palestin, time diaorang nyanyi, ramai sangat orang nangis, anak-anak diaorang kibar bendera Hamas,”. SubhanAllah. Wish I can be there.

Beberapa minggu lepas, aku bermimpi. Mimpi yang sangat-sangat mengecewakan aku. Dan aku merenungi mimpi tersebut hingga ke saat ini.

Mimpi itu berlatarbelakangkan Palestin.

Mimpi itu berlatarbelakangkan Palestin. Aku di Tebing Gaza. Kami di sebuah rumah besar, seakan Killarney Hostel semasa PUISI tempoh hari. Rumah anak yatim mungkin, kerana semua yang ada anak muda belaka. Aku sendiri kurang pasti di mana ayah dan ibuku, adik-adikku. Hanya seorang yang aku kenali, seorang rakan yang aku kenali semasa berada di UK.

………….

Tiba-tiba suasana menjadi huru-hara. Sebuah kereta kebal datang merempuh pagar. Semua anak muda lari mengambil posisi masing-masing. Tiada senjata di tangan mereka. Cuma segenggam batu.

Kereta kebal makin mara. Deruannya ganas dan menggerunkan. Semakin lama ianya semakin besar di hadapan mata.

https://i2.wp.com/www4.pictures.gi.zimbio.com/Israel+Gaza+Conflict+Enters+Tenth+Day+NqWRJNoE6vDl.jpg

Hatiku makin berdebar.

Tiba-tiba aku.

Aku..

Aku…

Aku lari. Lari dari medan pertempuran itu.

Aku sempat toleh kebelakang. Ku lihat rakanku itu sedang mara ke hadapan, melontarkan batu-batu yang ada di tangannya. Satu persatu dilepaskannya. Cuma satu yang tak dilepaskan dari genggamannya. Iaitu keyakinannya pada syahid.

Kali terakhir aku memandangnya, kereta kebal itu begitu dekat pada tubuhnya.

Demikianlah mimpi tersebut. Aku terjaga selepas itu, dengan sebuah perasaan kecewa yang sangat menebal. “Kenapa kau lari Anis? Mungkin Allah nak bagitau kau memang sebenarnya belum sanggup mati untuk Islam? Selama ni kau yakin tak janji syahid tu syurga?”

Mimpi itu tak pernah luput dari ingatanku sehingga sekarang. Dan rakanku itu, apabila aku terpandangkan ia, segera aku teringat keberaniannya dalam mimpi itu. Aku percaya bukan sekadar di mimpi saja, orangnya memang hebat di alam nyata.

Sekali lagi, aku lontarkan persoalan ini.

Aku nak mati dalam Islam,

atau

Aku nak mati dalam Islam dan untuk Islam?

Isu Palestin adalah Isu Umat Islam.

Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Dan dinamakan sebagai “Ardh Ribath”, iaitu bumi pertahanan jihad.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka, dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan, dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala,

Para sahabat bertanya :

Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah S.A.W?

Baginda S.A.W menjawab :

Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.

Bersama itu, marilah kita titipkan doa juga untuk nasib Islam di Malaysia, yang bergelut dengan rasuah, rampasan kuasa, dan kemungkaran oleh pemimpin yang lari dari Islam. Doakanlah Islam dijulang di Malaysia, kerana kemenangan itu merupakan titik-titik dalam perjalanan menegakkan khilafah Islam di dunia.

Wallahu’alam.


Advertisements

One response to this post.

  1. Avocat gratuit divorce calcul pension divorce

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: