Archive for March, 2009

Jogging~

Assalamualaikum wbt.

Hari ini aku ke DCU untuk kelas Sports Medicine. Sports lab yang patut kami kunjungi banjir, maka terbantutlah hasrat setiap orang merasai pengalaman menggunakan diagnostic devices yang canggih manggih itu. Dan perjalanan ke Cappagh Hospital yang bukanlah dekat 2 minggu ini membuatkan aku ke Eason dan mendapatkan 2 buku untuk bacaan dalam bas. The Other Hand dan Dreams From My Father (Barrack Obama) menjadi pilihan. Sebenarnya kan…banyak lagi buku yang tak habis baca. Hehe. Buku Fiqh Al Waqie dan Fiqh Haraki baru berapa chapter saja aku daras. Tetapi buku-buku naratif seperti yang aku beli itu aku beli kerana sesuai untuk bacaan dalam bas kerana tak perlu fokus yang tinggi.

Dreams From My Father.

No doubt, Barrack Obama ini bukan sahaja mempesonakan di rostrum, malah beliau merupakan penulis yang hebat. Gaya bahasanya, pilihan kosa katanya, dan bagaimana kisahnya dipersembahkan, sesuai dengan latar belakangnya sebagai Presiden Law Soc Harvard University. Instead of looking at it and thinking this guy is trying hard to pull crowd attention to his ‘so significant’ life stories, I actually ended up being bewitched with how the stories were alligned, with a complete account of tales from a father he have never met, who bequeathed his own name to Barrack Obama. So does his qualities, of which those are well inherited by Obama and approved by 66,882,230 who voted for him. Tetapi terlalu awal untuk menilai ketulenan karismanya. Kita lihat dahulu, bagaimana beliau mengemudi US 4 tahun lagi, adakah berkompaskan Zionis atau tidak.

Semester lepas, aku berpeluang membaca beberapa buku karya Tuan Guru Nik Aziz. Hai, memang terkesan hati membacanya. I recommend you should get them. And Khusyuk Dalam Solat is a must!

Betullah kata pujangga dahulu. Leaders are readers. Tapi biarlah aku tambah dan jadi pujangga baru. Leaders are writers!

Isu Gambar Di Yahoogroups PPIMI.

Alhamdulillah, banyak perbincangan positif yang berlaku rentetan teguran ikhlas Ibnu Abah kepada semua. Terpegun melihat kebijaksanaan mantan Presiden dan kelantangan mantan TKLTD memberi pendapat. Ada yang berhikmah seperti Yusuf Al Qardawi, ada yang tegas macam Umar Al Khattab. Aku raikan semua, walau aku sendiri tidak sesempurna mana dalam hal ini. Cuma, bagi masyarakat yang terpelajar seperti ini, menanamkan nilai sayangkan maruah diri adalah lebih bijaksana padaku, berbanding takut dibomoh. Hehe. Tetapi jazakumullahu khayran kepada semua yang sama-sama berdiskusi.

Kritik.

Makin banyak kita berkerja, makin banyak kita akan dikritik along the way. Hehe. Standard lah kan, kita manusia. Sedangkan Nabi pun Allah tegur. Kadang-kadang bila ditegur, kita (ke aku) ada tendency untuk ada perasaan “Fine, I’m gonna prove it to your face,”. Hehe. Tetapi berlapang dadalah. Jangan memberontak. Jangan menghentak-hentak. Kita memang insan yang sentiasa perlu dibetulkan. Namun, janganlah kerana ditegur, tak mahu buat kerja lagi. Dan hidup adalah roda, terkadang mengkritik terkadang dikritik. If you are a big critics, there are higher chances people turn back and gaze at your work. Maka, apabila kita mengkritik, kita juga akan ‘terkritik’ dengan secara tidak langsungnya. Tetapi janganlah pula berhenti mengkritik. Kritikan adalah essential kerana setiap perkara sentiasa ada perkara yang boleh improve. Road to achive perfection will never reach a cul-de-sac. Buruknya ayat proverb aku ni. Tak sedap langsung. haha.

Sampai di sini sajalah dahulu nukilan ku. Ingatkan nak jogging alang-alang pakai sports attire ni. Tapi kerja pulak datang berduyun-duyun. Akhirnya aku berjogging di meja komputer saja. Sedentary sungguh. Macam mana nak kurus kalau pemakanan unggulku ini uncompensated. Heheh. Dahlah balik naik AirAsia. Muat ke seat untuk aku karang? Kuikuikui.

https://i0.wp.com/www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/rma/lowres/rman1148l.jpg

Semangat nak usrah esok. Nantikan adik-adik tajuk hangat. Tajdid!

Sebelum itu aku sertakan di sini satu klip Cerekarama “Sebelum Sejadah Dibentang” yang aku tonton dengan fast forward sambil makan nasi semalam. Huhu. Klik pada saat 5.05. Suka cara budak ini bercakap dengan Allah. This story is a good one, macam mana seorang anak kecil membawa biah solehah pada seorang dewasa. Tapi value yang dating tu jangan ambik ya. Huhu.

Wallahu’alam

Terkenang…

Assalamualaikum wbt.

Sebuah kenangan…

Hehe. Setahun yang lepas, committees IMAM Eire Chapter bertungkus lumus untuk Dublin Symposium 2008. Dan antara sedar dan tidak, sudah hampir setahun rupanya. Tadi kami anjurkan Suturing Workshop untuk team IMAM Eire yang akan conduct bengkel Suturing di UK Symposium 21 March ini. Rindunya zaman symposium dulu!

All the best buat kawan-kawan IMAM UK Chapter dengan symposium “Things They Don’t Teach In Med School”.

Seeru ‘ala barakatillah!

the symposium has ended, but the voyage has just begun

Ku Klux Klan

Assalamualaikum wbt

*Lambang KKK

Siapa dan Bagaimana Ku Klux Klan Boleh Tersungkur?

Hari ini, saya dengan rendah diri ingin berkongsi suatu sejarah dari pembacaan buku Freakonomics tentang ‘kumpulan militan orang putih’ yang bernama Ku Klux Klan. Cerita KKK ini sangat popular di Amerika kerana kegiatan mereka dan kisah kejatuhan mereka. Unik jugalah kisah ini.

Siapa Ku Klux Klan?

http://fairimmigration.files.wordpress.com/2007/09/0050_ku_klux_klan_03.jpg

Ku Klux Klan ditubuhkan selepas Civil War, oleh 6 rakan yang merupakan askar US di Tennessee. Mereka orang muda, 4 dari mereka merupakan ‘budding lawyers’ ataupun peguam yang sedang menempa kerjaya. Dan mereka memilih nama Ku Klux Klan, dari perkataan Greek “kuklos” yang bermaksud bulatan, mereka menambah “klan” kerana mereka adalah keturunan Scotch-Irish.

Pada mulanya, mereka kononnya menjalankan aktiviti yang tidak membahayakan seperti menunggang kuda pada tengah malam dengan bertopengkan kain putih dan berhudkan sarung bantal. Tetapi tidak lama selepas itu, mereka telah terjebak ke kegiatan pengganas bawah tanah yang membunuh hamba yang telah merdeka. Mereka kemudian lebih dikenali sebagai angkatan militan bawah tanah, yang makin berkembang pesat keahlian mereka sehingga ratusan ribu orang. Melalui pengaruh yang semakin mencengkam masyarakat, ramai pemimpin dan Presiden US yang turut mengikat janji setia dengan KKK. Sehinggakan mereka berpengaruh dalam penggubalan undang-undang dan dasar kerajaan ketika itu.

KKK merupakan racist (white supremacist) , yang membenci coloured people, orang kulit hitam, Catholic Spanish, Reds (communist or socialist) dan orang kulit putih yang membantu golongan tadi. Dipendekkan cerita, kegiatan mereka adalah dari menyebarkan risalah racism, hinggalah menyeksa, membunuh dan menggantung hampir 3000 orang golongan tadi. Sehinggakan mereka berpengaruh dalam penggubalan undang-undang dan dasar kerajaan ketika itu. Dan KKK menjadi suatu nama yang ditakuti masyarakat.. .

Kebencian kepada KKK ini bukan saja menular di kalangan golongan yang ditindas, tetapi juga kepada sebahagian besar orang kulit putih yang membenci penindasan mereka. Termasuklah Stetson Kennedy, yang berasal dari keluarga ternama yang mengasaskan Stetson University. Ini bertitik tolak sejak beliau menyaksikan penjaganya yang bersamanya sejak kecil (berkulit hitam) diseksa, diikat pada pokok dan diperkosa oleh sekumpulan KKK kerana hanya dilihat bercakap dengan seorang pekerja kulit putih.

Bagaimana Stetson Kennedy menjatuhkan regim KKK?

Stetson Kennedy ketika itu menjadi pengarang rahsia di dalam suratkhabar terbesar masyarakat kulit hitam Pittsburgh Courier, atas nama pena Daddy Mention. Beliau sering menulis tentang kegiatan zalim KKK dan penindasan mereka. Tetapi Kennedy merasakan usahanya tidak dapat melumpuhkan KKK.

Sehinggalah suatu hari…

Kennedy bercadang untuk melemahkan KKK dari dalam, iaitu dengan menyamar menjadi salah seorang ahlinya dan menjadi secret police KKK untuk mendapatkan. ..maklumat. Dan Kennedy belajar tentang keahlian KKK, pakaian rasmi mereka, dan cara salam mereka yang signature, iaitu salam dan menggoncangkan tangan kiri seperti gaya ikan berenang.

Dan juga ayat rahsia mereka. Sekiranya anda mahu mencari ahli KKK di tempat lain, anda perlu tanya

“I am looking for Mr Ayak” (Are You A Klansman?)

dan sekiranya orang itu ialah ahli KKK, jawapannya ialah

“Yes, I also know a Mr Akai,” (A Klansman Am I)

Terkenangkan gaya kelakar mereka yang menyerupai permainan spy kanak-kanak, Kennedy bercadang untuk melumpuhkan KKK dengan cara membongkar rahsia mereka dengan terang-terangan.

Lantas dia menghubungi pengurus radio dan menyediakan skrip drama radio The Adventures of Superman. Drama radio ini mengisahkan bagaimana Superman dapat mengalahkan KKK setelah kononnya berjaya mengalahkan Hitler. Dan segala perbuatan rahsia KKK dihebahkan melalui radio.

Keesokkan harinya, ahli KKK sangat terkejut melihatkan kanak-kanak di luar rumah bermain satu permainan baru. Iaitu berhudkan sarung bantal dan berkejar-kejaran. Gangbusting Game, iaitu ‘polis’ mengejar ‘KKK’. Kanak-kanak di luar juga bersalaman seperti gaya ikan berenang dan melaungkan, “Are You Mr Ayak?” dan memperlekehkan ayat rahsia mereka. Hal ini membuatkan ahli KKK merasa takut dan terancam. Dalam mesyuarat yang seterusnya, kehadiran jatuh merudum dan keahlian tidak bertambah!

https://i1.wp.com/www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/ksm/lowres/ksmn1905l.jpg

Dari situ bermulanya episod kejatuhan militan KKK. Walaupun begitu, secara kasarnya terdapat 3 era kenaikan KKK dan mereka dikatakan masih wujud sehingga sekarang. Mereka juga mengamalkan kegiatan ritual.

Huhu. Macam-macam…

Wallahu’alam