Muda, Bukan Masa Menunggu

Assalamualaikum wbt.
(Sisipan ini adalah tazkirah Jumaat yang diposkan ke YG PPIMI 3 minggu yang lalu)

 

 

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِالله مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ أَمَّا بَعْدُ،

Di pagi Jumaat, penghulu segala hari, maka saya terpanggil untuk menyampaikan sebuah tazkirah. (Nak kata Dari Meja Timbalan Presiden, tidak juga. Meja study pun tak ada. Hehe) Panjang atau ringkas, saya sendiri tak pasti, yang pasti ia cetusan hati. Fatwa hati seorang manusia kerdil yang barangkali silap dalam perkiraan dan pertimbangannya. Mohon tunjuk ajar sekiranya ada yang perlu dibetulkan.

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّباَبِ خَيْراً فَإِنَّهُمْ أَرِقُّ أَفْئِدَةً لَقَدْ بَعَثَنِيَ الله ُبِالْحَنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ

فَحَاْلَفَنِي الشَّباَبُ وَ خَاْلَفَنِي الشُّيُوْخُ

“ Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik) Sesungguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi toleransi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku .”

 

Masa Muda Bukan Masa Menunggu.

 

Muda. Begitu sukar untuk mendefinisikannya. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, seseorang masih boleh menjadi muda tatkala umur sudah menjangkau separuh usia. Malah, dalam beberapa teks juga dikatakan Nabi menerima wahyu di kala masih bergelar pemuda, iaitu ketika berumur 40 tahun.

 

Namun, kita semua tahu golongan mana yang digelar sebagai As Syabab oleh baginda Rasulullah saw dalam hadith ini. Biar setakat mana had maksimum umur muda itu sendiri atau seawal mana ia bermula, yang pasti, kita kini bergelar As Syabab. Jika ditanya siapakah As Syabab di zaman Rasulullah, sudah tentu nama-nama seperti Zaid bin Harithah, Anas bin Malik, Bilal bin Rabah bermain-main di minda.

2553024273_6d7449b2ae

 

Berkata baginda dalam hadith tersebut, aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda. Begitulah peranan pemuda di zaman baginda, mereka adalah pejuang yang paling terkehadapan, mereka adalah tulang belakang Rasulullah saw. Merekalah yang dilantik sebagai utusan baginda ke negeri-negeri luar, merekalah panglima perang di medan qital, mereka jualah rijal-rijal yang aktif di meja perbincangan dan merekalah yang sentiasa disebut-sebut di dalam sabda baginda. Mereka adalah benar-benar nadi kepada Islam.

 

Apa pula situasi kita sekarang? Masa muda kita adalah masa ‘tumbesaran’. Muda adalah masa bergantung kepada yang tua. Muda adalah masa menunggu untuk jadi hebat entah bila suatu hari nanti. Muda adalah masa joli. Muda perlu difokuskan dahulu kepada agenda mencari suami atau isteri. Muda belum tiba masa untuk kita bersusah-susah. Muda adalah masa untuk menikmati kehidupan.

 

Begitu dangkal erti muda kepada kita. Semalam, di AGM ISOC, masih terngiang kata-kata seorang rakan. Umur 20-25 adalah umur pembentukan peribadi seseorang. Sekaranglah masa membentuk diri untuk 20-30 tahun akan datang. Rosak masa muda, rosaklah masa hadapan. Dan kami menginsafi erti muda itu sendiri.

“Ke mana kau habiskan masa mudamu?”

 

Kita barangkali lebih takut akan susah dan jerih berjuang, daripada takut ditanya di mahsyar kelak, “Ke mana kau habiskan masa mudamu?”

 

Mana mungkin kata berjuang, kalau kita tidak mahu bersusah. Memetik lirik sebuah nasyid,

 

Berjuang menempah susah.

Berjuang itu memang pahit, kerana syurga itu manis.

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar.

 

Dalam keadaan begini, memang banyak nikmat dunia yang dinikmati orang lain terpaksa kita lupakan sementara. Tatkala harta dan masa menjadi derma tetap kepada agama. Namun, begitulah sunnah berjuang. Berjuang itu terkorban.

 

“…dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya… ” [Al Muzammil:20]

 

Berkata seorang penceramah di Seerah Tour tadi, “Those who suffer difficulties are the only person who got to see miracles by Allah swt. Those who just sit at home, doing nothing, will not be able to see or feel miracles by Allah.” Itulah nikmat bersusah, kita akan berasa dekat dengan Allah swt. Kita akan selalu bergantung harap kepadanya. Kita memberikan Allah pinjaman yang baik seperti yang Allah mahukan dari seorang hambanya. Ya, memang wajar kita bersusah untuk Allah. Bukankah kita hambaNya? Sedang Rasulullah saw, kekasih Allah sendiri begitu banyak ujiannya. Inikan pula seorang hamba yang iman hanya senipis kulit bawang.


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

[Al Baqarah:153]


Muda, masa untuk merebut apa yang ada.

 

Rugilah kiranya masa muda kita luput hanya kerana mengejar ijazah perubatan tatkala masih banyak perkara yang boleh dikejar pada masa yang sama. Mana mungkin tidak ada masa sedangkan masa tidur kita masih berlebihan. Mana mungkin sedangkan kita masih punya waktu untuk bercuti musim panas selama 3 bulan.

 

 

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Maksudnya: Barangsiapa menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan melorongkan baginya jalan ke syurga.


Ayuh, kita gunakan masa muda ini untuk merebut segala ilmu yang bermanfaat. Mempelajari kemahiran yang dapat membantu menaikkan martabat Islam di mata dunia. Menggunakan masa gagah ini untuk beribadat dan berjalan demi sebuah kalimah dakwah.

 

Muda, tidak semestinya akan hidup sehingga tua.

 

Muda. Tidak semestinya akan hidup lama lagi. Mungkin tua kita adalah di masa muda. Maka, marilah kita gunakan setiap kesempatan ini tanpa bertangguh. Barangkali hari ini adalah hari terakhir buat kita. Sentiasalah kita tanamkan agar kita mahukan hidup ini berakhir dengan suatu yang indah di sisi Allah. Justeru, penuhilah hidup kita dengan kebaikan dan amal, kerana siapa tahu Izrael begitu hampir untuk menjemput kita.

 

 

Panjang pula nampaknya. Hehe.

 

Akhir kata, yang baik itu datang dari Allah swt, dan yang buruk itu disandarkan atas kelemahan saya. Moga-moga perkongsian tadi dapat memanfaatkan dan menjadi turning point untuk kita semua pada hari ini. Sukalah saya mengakhiri tazkirah ini dengan sebuah ayat yang bercerita tentang golongan yang terkorban di jalan Allah.

 


Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

[Al Baqarah: 154]

 

Wa aquli qauli haza wa astaghfirullah hal ‘azim li walakum, walisanil mujrmin na wal muslimin.

Wabillah hi taufiq wal hidayah.

Wassalamualaikum wbt.

Advertisements

6 responses to this post.

  1. Posted by tOPeQ on April 30, 2009 at 8:29 pm

    insyAllah… jemput mai blog aku pulak.. Aku lak bsmangat balik tgok blog2 hgpa nie.. > http://www.emtiwai.blogspot.com <

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on April 30, 2009 at 9:18 pm

    tu dia… mabruk2! mai sama-sama menyebarkan Islam dari pena blogging.

    Reply

  3. Assalamualaikum, betapa indahnya tazkirah di pagi jumaat ini…izinkan hamba linkkan posting ini di dalam posting hamba bertajuk Falsafah Labu Air…Silalah melawat blog hamba yang sempoi…

    Reply

  4. Posted by hamstermenulis on May 1, 2009 at 4:25 am

    ws wbt. silakan, alhamdulillah kalau perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama 🙂

    Reply

  5. Posted by Algi on April 19, 2012 at 6:54 am

    Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh
    Bolehkah saya minta photo diatas sebagai penyemangat generasi muda Islam 🙂

    Reply

  6. Subhanallah tazkirah Jum’atnya 🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: