Bertuturlah Cinta

Assalamualaikum wbt.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk berjiwang-jiwangan di sini πŸ˜€ Watched the trailer and tried to look up for the lyric and found that the meaning is deep. Again, lagu Indon lagi. Apa sudah jadi sama lagu Melayu saya pun tak tahulah, asyik nyanyi lagu cintan saja. Bola-bola api lah. Duhhh. Mengaghut.

Kadang-kadang saya terfikir, manusia selalu kata sukar untuk mengingati Allah swt kerana kita tak nampak Allah. Bila kita sayangkan seseorang, be it ibu ayah, pasangan hidup, anak-anak hatta kawan-kawan sekalipun, perasaan sayang itu kuat kerana mukanya dapat dibayang. Tetapi begitulah manusia, dangkalnya kita sebab kita tak ‘nampak’ apa yang kita ada depan mata kita. Adanya kita di atas muka bumi ini, adanya ibu bapa dan keluarga sebagai penyejuk mata kita, adanya harta dan kesenangan yang buat hati kita senang, adalah kerana cintaNya pada kita. Cinta dengan kurniaan tidak terhingga. Rahmat dan kasih sayangnya. Sebutlah lagi, apa lagi kata-kata cinta yang tiada pada kasih Allah pada kita. Cinta, kasih sayang, perhatian. Siapa yang dapat menandingi kasih sayang Allah swt, buat salah apa pun pasti akan diampunkan, bila kita bertaubat nasuha. Siapa yang dapat mengatasi cinta Allah swt, minta apa jua akan dikabulkan. Siapa dapat persoalkan, setiap apa yang dikurniakan atau ditetapkan pada setiap hambaNya, diselitkan hikmah dan ganjaran untuk setiap satunya hatta sekecil zarah. Memang kasih sayang Allah adalah Maha Cinta.

Roomate saya kata novel ni sangat best. Lebih realistik daripada Ayat Ayat Cinta. Dan dugaan yang ditimpakan ke atas Abdullah ini membuatkan saya sangat teringin untuk membacanya walaupun kalau combine dua buku, mukasuratnya 800 lebih. Waduh, kalau tak best, memang lah kan. It’s such a rare occassion that I wanted to read a fiction book. And the good thing is the producer or someboy in the film insisted that main muslimah casts in this film are those who wear jilbab. Bukan sekadar dalam filem.

Bila saya baca lirik ni, ada part tersenyum jugalah. Sebab berbunyi klinikal di situ. Hehehe.


Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu (regular pulse?)
Kembang kempis dadaku (Barrel chest?) merangkai butir cinta
Garis tangan (Palmar creases pallor) tergambar tak bisa aku menentang
or maybe it was just me who was into the notes so much.

Ψ°Ϊ©Ψ±Ψ§Ω„Ω„Ω‡ by ukhti27.

(kudos to this picture owner)

I can’t say more, but the lyric is deep and beyond compare. MasyaAllah.

KETIKA CINTA BERTASBIH

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Back to [*][**]
Back to [**]

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

“Therefore remember Me, I will remember you… “

Al Baqarah 152.

Wallahu’alam

Advertisements

6 responses to this post.

  1. Posted by hafni on May 30, 2009 at 9:31 am

    betul2, sangat suka lagu ni kalau compare dengan ayat2 cinta sebab lirik die lebih bermakna..
    =) tak sabar nak tunggu cerita die keluar..
    i agree with your friend anis, coz kite dah baca novel KCB, and kalau compare dengan AAC, KCB lagi best..hehe

    Reply

  2. Posted by wadialhana on June 2, 2009 at 1:54 pm

    entry yang membuat saya terus click nak baca!! aha,pernah dengar pasal buku ni jugak!

    πŸ™‚ ps:cepat2 la balik sini.PMC tour k?

    Reply

  3. Posted by hamstermenulis on June 3, 2009 at 4:59 am

    hafni: konpem, awak ni sure dah baca semua kan? haha. this year tatau la sempat tak datang UM, sbb kita buat attachment in ipoh 3 weeks then dah dekat puasa. maybe jumpa balik hari je kot kalau smpt. exam awak bila? fulamak, final yr dah awak πŸ™‚

    jannah: hahaha. tau bakat jiwang dalam penulisan, jannah lebih expert dari kita. muehehe teringat myPod. kami kat sini mmg dah countdown sokmo. hangat hati balik lmbt ni. hehehe

    Reply

  4. assalamu’alaikum.. nak minta kebenaran utk amek post pasal solat jiwa tuan tu bley x? huhu. Berkongsi-kongsi ilmu. Harap dapat kebenaran…

    Reply

  5. Posted by hamstermenulis on August 5, 2009 at 11:18 am

    ws wbt. owh, sudah tentu buleh πŸ™‚ jzkk kerana sudi ziarah

    Reply

  6. Posted by Qisya on February 17, 2010 at 7:53 am

    boleh tahan jugak ek lagu ni…… belum tengok lagi filem nyer keluar…. rasanya nak tengok di pawagam mesti banyak orng.. nak beli tiket dah habvis…. adyuhai mcm mane ni

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: