Ku Klux Klan

Assalamualaikum wbt

*Lambang KKK

Siapa dan Bagaimana Ku Klux Klan Boleh Tersungkur?

Hari ini, saya dengan rendah diri ingin berkongsi suatu sejarah dari pembacaan buku Freakonomics tentang ‘kumpulan militan orang putih’ yang bernama Ku Klux Klan. Cerita KKK ini sangat popular di Amerika kerana kegiatan mereka dan kisah kejatuhan mereka. Unik jugalah kisah ini.

Siapa Ku Klux Klan?

http://fairimmigration.files.wordpress.com/2007/09/0050_ku_klux_klan_03.jpg

Ku Klux Klan ditubuhkan selepas Civil War, oleh 6 rakan yang merupakan askar US di Tennessee. Mereka orang muda, 4 dari mereka merupakan ‘budding lawyers’ ataupun peguam yang sedang menempa kerjaya. Dan mereka memilih nama Ku Klux Klan, dari perkataan Greek “kuklos” yang bermaksud bulatan, mereka menambah “klan” kerana mereka adalah keturunan Scotch-Irish.

Pada mulanya, mereka kononnya menjalankan aktiviti yang tidak membahayakan seperti menunggang kuda pada tengah malam dengan bertopengkan kain putih dan berhudkan sarung bantal. Tetapi tidak lama selepas itu, mereka telah terjebak ke kegiatan pengganas bawah tanah yang membunuh hamba yang telah merdeka. Mereka kemudian lebih dikenali sebagai angkatan militan bawah tanah, yang makin berkembang pesat keahlian mereka sehingga ratusan ribu orang. Melalui pengaruh yang semakin mencengkam masyarakat, ramai pemimpin dan Presiden US yang turut mengikat janji setia dengan KKK. Sehinggakan mereka berpengaruh dalam penggubalan undang-undang dan dasar kerajaan ketika itu.

KKK merupakan racist (white supremacist) , yang membenci coloured people, orang kulit hitam, Catholic Spanish, Reds (communist or socialist) dan orang kulit putih yang membantu golongan tadi. Dipendekkan cerita, kegiatan mereka adalah dari menyebarkan risalah racism, hinggalah menyeksa, membunuh dan menggantung hampir 3000 orang golongan tadi. Sehinggakan mereka berpengaruh dalam penggubalan undang-undang dan dasar kerajaan ketika itu. Dan KKK menjadi suatu nama yang ditakuti masyarakat.. .

Kebencian kepada KKK ini bukan saja menular di kalangan golongan yang ditindas, tetapi juga kepada sebahagian besar orang kulit putih yang membenci penindasan mereka. Termasuklah Stetson Kennedy, yang berasal dari keluarga ternama yang mengasaskan Stetson University. Ini bertitik tolak sejak beliau menyaksikan penjaganya yang bersamanya sejak kecil (berkulit hitam) diseksa, diikat pada pokok dan diperkosa oleh sekumpulan KKK kerana hanya dilihat bercakap dengan seorang pekerja kulit putih.

Bagaimana Stetson Kennedy menjatuhkan regim KKK?

Stetson Kennedy ketika itu menjadi pengarang rahsia di dalam suratkhabar terbesar masyarakat kulit hitam Pittsburgh Courier, atas nama pena Daddy Mention. Beliau sering menulis tentang kegiatan zalim KKK dan penindasan mereka. Tetapi Kennedy merasakan usahanya tidak dapat melumpuhkan KKK.

Sehinggalah suatu hari…

Kennedy bercadang untuk melemahkan KKK dari dalam, iaitu dengan menyamar menjadi salah seorang ahlinya dan menjadi secret police KKK untuk mendapatkan. ..maklumat. Dan Kennedy belajar tentang keahlian KKK, pakaian rasmi mereka, dan cara salam mereka yang signature, iaitu salam dan menggoncangkan tangan kiri seperti gaya ikan berenang.

Dan juga ayat rahsia mereka. Sekiranya anda mahu mencari ahli KKK di tempat lain, anda perlu tanya

“I am looking for Mr Ayak” (Are You A Klansman?)

dan sekiranya orang itu ialah ahli KKK, jawapannya ialah

“Yes, I also know a Mr Akai,” (A Klansman Am I)

Terkenangkan gaya kelakar mereka yang menyerupai permainan spy kanak-kanak, Kennedy bercadang untuk melumpuhkan KKK dengan cara membongkar rahsia mereka dengan terang-terangan.

Lantas dia menghubungi pengurus radio dan menyediakan skrip drama radio The Adventures of Superman. Drama radio ini mengisahkan bagaimana Superman dapat mengalahkan KKK setelah kononnya berjaya mengalahkan Hitler. Dan segala perbuatan rahsia KKK dihebahkan melalui radio.

Keesokkan harinya, ahli KKK sangat terkejut melihatkan kanak-kanak di luar rumah bermain satu permainan baru. Iaitu berhudkan sarung bantal dan berkejar-kejaran. Gangbusting Game, iaitu ‘polis’ mengejar ‘KKK’. Kanak-kanak di luar juga bersalaman seperti gaya ikan berenang dan melaungkan, “Are You Mr Ayak?” dan memperlekehkan ayat rahsia mereka. Hal ini membuatkan ahli KKK merasa takut dan terancam. Dalam mesyuarat yang seterusnya, kehadiran jatuh merudum dan keahlian tidak bertambah!

https://i1.wp.com/www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/ksm/lowres/ksmn1905l.jpg

Dari situ bermulanya episod kejatuhan militan KKK. Walaupun begitu, secara kasarnya terdapat 3 era kenaikan KKK dan mereka dikatakan masih wujud sehingga sekarang. Mereka juga mengamalkan kegiatan ritual.

Huhu. Macam-macam…

Wallahu’alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: