Archive for April, 2009

Tuan dan Tuhan

Assalamualaikum wbt.

picture-2(saya sedang ‘ternganga’ melihat London Central Mosque)

Nampaknya hari ini banyak ilham yang datang untuk blogging. Tetapi tidak ada kesungguhan nak menaip semua. Aduhai. Apalah nak jadi dengan saya ni. Saya mulakan satu dahulu.

Teringat saya akan ceramah Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Ibadah di PUISI 07 (Begin With The End In Mind) kupasan Ustaz Hasrizal dari buku Maza Yakni. Teringin nak kongsi bacaan dari satu blog lain untuk peringatan diri sendiri dan buat yang lain.

“Adakah kamu tahu mengapa umat Islam sekarang susah nak khusyuk dalam solat?”

Senyap. Atau mak selalu kata, sengap.

“Sebab umat Islam sekarang solat dengan jiwa tuan”

Apakah yang dimaksudkan dengan solat dengan jiwa tuan?

Dari Aspek Waktu.

picture-3(Big Ben di Parliament House. Kecik-kecik saya memanggil jam dengan nama ‘pek’.)

Dalam surah Taha ayat 14 Allah berfirman, “Dan tegakkanlah solat untuk berzikir kepadaku.” Jelas sekali, solat adalah satu manifestasi perhambaan kita kepada Al-Khaliq. Solat adalah medan latihan untuk membuang daki-daki dosa, mencantas perasaan ujub, takbur, riya’ dan sebagainya. Solat adalah tunas berpupuknya keikhlasan. Bak kata seorang Imam terkenal, solat ini ada tiga keistimewaan iaitu; khusyuk, ikhlas dan zikrullah.

Dalam surah An-Nisak ayat 103, Allah taala berfirman, “Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu yang diwajibkan ke atas orang-orang mukmin.” Solatlah yang membentuk kehidupan manusia. Dari solat, terbinalah sahsiah yang cemerlang dan efisien. Rasanya sudah banyak orang memperkatakan khasiat solat dalam pembentukan jati diri Muslim. Masih saya ingat ketika saya mengiringi lawatan Prof Khoo Kay Kim dan Karam Singh Walia di Dublin. Karam Singh Walia berkata, “Saya tak faham betul kenapa orang lain nak haramkan azan. Saya jadi efisien sebab azanlah. Bila azan subuh, saya bangun. Bila azan zuhur saya tahu itu rehat kerja. Bila azan asar saya tahu pulang. Bila azan maghrib dan isyak saya tahu ini masanya di rumah”. Orang bukan Islam pun terurus dengan ketetapan solat.

Tetapi apa jadi dengan umat Islam sekarang adalah, urusan dunia yang membentuk solat kita. Terbalik kot kata orang. Contohnya, kalau A duduk di rumah, solat di awal waktu. Bila A keluar membeli belah, solat lewat sikit bila habis shopping. Kalau B seorang bilal, lamalah solatnya, kalau B seorang bussinessman yang sibuk lagi korporat, singkatlah solatnya. Eh, kita pula yang membentuk solat yang disyariatkan pada kita. Ini baru dari sudut waktu solat. Astaghfirullah…

Bertanya Imam Ghazali kepada muridnya: Apa yang paling ringan di dunia ini?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

“Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan..” [Maryam:59]

Berhubung ayat ini Abdullah ibn Abbas berkata,

“Maksud ‘mensia-siakan solat’ bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkannya dari waktunya”.

Imam Said ibn Al-Musayyab juga berkata,

“Mereka melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar, solat asar dalam waktu maghrib, solat maghrib dalam waktu isyak, solat isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh dan solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik..”

Dari Riwayat Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi,

“Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.”

Dari Aspek ‘Roh’.

https://i2.wp.com/www.islaminjersey.com/muslim_kids01.jpeg(dik, apasal sembahyang sebelah-sebelah ni. harem lah…hehe. ke korang adik beradik ek?)

Dalam surah Al-Mukminun ayat 1, 2 dan 9 Allah mengingatkan,

“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka…. Dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”

Khusyuk, memang bukan mudah. Hawa nafsu sentiasa melayarkan skrin di mata kita dengan ingatan-ingatan pada hal keduniaan. Tambah pula, dengan kesibukan kita pada kerja, solat yang asalnya agenda menyembah Allah serta zikrullah telah menjadi agenda mengingat kunci di mana, siapa tah nama makwe yang senyum tadi dan sebagainya. Dalam solat, hal kita lebih banyak berlegar di minda dari hal akhirat. Ya Allah…kita ni…

Dalam buku Khusyuk Dalam Solat, Tuan Guru Nik Aziz iaitu sifu hal ehwal tazkiyatun nafs tanah air telah menghuraikan bagaimana takbiratul ihram adalah saat kita tinggalkan dunia dan buangkan ia jauh-jauh. Solat adalah urusan akhirat maka tidak layak satu pun urusan dunia difikirkan di dalamnya. Dan apabila membaca Al Fatihah, sewajarnya kita merasa lebih hina apabila kita membaca

إِيَّاكَ  نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

KepadaMu aku menyembah dan kepadaMu aku meminta pertolongan.

Mmm…siapa yang layak berasa tuan di sini. Sudah tentulah Allah bukan? Satu perumpamaan, air dan cuka. Air dan cuka tidak boleh bersatu di dalam gelas. Maka, untuk mengeluarkan cuka, air yang banyak mesti dimasukkan bagi mengeluarkan cuka. Begitulah juga di sini. Kuncinya adalah kesungguhan dan mengelakkan hati dari segala godaan dunia yang akan terbawa dalam solat; menjaga pandangan dan sebagainya.

“Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah”.

Kata-kata Imam al Hassan tadi sepatutnya mengingatkan kita akan azab Allah pada manusia yang lalai dalam solat. Seperti firman Allah dalam surah al Maun,yang bermaksud orang yang lalai dalam solat adalah orang yang mendustakan agamanya.

Lagi perihal khusyuk…

Said Hawwa menyebut dalam kitabnya,

Pada suatu hari Rasulullah ternampak seorang lelaki menyapu janggutnya ketika solat maka baginda pun bersabda,

“Jika khusyuk hati lelaki ini akan tenanglah anggota badannya.”

Ada sahabat nabi yang siap tak sedar lagi ditikam pedang di medan perang, kerana khusyuknya beliau di dalam solat. SubhanAllah…

Berkata pula Imam Al-Alusi, “Khusyuk ialah merendahkan diri dengan perasaan takut di samping tenang anggota badan.”

Abdullah ibn Abbas berkata,

“Mereka yang khusyuk ialah mereka yang takut lagi tenang.” Sahabat Ali bin Abi Talib berkata, “(Khusyuk) tempatnya ialah di hati.” Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.”

Pandangan yang agak merangkumi tentang khusyuk ialah pandangan sahabat Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.”

Memang jelas, khusyuk bukanlah satu kelazatan yang senang-senang diperoleh, masakan ia lazat kalau senang-senang didapatinya. Namun, Allah adalah kuncinya di saat sukar. Berdoalah kita 😀

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas), dari doa yang tidak didengari (tidak dipeduli)”

Marilah kita bersama-sama bermujahadah (bersungguh-sungguh) dalam melaksanakan solat sebagai seorang hamba yang menyembah Tuhannya, bukan sekadar seorang hamba yang berperasaan tuan kepada ibadahnya. Oleh kerana solat adalah urusan pertama yang akan ditanya di hari perhitungan kelak, maka adalah satu urgency untuk kita lekas-lekas menginsafi dan memperbaiki solat kita, semakin baik semakin hari dan beristiqamah dengannya.

Moga-moga perkongsian kali ini bermanfaat amin! 😀 Maaflah berterabur, banyak kena improve nih.

Solat adalah kunci mendamaikan hati sehinggakan nabi pernah berkata,

“Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah kami dengan solat.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Justeru di sisi nabi, solat diumpamakan seperti kekasih hati. Wah….

Huzaifah bin Yaman berkata,

“Perkara pertama yang akan luput dari agamamu ialah khusyuk dan akhirnya yang akan luput darimu ialah solat. Ikatan Islam akan terungkai satu demi satu.”

Wallahu’alam

Advertisements

Picture Speaks A Thousand Words

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih buat mereka yang bertanya. Memang lama tak update blog. Mungkin sekali sedang dilanda Writer’s Block. Hehe.

Writer’s block is a phenomenon involving temporary loss of ability to begin or continue writing, usually due to lack of inspiration or creativity. Writer’s block can also be a hindrance even when the writer feels that they already have a story in mind but can get no further than part of that story.”

“Writer’s block can be closely related to depression and anxiety.” Tidaklah juga. Tak depress langsung. Cutilah katakan. Pertama kali merasa cuti sejak masuk 3rd year. Huhu. Anxiety, pun bukan, pun bukan. Exam lambat lagi. Mungkin sekarang agenda menulis difokuskan pada menterjemahkan beberapa artikel ILuvIslam untuk portal English mereka. Erm, susah juga sebenarnya ‘English Dakwah’ ini, tak macam plain English. Aku nak cari perkataan yang tepat untuk riak pun dah habis 3 minit. Translate malas beribadah kepada Allah pun macam aneh je bunyi ayat translationku. Hehe. Salah sendiri jugak, dulu malas membaca. Takpa, alhamdulillah, this is a brand new experience dan soft skill juga untuk dakwah.

Cuti (19 April – 17 May 2009)

Cuti begitu panjang, banyak yang mahu dibuat. Banyak yang mahu dihafal. Banyak yang mahu dilihat. Buat masa ini, tataplah gambar-gambar hasil pengembaraan di musim bunga tahun ini. Kalau cantik, bertasbihlah, sebab ceq ni tukang ambik gambaq ja, creditnya tetap pada Yang Maha Pencipta 🙂

sakura

Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada dalam jalan Allah sehingga ia kembali – Riwayat Tarmizi

sakura1

“The greatest treasures are those invisible to the eye but found by the heart.”

sakura3

[6:59]…Tidak ada satu daun pun yang gugur tidak diketahui Allah

sakura4

Kerana di dalam uzlah itu terdapat berbagai faedah… (Gambar adalah hiasan)

sakura5

“You don’t love something because it is beautiful, but it is beautiful because you love it” (Penulis merujuk kepada bunga, sila jangan salah sangka)

sakura8
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.[2:164]

sakura9

[2: 152] Fazkuruuni azkurkum… (remember Me, I will remember you)

2911_193373095009_623365009_6496863_7997118_n1

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).[9:112]

2911_193373110009_623365009_6496866_5975595_n

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.[9:111]

2911_193373115009_623365009_6496867_294672_n
2911_193373120009_623365009_6496868_2785475_n

Wallahu’alam

Muda, Bukan Masa Menunggu

Assalamualaikum wbt.
(Sisipan ini adalah tazkirah Jumaat yang diposkan ke YG PPIMI 3 minggu yang lalu)

 

 

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِالله مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ أَمَّا بَعْدُ،

Di pagi Jumaat, penghulu segala hari, maka saya terpanggil untuk menyampaikan sebuah tazkirah. (Nak kata Dari Meja Timbalan Presiden, tidak juga. Meja study pun tak ada. Hehe) Panjang atau ringkas, saya sendiri tak pasti, yang pasti ia cetusan hati. Fatwa hati seorang manusia kerdil yang barangkali silap dalam perkiraan dan pertimbangannya. Mohon tunjuk ajar sekiranya ada yang perlu dibetulkan.

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّباَبِ خَيْراً فَإِنَّهُمْ أَرِقُّ أَفْئِدَةً لَقَدْ بَعَثَنِيَ الله ُبِالْحَنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ

فَحَاْلَفَنِي الشَّباَبُ وَ خَاْلَفَنِي الشُّيُوْخُ

“ Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik) Sesungguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi toleransi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku .”

 

Masa Muda Bukan Masa Menunggu.

 

Muda. Begitu sukar untuk mendefinisikannya. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, seseorang masih boleh menjadi muda tatkala umur sudah menjangkau separuh usia. Malah, dalam beberapa teks juga dikatakan Nabi menerima wahyu di kala masih bergelar pemuda, iaitu ketika berumur 40 tahun.

 

Namun, kita semua tahu golongan mana yang digelar sebagai As Syabab oleh baginda Rasulullah saw dalam hadith ini. Biar setakat mana had maksimum umur muda itu sendiri atau seawal mana ia bermula, yang pasti, kita kini bergelar As Syabab. Jika ditanya siapakah As Syabab di zaman Rasulullah, sudah tentu nama-nama seperti Zaid bin Harithah, Anas bin Malik, Bilal bin Rabah bermain-main di minda.

2553024273_6d7449b2ae

 

Berkata baginda dalam hadith tersebut, aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda. Begitulah peranan pemuda di zaman baginda, mereka adalah pejuang yang paling terkehadapan, mereka adalah tulang belakang Rasulullah saw. Merekalah yang dilantik sebagai utusan baginda ke negeri-negeri luar, merekalah panglima perang di medan qital, mereka jualah rijal-rijal yang aktif di meja perbincangan dan merekalah yang sentiasa disebut-sebut di dalam sabda baginda. Mereka adalah benar-benar nadi kepada Islam.

 

Apa pula situasi kita sekarang? Masa muda kita adalah masa ‘tumbesaran’. Muda adalah masa bergantung kepada yang tua. Muda adalah masa menunggu untuk jadi hebat entah bila suatu hari nanti. Muda adalah masa joli. Muda perlu difokuskan dahulu kepada agenda mencari suami atau isteri. Muda belum tiba masa untuk kita bersusah-susah. Muda adalah masa untuk menikmati kehidupan.

 

Begitu dangkal erti muda kepada kita. Semalam, di AGM ISOC, masih terngiang kata-kata seorang rakan. Umur 20-25 adalah umur pembentukan peribadi seseorang. Sekaranglah masa membentuk diri untuk 20-30 tahun akan datang. Rosak masa muda, rosaklah masa hadapan. Dan kami menginsafi erti muda itu sendiri.

“Ke mana kau habiskan masa mudamu?”

 

Kita barangkali lebih takut akan susah dan jerih berjuang, daripada takut ditanya di mahsyar kelak, “Ke mana kau habiskan masa mudamu?”

 

Mana mungkin kata berjuang, kalau kita tidak mahu bersusah. Memetik lirik sebuah nasyid,

 

Berjuang menempah susah.

Berjuang itu memang pahit, kerana syurga itu manis.

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar.

 

Dalam keadaan begini, memang banyak nikmat dunia yang dinikmati orang lain terpaksa kita lupakan sementara. Tatkala harta dan masa menjadi derma tetap kepada agama. Namun, begitulah sunnah berjuang. Berjuang itu terkorban.

 

“…dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya… ” [Al Muzammil:20]

 

Berkata seorang penceramah di Seerah Tour tadi, “Those who suffer difficulties are the only person who got to see miracles by Allah swt. Those who just sit at home, doing nothing, will not be able to see or feel miracles by Allah.” Itulah nikmat bersusah, kita akan berasa dekat dengan Allah swt. Kita akan selalu bergantung harap kepadanya. Kita memberikan Allah pinjaman yang baik seperti yang Allah mahukan dari seorang hambanya. Ya, memang wajar kita bersusah untuk Allah. Bukankah kita hambaNya? Sedang Rasulullah saw, kekasih Allah sendiri begitu banyak ujiannya. Inikan pula seorang hamba yang iman hanya senipis kulit bawang.


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

[Al Baqarah:153]


Muda, masa untuk merebut apa yang ada.

 

Rugilah kiranya masa muda kita luput hanya kerana mengejar ijazah perubatan tatkala masih banyak perkara yang boleh dikejar pada masa yang sama. Mana mungkin tidak ada masa sedangkan masa tidur kita masih berlebihan. Mana mungkin sedangkan kita masih punya waktu untuk bercuti musim panas selama 3 bulan.

 

 

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Maksudnya: Barangsiapa menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan melorongkan baginya jalan ke syurga.


Ayuh, kita gunakan masa muda ini untuk merebut segala ilmu yang bermanfaat. Mempelajari kemahiran yang dapat membantu menaikkan martabat Islam di mata dunia. Menggunakan masa gagah ini untuk beribadat dan berjalan demi sebuah kalimah dakwah.

 

Muda, tidak semestinya akan hidup sehingga tua.

 

Muda. Tidak semestinya akan hidup lama lagi. Mungkin tua kita adalah di masa muda. Maka, marilah kita gunakan setiap kesempatan ini tanpa bertangguh. Barangkali hari ini adalah hari terakhir buat kita. Sentiasalah kita tanamkan agar kita mahukan hidup ini berakhir dengan suatu yang indah di sisi Allah. Justeru, penuhilah hidup kita dengan kebaikan dan amal, kerana siapa tahu Izrael begitu hampir untuk menjemput kita.

 

 

Panjang pula nampaknya. Hehe.

 

Akhir kata, yang baik itu datang dari Allah swt, dan yang buruk itu disandarkan atas kelemahan saya. Moga-moga perkongsian tadi dapat memanfaatkan dan menjadi turning point untuk kita semua pada hari ini. Sukalah saya mengakhiri tazkirah ini dengan sebuah ayat yang bercerita tentang golongan yang terkorban di jalan Allah.

 


Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

[Al Baqarah: 154]

 

Wa aquli qauli haza wa astaghfirullah hal ‘azim li walakum, walisanil mujrmin na wal muslimin.

Wabillah hi taufiq wal hidayah.

Wassalamualaikum wbt.

Sudah Tentu Anda Semua Emo

Assalamualaikum wbt.

Lama betul tak menulis. Rasa macam dah hilang pace.

Memang lama betul jeda kali ni. Tak menyempat. Kebelakangan ni pula, aku makin cepat penat. Dulu, tidur 4 jam pun segar aja  alhamdulillah. Sekarang kalau tak 6 jam, memang payah.

Boleh jadi juga faktor SSC ini. Kerana aku buat lab-based. Where you deal with the tiniest amount of volume, hours of waiting, loads of writing. Jadi, kalau tidur tak cukup, memang menguap sajalah nanti. Alhamdulillah, research Glucose Uptake & Utilisation In Metabolically Restricted Neuroblastoma ini tinggal lagi 2 minggu. It has nearly come to its frution insyaAllah. Barulah aku merasa buat immunofluorescence, Western Blot, guna Confocal dan sebagainya.

Every week aku juga berpeluang tengok researchers membedah ibu tikus untuk embrionya bagi mendapatkan primary cell lines. Tahu tak, fetus tikus nampak sama macam embrio manusia in its early stage, dan posisinya juga sama. Meringkuk. Anak tikus unik, sebab apabila lahir, ia tak perlu menyusu, kerana ada kantung susu ibu dalam perutnya. Dan satu ibu tikus melahirkan 9-15 anak pada satu masa. Haa… manalah tikus ni tak bersepah. Manusia lahir sekali sorang, diaorang 15 ekor.

https://i0.wp.com/www.biology-blog.com/images/blogs/8-2006/knockout-mouse-embryo-12401.jpg

Pendek kata, sepanjang 6 minggu ni, aku telah nampak, bahawa lab research memang bukan untuk aku. Buat sekali, interesting lah kot. Sebab apabila kita belajar medicine dan biasa dengan doctor’s mentality, kita ada tendency untuk get the best result as immediate as possible. Selalu nak ambil satu keputusan yang cepat hasilnya. Yalah, nyawa manusia, takkan nak delay-delay pula. Tapi tidak bagi seorang researcher, semuanya memerlukan kesabaran dan ulangan. Tidak ada jalan pantas. Nak patenkan satu ubat ambil masa sampai 20 tahun kadang-kadang. Bayangkan satu research PhD ambil masa 3 tahun. Tapi semuanya terubat apabila cell yang kita ‘kerjakan’ sepanjang eksperimen itu dapat dilihat melalui pelbagai imaging technique, yang membuatkan cell sekecil-kecil alam itu nampak lebih besar dari muka kita sendiri.

Phew…enough on my research.

Terlalu banyak event yang ingin dicoretkan di sini. MasyaAllah, hebat betul budak-budak zaman sekarang buat program. Dari Approaching Quranic Course (kudos to Safwan), Wonderful Photography Outing, Cuisine Fusion Extravaganza, Dublin Race Challenge, Futsal Frenzy (sorry tak dapat datang), IMAM Symposium (kudos to IMAM UK’s comrades), Prof Amaluddin Roadshow to Galway and Cork, Isoc IOI, Clinical Case Competition (kudos to Hazi & others), Seminar Ibadah Pesakit Cork sehinggalah Viva Palestina (kudos to Ustaz Erfino dan Ustaz Irfan). Banyak sangat sampai aku bingung nak pilih yang mana untuk dikongsikan. Satu bulan yang penuh dengan manfaat dan ilmu yang berguna.

SUDAH TENTU ANDA SEMUA EMO

Esok pilihanraya. Aku sangat mengharapkan yang terbaik untuk Islam. Biarlah yang hak mendapat undi mutlak. Kerana aku sudah jelak dengan undang-undang manusia. Kalaulah anda semua tahu apa yang telah terjadi pada aku dan rakan-rakan dek undang-undang manusia ini, sudah tentu anda semua emo. Kadang-kadang perkara ini buat aku tertekan dan malas nak fikir. Rasa macam nak shut down otak sebentar dan tidur. Lari dari masalah. Tetapi ia menguatkan kami apabila kami terkenangkan, sudah sememangnya fitrah perjuangan; ditekan apabila berjuang untuk Islam. Ingat cerita Khabab Ibn Al Arat dan Bilal? Apa sangatlah tekanan yang aku hadapi sekarang. Macam taugeh je kalau nak dibandingkan dengan kesusahan sahabat nabi. Tapi apa yang pasti, ia membuatkan kami lebih kuat berharap pada Rabbi, sebab hanya Dia yang boleh mengubah sesuatu yang sudah jadi tidak logik kepada logik. Tidak wujud istilah logik untuk Allah swt bukan? Kun Fayakun.

Prof Amaluddin kata…

Masih aku ingat lagi soalan aku pada Prof.

“Prof, I have heard you talking about this An Nur Medical City plan for more than 6 times already, and it has never fail to impress me. You and Prof Latif said this is what you guys planned 20 years back in usrah. How did your usrah stay for that long, and the bond grows stronger?”

Lepas tu Prof pun kata, “Kita kena ingat, dengan usrahlah kita nak masuk syurga. Sebab apa? Sebab usrah ni lah tempat kita bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Usrah is stronger than blood ties.”

Kemudian Prof cerita elemen yang perlu ada dalam usrah, satu daripadanya; cerita masalah. Panjang lagi elaboration Prof tapi setakat ini sajalah dulu.

Sepanjang aku mengendalikan slot Prof di Cork dan Galway, banyak yang aku pelajari. Sampaikan apabila aku nak balik Dublin dan Prof nak berangkat balik ke Malaysia, sedih pula aku. Sebab dah 2 hari diinject dengan nasihat dan pengalaman yang berguna. Sekali kena balik Dublin repeat experiment. Tidak ada lagi suntikan motivasi. Kini perlu mendepani aplikasi.

Tadi aku sambung baca sebuah buku karya Dr Yusuf Al Qardawi. Nantilah aku revealkan buku apa tu. But kudos to Shamsir sebab kasi soft copy. Moga-moga dengan pembacaan, pertapaan (hehe. bertapa minum ayaq panaih sambil baca buku) dan pertanyaan kepada mereka yang arif, aku harap pembacaan ini dapat aku sebarkan isi dan ibrahnya kepada rakan-rakan dan adik-adik. InsyaAllah.

Tiba-tiba teringat lagu Ramli Sarip ni. Peringatan buatku. Semegah mana orang memandang sesuatu usaha, setinggi mana penghormatan orang kepada kita, berbaliklah pada yang sebuah tanya. Adakah ini kerana nama? Atau purely kerana Dia.

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Wallahu’alam