Saya tahu.

Assalamualaikum wbt.

This is totally random.

I came across this. Kalau boleh diMelayukan,

Sebolehnya semua tuan rumah mahukan orang duduki rumahnya dengan harga paling tinggi. Walau rumahnya biasa-biasa saja. Walaupun mungkin rumahnya memang patut dibayar harga yang tinggi.

Tetapi, pada suatu hari yang indah. Suatu hari yang ditakdirkan Allah, dalam episod pencarian rumah di sini, sesuatu yang luar biasa datang kepada saya.

Saya bertemukan seorang tuan rumah.

“Rumah saya biasa saja. Ada ruang tamu, bilik tidur, bilik air, dapur dan perabot yang sederhana. Rumah saya biasa saja. Saya seperti landlord yang lain, mengharapkan tenant saya bayar mahal, tetapi kalau tenant saya datang dengan harga biasa, apakan daya, saya tidak kisah. Saya tahu, rumah saya biasa saja. Apa yang saya harap dari rumah saya yang biasa ini, penghuninya gembira dan berkasih sayang di dalamnya. Saya tahu, rumah saya biasa saja. Saya mahu rumah ini memberi faedah kepada orang lain. Saya tahu, rumah saya biasa saja, dan saya serahkan semua itu kepada Tuhan.”

MasyaAllah. Indahnya perasaan itu.

Advertisements

Soal Komitmen.

Assalamualaikum wbt.

Tak tahu nak menulis apa. Presiden saya suruh menulis tentang isu Perak tapi saya nak tunggu dahulu MB saya menghadap Sultan Perak dan apa perkembangan Dewan Undangan Negeri. Nanti baru banyak boleh dituliskan. But, clearly I am happy alhamdulillah 🙂

Tadi sementara menunggu Safiah pulang dari Hospital Mater, saya ke library pulang 2 buku. Asalnya buku itu dipinjam dengan hasrat mengulang kaji Immunology dan mempelajari Surgery in advanced untuk kelas tahun depan. Tapi, akhirnya episod buku itu berakhir dengan denda €6 kerana lewat pulang. Paling malang, buku itu tidak terselak pun. Buku-buku lain yang dibaca. Kalau dilihat dari spektrum Bussiness, rugi besar. Dahlah pinjam tak baca, siap kena denda lagi. Mungkin sesuai sekali dengan frasa kegemaran kaum India “Podacit”.

Tapi saya tidaklah begitu terkejut sangat. Bab buku ni…Haih.

Jarang sekali saya dapat menghabiskan sebuah buku melainkan buku itu sangat bagus dan engaging. Very few I have completed in my life. Selalunya tahan suku saja, kalau fiction, jalan ceritanya kalau dapat diagak, berhenti saja di situ. Kalau buku non fiction pula, selalu habis tapi bermusim, sekali baca 100 muka, berhenti sebulan, sambung lagi 100 muka. Bak kata Aizaan, kurang perseverance. Boleh jugalah katakan tiada stamina dalam aktiviti membaca. Kalau ditanya, apa perkara yang paling saya tidak boleh beri komitmen, membaca bukulah jawapannya. Tetapi berbeza dengan artikel. Saya adalah pembaca setia artikel.

Hughes & Hughes.

Hasrat kami adalah hendak melawat Kak Jijah dan putera sulungnya. Kononnya nak bagi kejutan. Akhirnya kami yang mendapat kejutan. Kak Jijah dan bayinya dah pun pulang pagi tadi. Huhu. Mungkin lain hari saja kami bertandang ke rumahnya.

Tadi saya juga berkesempatan mengisi masa dengan salah satu hobi saya, “Melihat buku-buku di kedai buku.” Wujud ke ya hobi sebegitu. Dan kali ini di Hughes & Hughes. Sebenarnya sampai sekarang pun saya masih kurang pasti cara sebutan dan makhrajnya yang tepat.

Dan sebab saya kurang minat fiction, saya selalunya tengok saja apa buku top 10 best selling, kemudian terus ke rak non-fiction. World Affairs selalunya, ataupun Bargain Books. Kalau sudah bosan, nanti semua rak pun boleh saya teliti.

Jadi antara yang saya sempat baca sinopsisnya.

1. Legacy of Ashes.

http://nusantaranews.files.wordpress.com/2008/12/legacy_cia.gif

Buku ini bercerita tentang satu badan perisikan yang digeruni dunia tetapi sebenarnya indah khabar dari rupa. CIA juga dikenali sebagai Can’t Identify Anything oleh agen-agen yang sudah bergelumang dalam bidang perisikan kerana terlalu tinggi failure rate nya dalam menyelesaikan satu misi.

2. The Age of the Unthinkable: Why the New World Disorder Constantly Surprises Us And What We Can Do About It

https://i2.wp.com/www.littlebrown.co.uk/assets/images/EAN/Large/9781408700587.jpg

Buku ini bercerita tentang bagaimana dunia menjadi semakin kompleks dan bagaimana penulisnya interweave pelbagai aspek dalam menjangkakan dunia pada masa akan datang. Inherent unpredictability, extensive possibilities. Dunia mungkin tidak seperti 1+1=2 pada masa akan datang, mungkin.

3. Leaving Microsoft To Change The World.

https://i2.wp.com/www.ventureroadtrip.com/Venture_Road_Trip/blog/Entries/2008/5/21_Leaving_Microsoft_to_change_the_world_files/Leaving%20Microsoft%20to%20Change%20the%20World.jpg

Buku ini bercerita bagaimana seorang pegawai tinggi Microsoft mengambil keputusan untuk meninggalkan chip dan kerusi empuknya. John Wood, keluar dari zon selesanya ke dunia yang lebih besar dan mencabar iaitu ke Negara Dunia Ketiga. Berbekalkan pengalaman di sebuah syarikat paling berpengaruh di dunia, beliau mengasaskan Room To Read untuk memperjuangkan pendidikan asas bagi rakyat miskin.

4. The End Of Food.

http://urwhatueat.files.wordpress.com/2008/08/end-of-food1.jpg

Bercerita tentang krisis makanan dan hunger issues yang menjadi isu sedunia kini. Tak baca sangat sinopsisnya, ke sebab bukunya nampak tak engaging. Jagung pun jagung tak masak. Hehe. Tapi buat peringatan kepada diri saya sendiri, Nabi saw berpesan, kecukupan itu diperoleh dengan makan bersama.

“Makanlah berjama’ah dan jangan bercerai-berai, sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang”.

“Sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 895)

5. The Machine That Changed The World

https://i2.wp.com/ecx.images-amazon.com/images/I/51iwgTZVW0L._SL500_.jpg

Sebuah buku pernah diterbitkan dengan tajuk yang sama pada tahun 1990 an dan ketika itu hanya Toyota dan beberapa syarikat automotif Jepun yang menggunakan prinsip Lean Production atau Lean Manufacturing ini. Disebabkan tiada solid proof tentang keberkesanan idea ini, maka tidak ramai yang percaya dengannya. Tetapi inilah yang mendorong Toyota dari sebuah syarikat kecil menjadi syarikat automotif terbesar di dunia kini. Lean Production ataupun lebih terkenal dengan istilah Lean sahaja, merupakan a refined version of some established efficiency effort, namely Fordism, tolak ianya belajar dari kesilapan dan kelemahan konsep terdahulu.

Apa itu Lean Production?

6. The 3 Trillion Dollar War

https://i1.wp.com/www.markgerber.com/images/books/three_trillion_dollar_war.jpg

Buku ini bercerita bagaimana Invasion of Iraq adalah salah satu kesilapan terbesar yang dilakukan oleh United States of America, namely George Bush. Bagaimana akhirnya ia menyumbang kepada kerugian $ 3 trillion dan mengheret USA dengan hutang bank dan interest rate yang melangit. Kini, USA tenat dalam krisis ekonominya, menggunakan prinsip wang atas angin dan mengheret negara mereka sendiri ke dalam ‘Black Hole’. For all these while, Barrack Obama dan John Mc Cain beria-ia bersaing, adalah untuk menanggung hutang di atas kederat mereka. Kesian.

7. Khomeini’s Ghost.

https://i2.wp.com/images.barnesandnoble.com/images/35470000/35470428.JPG

Buku ini bercerita bagaimana seorang anak muda dari sebuah kampung menjadi salah seorang tokoh agama yang paling berpengaruh abad ini dalam revolusi paling meninggalkan kesan sehingga kini. Bagaimana kepulangan beliau dari buangan akhirnya mencetuskan Revolusi Iran yang sedikit sebanyak menggandakan momentum kebangkitan Islam di pelbagai tempat.

8. The Men Who Stare At Goats.

https://i0.wp.com/ecx.images-amazon.com/images/I/41TYq6ER5HL._SL500_AA240_.jpg

Erm, tak silap saya buku ini bercerita tentang askar-askar US dalam penjara di Timur Tengah. Ada sesuatu yang menyebabkan mereka tiba-tiba terikut budaya dan kepercayaan Timur Tengah. Apa dia, haa..itu yang kita tak tahu. Saya baru tahu tadi, siap ada movie pasal buku ini.

9. Brilliant Meetings.

https://i1.wp.com/images.pearsoned-ema.com/jpeg/large/9780273721826.jpg

Buku ini menerangkan basics of the basics. Kerana kadang-kadang kita sudah menjadi terlalu kompleks, ‘korporat’ ataupun mungkin mahukan semua menjadi singkat sampai pelbagai asas kita abaikan. Bagaimana langkah-langkah meeting yang baik. Bagaimana mengekalkan momentum. Sebagai ahli mesyuarat apa yang perlu dilakarkan dalam kepala sebelum, semasa dan selepas mesyuarat. Percaya atau tidak, begitu banyak meeting yang sebenarnya jatuh dalam kategori ‘Tidak Perlu’ atau ‘Tidak Efisien Sehingga Perlu Buat Meeting Lain Yang Sebenarnya Pada Awalnya Tidak Perlu’.

10. Affluenza.

https://i0.wp.com/3.bp.blogspot.com/_gv8dNEyADnk/Scg_rLWMADI/AAAAAAAAAc0/nZEDsK3ufZ4/s400/Affluenza+book.jpg

Ini sudah setahun kot semenjak saya nampak di rak top 10 best selling. Tetapi juga tidak baca sehingga saat ini. Ia adalah satu terma yang digunakan oleh consumerism critics. Kalau orang Melayu kata, perasaan tak pernah cukup. Habit ini akhirnya, berdasarkan beberapa tesis telah membuktikan material inequality -> unequal society -> more unhappy citizen -> mental disorders and stress. Well, let’s ‘downshifting‘ then. Wasatiah!

1. The bloated, sluggish and unfulfilled feeling that results from efforts to keep up with the Joneses.
2. An epidemic of stress, overwork, waste and indebtedness caused by the pursuit of the American Dream.
3. An unsustainable addiction to economic growth

Cuti tinggal lagi 6 hari. Sebulan setengah di makmal. Sebulan cuti. This is a desperate urge to revise my clinical. I should embrace what is uttered to me, 5 times per day. Albeit figuratively sebab tak dengar azan di sini.

Hayya ‘alal-falah.

“Come To Success”

Wallahu’alam.

Buatmu Sahabat

Assalamualaikum wbt.

Coretan ini khas buat Jannah, Dayah, Adila, Hazirah, Safiah, Mar, Hazi, Kak Amirah. 🙂 maaf tak pandai berpuitis.

http://silir2angin.files.wordpress.com/2009/03/friends-hug.jpg

Tidak pernahku sangka apa yang akan menembus keras hatiku adalah sebuah persahabatan,

Yang dimulai pada sebuah bulatan,
Yang dienjak melalui bibit perkenalan,
Yang dipasakkan dalamnya Islam dan kefahaman.
Yang diteguhkan dengan masalah dan perkongsian,

Benar-benar siapa menyangka,
Persahabatan dari manusia yang berbeza latar belakangnya,
Telah membentuk setiakawan yang luar biasa.

Kerana apa sahabat?
Kita bertemu di dalam penat,
Dan kita menjadi teguh di masa tenat.
Bukan hadiah dan tawa yang menyumbang kepada rapat,
Tetapi keihklasan dan ukhwah serta kemurnian sifat.

Kini, semua kita di landasan sendiri,
Membawa haluan dan mendepani tribulasi,
Tapi air mata tetap tumpah membasahi,
Bila namamu disebut di depan diri ini.

Salam rindu,

Anis.

Bila Hukum Manusia Bukan Penyelesaiannya

Assalamualaikum wbt.

Inilah salah satu punca mengapa muslimat overseas transform dari beg tangan ke beg galas apabila pulang ke Malaysia. Bukan less feminine atau more tawadu’ (kalau ya, alhamdulillah 🙂 ). Tetapi kerana inilah. Ya Allah…

It seems that this quotation by James F. Bymes doesn’t seem relevant in few circumstances, namely here.

Too many people are thinking of security instead of opportunity; they seem more afraid of life than of death.

Kejamnya peragut

Anggota polis memeriksa mayat Saripah Mohd. Noor yang dirempuh kereta selepas dia diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.


Sehari selepas seorang wanita hamil maut dalam satu kes ragut di Johor, negara dikejutkan dengan dua lagi kematian tragis akibat jenayah yang sama di Pulau Pinang dan Kelantan.

Di Kota Bharu, seorang wanita hamil empat bulan yang juga ibu kepada lima anak, maut dirempuh kereta selepas terjatuh motosikal akibat diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Padang Raja,Jalan Melor, Ketereh.

Di Pulau Pinang, seorang nenek berusia 86 tahun mati akibat ditumbuk ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya berusia 58 tahun daripada menjadi mangsa ragut di rumahnya di Kampung Besar, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara kelmarin.

Saya sekeluarga tidak akan memaafkan dua lelaki yang meragut nyawa ibu saya.

Kalau bukan kerana mereka, pasti hari ini ibu saya masih bernafas– Siti Aminah Idris mangsa ragut.

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang
lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”
[al-Ma’idah (5):50].

Haritu ada baca satu artikel tentang Bala tulisan Ustaz Yusof Embong. Seringkali kita dengar orang berpesan, kalau kita melihat saja kemungkaran tanpa mencegahnya, bala akan turun kepada semua walaupun kita bukan pelakunya. Sebelum ini, saya cuma dengar nasihat ini tanpa mengetahui firman atau hadith tentangnya, rupanya diterangkan dengan panjang lebar dalam blog dari Riyadhus Solihin (Rujuk: AZAB TURUN WALAUPUN ADA ORANG SOLEH dalam link tadi)

Selingan sikit.

Kelmarin, saya dalam perjalanan ke Oriental Market. Em, lupa pulak nama kedai ni yang sebenar. Tiba-tiba dengar satu kekecohan di belakang. Frantic. Bila saya berpaling, saya terlihat 2 orang lelaki, cashier dan waiter mungkin, sedang mengejar seorang lelaki yang mungkin tak bayar atau melarikan wang. Jeritannya bergema, “STOP HIM!”. Suspek tu lari hampir dengan saya, tapi sudah terlalu hampir dan keadaan saya yang berbaju kurung membuatkan kreativiti saya tersekat untuk tolong. Saya ingat kalau mamat ini lalu hampir betul, biar saya tiba-tiba angkat kaki bagi dia tersadung. Nampaknya dia memilih untuk lari di lorong Luas yang sudah tentu tidak ada manusia berjalan dan menghalangnya. Kemudian dia lari sepanjang jalan itu, hampir 400 meter di celah khalayak ramai…tetapi yang saya anehnya, tak ada siapa pun tolong. Padahal, dia lari di tengah lautan manusia. Eh, semua orang tengok aja ka?

Maybe, people are too stunned that their mind freeze from being sensible. Maybe, me too.

Saya kemudian melihat waiter dan cashier itu pulang tanpa membawa ‘tangkapan’ mereka. Kesian mereka. Kesal saya.

Wallahu’alam

Antara Takut Dan Harap

Quiz – What’s Your Leadership Style?

Leadership Quiz – Your Results

Your results indicate that your leadership style is both: Participative and Delegative (owh eh? Harapnya betul amin. Takutlah juga kan, kalau-kalau jadi kuku besi ke. Nauzubillah)

https://i2.wp.com/4.bp.blogspot.com/_smQvEjEg4CU/Sa7UeCfPrjI/AAAAAAAAAZc/1yiTUDLm_4c/s200/point_finger.jpg

Participative Leadership

Participative leaders accept input from one or more group members when making decisions and solving problems, but the leader retains the final say when choices are made. Group members tend to be encouraged and motivated by this style of leadership. This style of leadership often leads to more effective and accurate decisions, since no leader can be an expert in all areas. Input from group members with specialized knowledge and expertise creates a more complete basis for decision-making.

Delegative Leadership

Delegative leaders allow group members to make decisions. This style is best used in situations where the leader needs to rely on qualified employees. The leader cannot be an expert in all situations, which is why it is important to delegate certain tasks out to knowledgeable and trustworthy employees.

Remember, good leaders utilize all three styles depending upon the situation. For example:

* Use an authoritative style if a group member lacks knowledge about a certain procedure.
* Use a participative style with group members who understand the objectives and their role in the task.
* Use a delegative style if the group member knows more than you do about the task.

Sebenarnya ini intro saja. Sahabat-sahabat pembaca, marilah kita baca

Jawatan : Antara Rebutan di Dunia dan Bebanan di Akhirat

(credit to Ustaz Nasrudin Tantawi & Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Ibrahnya 5 bintang alhamdulillah) 🙂

“…Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap.”

Wallahu’alam.

Tuan dan Tuhan

Assalamualaikum wbt.

picture-2(saya sedang ‘ternganga’ melihat London Central Mosque)

Nampaknya hari ini banyak ilham yang datang untuk blogging. Tetapi tidak ada kesungguhan nak menaip semua. Aduhai. Apalah nak jadi dengan saya ni. Saya mulakan satu dahulu.

Teringat saya akan ceramah Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Ibadah di PUISI 07 (Begin With The End In Mind) kupasan Ustaz Hasrizal dari buku Maza Yakni. Teringin nak kongsi bacaan dari satu blog lain untuk peringatan diri sendiri dan buat yang lain.

“Adakah kamu tahu mengapa umat Islam sekarang susah nak khusyuk dalam solat?”

Senyap. Atau mak selalu kata, sengap.

“Sebab umat Islam sekarang solat dengan jiwa tuan”

Apakah yang dimaksudkan dengan solat dengan jiwa tuan?

Dari Aspek Waktu.

picture-3(Big Ben di Parliament House. Kecik-kecik saya memanggil jam dengan nama ‘pek’.)

Dalam surah Taha ayat 14 Allah berfirman, “Dan tegakkanlah solat untuk berzikir kepadaku.” Jelas sekali, solat adalah satu manifestasi perhambaan kita kepada Al-Khaliq. Solat adalah medan latihan untuk membuang daki-daki dosa, mencantas perasaan ujub, takbur, riya’ dan sebagainya. Solat adalah tunas berpupuknya keikhlasan. Bak kata seorang Imam terkenal, solat ini ada tiga keistimewaan iaitu; khusyuk, ikhlas dan zikrullah.

Dalam surah An-Nisak ayat 103, Allah taala berfirman, “Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu yang diwajibkan ke atas orang-orang mukmin.” Solatlah yang membentuk kehidupan manusia. Dari solat, terbinalah sahsiah yang cemerlang dan efisien. Rasanya sudah banyak orang memperkatakan khasiat solat dalam pembentukan jati diri Muslim. Masih saya ingat ketika saya mengiringi lawatan Prof Khoo Kay Kim dan Karam Singh Walia di Dublin. Karam Singh Walia berkata, “Saya tak faham betul kenapa orang lain nak haramkan azan. Saya jadi efisien sebab azanlah. Bila azan subuh, saya bangun. Bila azan zuhur saya tahu itu rehat kerja. Bila azan asar saya tahu pulang. Bila azan maghrib dan isyak saya tahu ini masanya di rumah”. Orang bukan Islam pun terurus dengan ketetapan solat.

Tetapi apa jadi dengan umat Islam sekarang adalah, urusan dunia yang membentuk solat kita. Terbalik kot kata orang. Contohnya, kalau A duduk di rumah, solat di awal waktu. Bila A keluar membeli belah, solat lewat sikit bila habis shopping. Kalau B seorang bilal, lamalah solatnya, kalau B seorang bussinessman yang sibuk lagi korporat, singkatlah solatnya. Eh, kita pula yang membentuk solat yang disyariatkan pada kita. Ini baru dari sudut waktu solat. Astaghfirullah…

Bertanya Imam Ghazali kepada muridnya: Apa yang paling ringan di dunia ini?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

“Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan..” [Maryam:59]

Berhubung ayat ini Abdullah ibn Abbas berkata,

“Maksud ‘mensia-siakan solat’ bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkannya dari waktunya”.

Imam Said ibn Al-Musayyab juga berkata,

“Mereka melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar, solat asar dalam waktu maghrib, solat maghrib dalam waktu isyak, solat isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh dan solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik..”

Dari Riwayat Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi,

“Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.”

Dari Aspek ‘Roh’.

https://i2.wp.com/www.islaminjersey.com/muslim_kids01.jpeg(dik, apasal sembahyang sebelah-sebelah ni. harem lah…hehe. ke korang adik beradik ek?)

Dalam surah Al-Mukminun ayat 1, 2 dan 9 Allah mengingatkan,

“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka…. Dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”

Khusyuk, memang bukan mudah. Hawa nafsu sentiasa melayarkan skrin di mata kita dengan ingatan-ingatan pada hal keduniaan. Tambah pula, dengan kesibukan kita pada kerja, solat yang asalnya agenda menyembah Allah serta zikrullah telah menjadi agenda mengingat kunci di mana, siapa tah nama makwe yang senyum tadi dan sebagainya. Dalam solat, hal kita lebih banyak berlegar di minda dari hal akhirat. Ya Allah…kita ni…

Dalam buku Khusyuk Dalam Solat, Tuan Guru Nik Aziz iaitu sifu hal ehwal tazkiyatun nafs tanah air telah menghuraikan bagaimana takbiratul ihram adalah saat kita tinggalkan dunia dan buangkan ia jauh-jauh. Solat adalah urusan akhirat maka tidak layak satu pun urusan dunia difikirkan di dalamnya. Dan apabila membaca Al Fatihah, sewajarnya kita merasa lebih hina apabila kita membaca

إِيَّاكَ  نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

KepadaMu aku menyembah dan kepadaMu aku meminta pertolongan.

Mmm…siapa yang layak berasa tuan di sini. Sudah tentulah Allah bukan? Satu perumpamaan, air dan cuka. Air dan cuka tidak boleh bersatu di dalam gelas. Maka, untuk mengeluarkan cuka, air yang banyak mesti dimasukkan bagi mengeluarkan cuka. Begitulah juga di sini. Kuncinya adalah kesungguhan dan mengelakkan hati dari segala godaan dunia yang akan terbawa dalam solat; menjaga pandangan dan sebagainya.

“Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah”.

Kata-kata Imam al Hassan tadi sepatutnya mengingatkan kita akan azab Allah pada manusia yang lalai dalam solat. Seperti firman Allah dalam surah al Maun,yang bermaksud orang yang lalai dalam solat adalah orang yang mendustakan agamanya.

Lagi perihal khusyuk…

Said Hawwa menyebut dalam kitabnya,

Pada suatu hari Rasulullah ternampak seorang lelaki menyapu janggutnya ketika solat maka baginda pun bersabda,

“Jika khusyuk hati lelaki ini akan tenanglah anggota badannya.”

Ada sahabat nabi yang siap tak sedar lagi ditikam pedang di medan perang, kerana khusyuknya beliau di dalam solat. SubhanAllah…

Berkata pula Imam Al-Alusi, “Khusyuk ialah merendahkan diri dengan perasaan takut di samping tenang anggota badan.”

Abdullah ibn Abbas berkata,

“Mereka yang khusyuk ialah mereka yang takut lagi tenang.” Sahabat Ali bin Abi Talib berkata, “(Khusyuk) tempatnya ialah di hati.” Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.”

Pandangan yang agak merangkumi tentang khusyuk ialah pandangan sahabat Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.”

Memang jelas, khusyuk bukanlah satu kelazatan yang senang-senang diperoleh, masakan ia lazat kalau senang-senang didapatinya. Namun, Allah adalah kuncinya di saat sukar. Berdoalah kita 😀

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas), dari doa yang tidak didengari (tidak dipeduli)”

Marilah kita bersama-sama bermujahadah (bersungguh-sungguh) dalam melaksanakan solat sebagai seorang hamba yang menyembah Tuhannya, bukan sekadar seorang hamba yang berperasaan tuan kepada ibadahnya. Oleh kerana solat adalah urusan pertama yang akan ditanya di hari perhitungan kelak, maka adalah satu urgency untuk kita lekas-lekas menginsafi dan memperbaiki solat kita, semakin baik semakin hari dan beristiqamah dengannya.

Moga-moga perkongsian kali ini bermanfaat amin! 😀 Maaflah berterabur, banyak kena improve nih.

Solat adalah kunci mendamaikan hati sehinggakan nabi pernah berkata,

“Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah kami dengan solat.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Justeru di sisi nabi, solat diumpamakan seperti kekasih hati. Wah….

Huzaifah bin Yaman berkata,

“Perkara pertama yang akan luput dari agamamu ialah khusyuk dan akhirnya yang akan luput darimu ialah solat. Ikatan Islam akan terungkai satu demi satu.”

Wallahu’alam

Picture Speaks A Thousand Words

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih buat mereka yang bertanya. Memang lama tak update blog. Mungkin sekali sedang dilanda Writer’s Block. Hehe.

Writer’s block is a phenomenon involving temporary loss of ability to begin or continue writing, usually due to lack of inspiration or creativity. Writer’s block can also be a hindrance even when the writer feels that they already have a story in mind but can get no further than part of that story.”

“Writer’s block can be closely related to depression and anxiety.” Tidaklah juga. Tak depress langsung. Cutilah katakan. Pertama kali merasa cuti sejak masuk 3rd year. Huhu. Anxiety, pun bukan, pun bukan. Exam lambat lagi. Mungkin sekarang agenda menulis difokuskan pada menterjemahkan beberapa artikel ILuvIslam untuk portal English mereka. Erm, susah juga sebenarnya ‘English Dakwah’ ini, tak macam plain English. Aku nak cari perkataan yang tepat untuk riak pun dah habis 3 minit. Translate malas beribadah kepada Allah pun macam aneh je bunyi ayat translationku. Hehe. Salah sendiri jugak, dulu malas membaca. Takpa, alhamdulillah, this is a brand new experience dan soft skill juga untuk dakwah.

Cuti (19 April – 17 May 2009)

Cuti begitu panjang, banyak yang mahu dibuat. Banyak yang mahu dihafal. Banyak yang mahu dilihat. Buat masa ini, tataplah gambar-gambar hasil pengembaraan di musim bunga tahun ini. Kalau cantik, bertasbihlah, sebab ceq ni tukang ambik gambaq ja, creditnya tetap pada Yang Maha Pencipta 🙂

sakura

Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada dalam jalan Allah sehingga ia kembali – Riwayat Tarmizi

sakura1

“The greatest treasures are those invisible to the eye but found by the heart.”

sakura3

[6:59]…Tidak ada satu daun pun yang gugur tidak diketahui Allah

sakura4

Kerana di dalam uzlah itu terdapat berbagai faedah… (Gambar adalah hiasan)

sakura5

“You don’t love something because it is beautiful, but it is beautiful because you love it” (Penulis merujuk kepada bunga, sila jangan salah sangka)

sakura8
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.[2:164]

sakura9

[2: 152] Fazkuruuni azkurkum… (remember Me, I will remember you)

2911_193373095009_623365009_6496863_7997118_n1

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).[9:112]

2911_193373110009_623365009_6496866_5975595_n

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.[9:111]

2911_193373115009_623365009_6496867_294672_n
2911_193373120009_623365009_6496868_2785475_n

Wallahu’alam