Saya Tulis, Saya Padam

Assalamualaikum wbt.

[11.JPG]

Tadi jengah sebentar ke website GAMIS. MasyaAllah, hebat betul. Mereka lebih berani dan sangat terkehadapan. Boleh berpidato di hadapan rapat umum tak ubah gaya seorang tokoh hebat. Berani menulis dengan karya-karya yang membakar semangat mahasiswa. Baru betul dengan apa yang Prof Khoo Kay Kim kata, kehebatan mahasiswa ini, adalah mereka mampu mengubah masyarakat.

Ini apa yang saya tulis di Hamster Menulis ni? Aduh. Jauh beza dengan pimpinan GAMIS. Semoga suatu hari, saya juga mampu menulis sedemikian rupa insyaAllah.

Saya tulis, saya padam.

Ada satu perkara yang dari semalam saya cuba tulis. Saya tulis, saya padam. Saya tulis, saya save sebagai draft. Alah, susah betul. Sekarang sekali lagi saya tak mampu teruskan tulisan saya.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman”[Ali Imran : 139]

Benarlah wanita ini 1 akalnya, 9 nafsunya. Kadang-kadang kerana ikutkan sangat hati dan perasaan, wanita boleh hilang rasionalnya. Saya tak tulis ini spesifik pada siapa. Saya tahu wanita memang begini. Boleh jadi, saya pun boleh jadi begini.

Mau saja saya cakap pada wanita-wanita yang terlalu mengikutkan sangat mood, hati, perasaannya ini.

Kita yang govern mood kita, hati kita, perasaan kita. Kenapa nak biar saja mood kita kawal diri dan tindak tanduk kita? Kadang-kadang kita diperbodohkan mood kita sendiri. Cuba kita fikir, apa yang kita buat bila kita moody? Kalau baca Quran, alhamdulillah. Tapi, kebanyakan perkara yang kita buat masa moody adalah perkara yang syaitan bertepuk tangan. Perkara yang sahabat kita terasa hati atau mungkin susah hati. Sahabat kita tertanya-tanya, berusaha buat kita gembira. Kita sedar pun tidak. Bila moody, semua orang salah, semua orang tak cuba faham kita. Aduhai. Mungkin saja orang melayan moody ni sebab nampak tak serius, walaupun boleh jadi ia simptom Bipolar Disorder. Ada yang menyalahkan hormon. Payah juga begini, setiap bulan pun kita nak moody? Ada juga yang bagitau, “Eh, susahlah. Aku tengah diet. Mood memang low.”. Kalau beginilah kesan diet, baik rentikan saja diet ni. Kalau kerana tak makan, hari-hari mood swing. Kalau kerana anda mau ramping, semua orang menerima kesannya.

https://i0.wp.com/teplovozik.biz/images/8/c/c/diet.6.jpg

Saya sendiri tak pasti, tapi sepanjang membaca sirah nabi, belum pernah saya jumpa cerita Rasulullah atau sahabat moody. Adakah ini berkaitan dengan iman kita yang senipis kulit bawang? Mungkin. Atau mungkin cara kita menangani hati bukan dengan cara fitrah? Satu ketika Saidatina Fatimah ra. bertemu Rasulullah saw selepas mengadu kepada suaminya, Saidina Ali Karamallahu Wajhah. Fatimah ra terlalu penat menguruskan rumah dan tangannya sakit kerana menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali mengesyorkan Fatimah berjumpa ayahandanya yang baru pulang dari perang dan membawa pulang tawanan. Lalu, Fatimah memohon kepada ayahnya seorang khadam untuk membantunya.

Rasulullah saw pergi menemui anak dan menantunya lalu berkata,

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan pekara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku?Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,

bertasbihlah Subhaanallaah 33kali,

bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali

dan bertakbir Allaahuakbar 33kali.

Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam”

Semua orang pasti ada masalah masing-masing. Namun, sekiranya kita tidak mampu menanganinya sendirian, libatkanlah orang lain secara profesional, iaitu berkongsi masalah. Janganlah libatkan tak tentu pasal dengan off mood dan buat muka. Zalim bagi orang lain yang tidak tahu punca.

Satu terapi kalau kita benar-benar sedang sedih, berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah swt mohon ditenteramkan jiwa. Specialnya orang Islam adalah, formula y = xm + c tidak valid. Kita tidak tertakluk pada  bercakap pada formula itu semata-mata. Allah boleh merubah semuanya dengan hanya lafaz Kun Fayakun. Apakata kita cuba berbicara dengan Allah swt di malam hari, tatkala tiada siapa pun mendengar. Ataupun kita cuba bercerita pada seseorang. Ataupun kita cuba menggembirakan orang lain, di saat kita tertekan. Kerana melihat orang lain gembira, boleh merawat kesedihan kita barangkali. Saya sendiri bukan kaunselor, maka saya bukanlah orang yang profesional untuk menasihati perkara ini. Tetapi bagi setiap permasalahan kita, adalah lebih baik kita kembali ke Al Quran dan As Sunnah. InsyaAllah ada jawapannya 🙂

“…cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” [At Taubah: 129]

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’’ [Surah Al-Baqarah: 45]

“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Surah Yusuf: 87]


Wallahu’alam.


Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by safiah on May 15, 2009 at 3:43 pm

    ASsalamualaikum wbt..

    rileks, jangan stress2 😀

    biasalah wanita, kadang2 ada masa mood tak berapa baik. Itupun memang fitrah. Cuma cara nak kawal mood kita tu supaya tak terlalu ‘takde mood’ tu penting.

    kita ‘takde mood ‘sbb banyak benda. Dan kita jadi ‘takde mood’ tu sebagai cara kita luah perasaan kita. Ada orang ‘takde mood’ dengan cara marah2, ada orang ‘takde mood’ dengan cara menangis, ada orang ‘takde mood’ dengan cara senyapkan diri dll.

    apa2pun, bila kita takde mood, kita kena kawal diri supaya kita tak libatkan orang2 disekeliling kita yang tak bersalah. Sbb mereka memang TIDAK BERSALAH. Dek kerana marahkan Dr di hospital, roomate yangmenjadi mangsa kita lepaskan geram..unfair kan??.. hehe

    Dan jika sahabat kita takde mood, kita juga perlu doakan dia dan banyakkan bersabar dengan karenahnya.

    Oleh itu, kepada sesiapa yang takde mood, cari lah balik mood anda 🙂

    Reply

  2. Posted by hamstermenulis on May 17, 2009 at 8:06 am

    Ws wbt. Cik Safiah.

    Apa habaq ECG? Sudah hapal bifid P Wave apa dia? hehehe. 🙂

    mood management. mgkn sepenting time management. kalau time management rosak, kerja lari. ni kalau mood management rosak, tanak buat kerja langsung. lagi parah kan.

    Takpa lah, mggu depan ko sudah mau buat rotation baru… Hehe. Mgkn this is a better one.

    Tiba2 minggu ni, begitu determined, aku nak jadi doktor kelinit saja. Tak mau kerja hospital lah. Macam ceria ja kerja kelinit. Doktor2 yang hang describe semuanya membuatkan masa depan begitu tidak menarik untuk aku bayangkan. Huhu.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: