Sudah Tentu Anda Semua Emo

Assalamualaikum wbt.

Lama betul tak menulis. Rasa macam dah hilang pace.

Memang lama betul jeda kali ni. Tak menyempat. Kebelakangan ni pula, aku makin cepat penat. Dulu, tidur 4 jam pun segar aja  alhamdulillah. Sekarang kalau tak 6 jam, memang payah.

Boleh jadi juga faktor SSC ini. Kerana aku buat lab-based. Where you deal with the tiniest amount of volume, hours of waiting, loads of writing. Jadi, kalau tidur tak cukup, memang menguap sajalah nanti. Alhamdulillah, research Glucose Uptake & Utilisation In Metabolically Restricted Neuroblastoma ini tinggal lagi 2 minggu. It has nearly come to its frution insyaAllah. Barulah aku merasa buat immunofluorescence, Western Blot, guna Confocal dan sebagainya.

Every week aku juga berpeluang tengok researchers membedah ibu tikus untuk embrionya bagi mendapatkan primary cell lines. Tahu tak, fetus tikus nampak sama macam embrio manusia in its early stage, dan posisinya juga sama. Meringkuk. Anak tikus unik, sebab apabila lahir, ia tak perlu menyusu, kerana ada kantung susu ibu dalam perutnya. Dan satu ibu tikus melahirkan 9-15 anak pada satu masa. Haa… manalah tikus ni tak bersepah. Manusia lahir sekali sorang, diaorang 15 ekor.

https://i0.wp.com/www.biology-blog.com/images/blogs/8-2006/knockout-mouse-embryo-12401.jpg

Pendek kata, sepanjang 6 minggu ni, aku telah nampak, bahawa lab research memang bukan untuk aku. Buat sekali, interesting lah kot. Sebab apabila kita belajar medicine dan biasa dengan doctor’s mentality, kita ada tendency untuk get the best result as immediate as possible. Selalu nak ambil satu keputusan yang cepat hasilnya. Yalah, nyawa manusia, takkan nak delay-delay pula. Tapi tidak bagi seorang researcher, semuanya memerlukan kesabaran dan ulangan. Tidak ada jalan pantas. Nak patenkan satu ubat ambil masa sampai 20 tahun kadang-kadang. Bayangkan satu research PhD ambil masa 3 tahun. Tapi semuanya terubat apabila cell yang kita ‘kerjakan’ sepanjang eksperimen itu dapat dilihat melalui pelbagai imaging technique, yang membuatkan cell sekecil-kecil alam itu nampak lebih besar dari muka kita sendiri.

Phew…enough on my research.

Terlalu banyak event yang ingin dicoretkan di sini. MasyaAllah, hebat betul budak-budak zaman sekarang buat program. Dari Approaching Quranic Course (kudos to Safwan), Wonderful Photography Outing, Cuisine Fusion Extravaganza, Dublin Race Challenge, Futsal Frenzy (sorry tak dapat datang), IMAM Symposium (kudos to IMAM UK’s comrades), Prof Amaluddin Roadshow to Galway and Cork, Isoc IOI, Clinical Case Competition (kudos to Hazi & others), Seminar Ibadah Pesakit Cork sehinggalah Viva Palestina (kudos to Ustaz Erfino dan Ustaz Irfan). Banyak sangat sampai aku bingung nak pilih yang mana untuk dikongsikan. Satu bulan yang penuh dengan manfaat dan ilmu yang berguna.

SUDAH TENTU ANDA SEMUA EMO

Esok pilihanraya. Aku sangat mengharapkan yang terbaik untuk Islam. Biarlah yang hak mendapat undi mutlak. Kerana aku sudah jelak dengan undang-undang manusia. Kalaulah anda semua tahu apa yang telah terjadi pada aku dan rakan-rakan dek undang-undang manusia ini, sudah tentu anda semua emo. Kadang-kadang perkara ini buat aku tertekan dan malas nak fikir. Rasa macam nak shut down otak sebentar dan tidur. Lari dari masalah. Tetapi ia menguatkan kami apabila kami terkenangkan, sudah sememangnya fitrah perjuangan; ditekan apabila berjuang untuk Islam. Ingat cerita Khabab Ibn Al Arat dan Bilal? Apa sangatlah tekanan yang aku hadapi sekarang. Macam taugeh je kalau nak dibandingkan dengan kesusahan sahabat nabi. Tapi apa yang pasti, ia membuatkan kami lebih kuat berharap pada Rabbi, sebab hanya Dia yang boleh mengubah sesuatu yang sudah jadi tidak logik kepada logik. Tidak wujud istilah logik untuk Allah swt bukan? Kun Fayakun.

Prof Amaluddin kata…

Masih aku ingat lagi soalan aku pada Prof.

“Prof, I have heard you talking about this An Nur Medical City plan for more than 6 times already, and it has never fail to impress me. You and Prof Latif said this is what you guys planned 20 years back in usrah. How did your usrah stay for that long, and the bond grows stronger?”

Lepas tu Prof pun kata, “Kita kena ingat, dengan usrahlah kita nak masuk syurga. Sebab apa? Sebab usrah ni lah tempat kita bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Usrah is stronger than blood ties.”

Kemudian Prof cerita elemen yang perlu ada dalam usrah, satu daripadanya; cerita masalah. Panjang lagi elaboration Prof tapi setakat ini sajalah dulu.

Sepanjang aku mengendalikan slot Prof di Cork dan Galway, banyak yang aku pelajari. Sampaikan apabila aku nak balik Dublin dan Prof nak berangkat balik ke Malaysia, sedih pula aku. Sebab dah 2 hari diinject dengan nasihat dan pengalaman yang berguna. Sekali kena balik Dublin repeat experiment. Tidak ada lagi suntikan motivasi. Kini perlu mendepani aplikasi.

Tadi aku sambung baca sebuah buku karya Dr Yusuf Al Qardawi. Nantilah aku revealkan buku apa tu. But kudos to Shamsir sebab kasi soft copy. Moga-moga dengan pembacaan, pertapaan (hehe. bertapa minum ayaq panaih sambil baca buku) dan pertanyaan kepada mereka yang arif, aku harap pembacaan ini dapat aku sebarkan isi dan ibrahnya kepada rakan-rakan dan adik-adik. InsyaAllah.

Tiba-tiba teringat lagu Ramli Sarip ni. Peringatan buatku. Semegah mana orang memandang sesuatu usaha, setinggi mana penghormatan orang kepada kita, berbaliklah pada yang sebuah tanya. Adakah ini kerana nama? Atau purely kerana Dia.

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Wallahu’alam

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by wadialhana on April 7, 2009 at 5:14 am

    Assalamualaikum teman..lama rasanya cek tunggu hasil nukilan teman.yelah,masing2 dah sibuk,hanya coretan blog menjadi tempat pertemuan..(aiseh,berpuitis pulak)

    Suke part usrah Prof Amaludin.apa yang Prof cakap tu sama mcm apa As-syahid Hassan al Banna buat.Usrah tak kuat ikatannya kalau buat sekadar nak menghabiskan silibus ke,nak cepat2 dari orang ke.tapi makna usrah sebenarnya lain.Kita jumpa2 nak berbincang masalah sahabat,masalah umat Islam etc.haih,saya masih rindu usrah di Dublin.

    Pilihanraya buat cek ketaq gak.hehe,tapi cek kat mesia ni mmg MERIAH! cek ada pi turun ke sana!! best sangat bila tgk depan mata sendiri.

    insyaAllah,sama2 doa moga Islam jua tertegak di PERAK!

    salam rindu buat temah2 seperjuangan kat sana:Anies,Diela,Mardiana dan Hazirah.Salam ukhuwwah terus berputik mekarnya,ameen!

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on April 7, 2009 at 8:49 pm

    Waalaikum salam Jannah!

    Haih dah cakap Peghak dah ha kome ye. Hehe, apakan daya teman. Asyik busy memanjang dua tiga menjak ni. Tapi dah reda sikit sekarang ni.

    Hehe. Tau tak, Prof Amal tanya.”Where is Jannah dengan Tuan Farhan ya? Dulu selalu email saya untuk sympo. I tak nampak dia dekat sympo pun?”
    Hehe. Kita bagitaula korang dah balik pmc. Tapi teringat pulak salah paham tu. huang3 lawak2.

    waaaa…korang turun ke? gila lah! seronoknya!!!!!! tapi takpa, menang kan? alhamdulillah:D hehee

    Salam rindu untuk korang semua di sana!!!!

    Reply

  3. Posted by wadialhana on April 8, 2009 at 4:47 am

    aiyak…Prof Amal ni!!! Tahniah anies!cek tumpang gembira untuk Bukit Gantang ampa!

    Mestilah tughun!ni baru medan sebenar anies..macam2 cek belajo

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: