Archive for June, 2009

‘Idiopathic’ Polydipsia

Assalamualaikum wbt.

(dah lewat dan saya belum baca buku!)

Kadang-kadang, saya ada satu tabiat sebelum tidur, iaitu MINUM BANYAK-BANYAK. Mungkin nampak sungguh tidak sihat dari segi medikalnya kerana anda boleh present dengan simptom Nocturia. Hehe. Tapi ada sebab yang saya ingin kongsikan kenapa saya buat demikian. Kenapa ya?

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

http://chinhuatw.files.wordpress.com/2008/02/devil.gif

Dalam beberapa pembacaan diceritakan pada ketika ini, manusia akan merasa sangat dahaga. Dan pada ketika ini, syaitan laknatullah datang menyerupai orang yang kita sayang dan mengumbang ambingkan iman kita. Nauzubillah… Dan pada saat yang begitu perit ini, tatkala manusia merasa sangat dahaga, dahaga yang amat sangat kerana sakitnya sakaratul maut itu. Ini pernah diriwayatkan oleh Abu Zakaria.

Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : “Aku tidak akan mengucapkannya”. Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : “Adakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku” Mereka menjawab : “Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua kali”. Kali ketiga engkau mengatakan : “Aku tidak mengucapkannya”. Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan mangkuk. Ia berkata kepadaku : “Apakah engkau memerlukan air” Lalu saya berkata : “Ya memang”. Seterusnya iblis berkata : “Katakanlah bahawa Isa anak Allah”. Maka saya berpaling dari arahnya. Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali. Kemudian dia berkata lagi : “Katakanlah, tidak ada tuhan”. Lalu aku mengatakan : “Aku tak akan mengatakannya”. Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan. Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : “Aku tidak akan mengikuti kamu semua”.

Haa…sebenarnya sebab itulah saya minum air banyak-banyak. Sebab takut ditakdirkan Allah taala, saya meninggal ketika tidur, at least saya tak dahaga. Aduhai, dah lama juga saya buat tabiat ini, ni tadi sebelum menaip baru bercadang nak pergi minum. Mungkin di usia kanak-kanak, pemikiran itu sungguh innocent. Tetapi apabila usia makin menjangkau maut, apabila hidup kian menjengah kubur, saya sedar sekadar minum air banyak-banyak sebelum tidur tidak cukup untuk menepis godaan syaitan dan mati dalam iman. Berada di dalam medicine line telah menginsafkan saya maut bukan calang-calang sakitnya yang boleh dipadamkan dengan persediaan 2 gelas air. Jadi apa persiapan yang wajar?

Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” .

It is not quench your thirst before you sleep, but it is iman that needs to be fortified.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Picture 1

Picture 2

Amalan Dzikir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebelum Tidur

Dzikir Sebelum Tidur

Maksudnya: ” Apabila Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu ditiupkan dan dibacakan Qulhuwallahu ahad (surah al Ikhlas), Qul a’u zubirabbil falaq (surah Al-Alaq) dan Qul a ‘u zubirabbinnas (surah An Nas), kemudian dengan kedua tapak tangannya, baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 1

Doa-Sebelum-Tidur

“Dengan nama-MU ya Allah, aku mati dan hidup” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 2

Doa Sebelum Tidur 2

Maksudnya:” Ya Allah, dengan Nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya), maka berilah rahmat kepadanya, dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Riwayat Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan An Nasa’i)

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya, dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)”. (Riwayat Abu Daud & At Tirmizi)

Banyak lagi sebenarnya perisai Muslim. Yang ini hanyalah doa semasa solat dan sebelum tidur.

Iman tidak teguh kalau hanya mekar sebelum tidur.

(should I get my sip eh nope, glasses of water. dapur sudah gelap)

Wallahu’alam