Summer Perjuangan

Assalamualaikum wbt

34 jam pasca ketibaan di Malaysia.

Sungguh menghampakan. Sungguh, sungguh-sungguh. Apalah yang aku buat tadi. Menerokai sebuah episode jetlag tanpa sebarang kekecewaan. Sedangkan di Dublin, jarang sekali dapat tidur begini lama. Sepatutnya dengan juadah sambal tempoyak, ikan bakar, roti canai dan segala macam nikmat dunia itu, aku lebih bertenaga untuk menyambung kerja.

Harapnya tak adalah Summer Perjuangan. Perjuangan tak boleh ada winter summer. Tiada henti cuti musim panas, hibernasi musim sejuk, terkesima dengan pesona musim bunga atau kelesuan pepohon musim luruh. Perjuangan mesti iklim padang pasir. Hangat dan mengalir keringat. Tidak pernah selesa sampai buat kita berkelana ke depan.

 

Mari bercerita tentang Malaysia.

Malaysia, selepas 8 bulan kutinggalkan, banyak yang berbeza. Sungguhpun fizikalnya macam nampak sama saja, namun apa yang berlainan ialah keletihan raut wajah manusia di kelilingnya, kelesuan mungkin kerana gelora mendepani hidup semakin mencemaskan dan tiada perhentian. Mengah.

Minyak naik, diesel naik, eletrik naik, roti canai naik, semua naik.

Tak perlu rasanya diceritakan facts and figures, kerana sudah banyak dibahaskan merata-rata. I love maths, but inflation isn’t a nice maths. It’s a nice maths for producers, ain’t for consumers. Betullah, barang tak akan pernah turun, kalau siapa belajar Economics, cuma ada beberapa sebab saja barang boleh turun. Logik, barang akan sentiasa naik tetapi tidaklah naik sampai begini. Terasa macam duduk di Ireland pula, setiap tahun bus fare naik, barang-barang naik.

Jadual: Jurang pendapatan antara golongan termiskin dan golongan terkaya di negara-negara Asean.
————————————————————-
Negara          Termiskin 10%   Terkaya 10%   Nisbah Jurang
————————————————————-
Malaysia                1.7                38.4                 22.1
Singapura         1.9            32.8             17.7
Filipina                  2.7               36.3                  16.5
Thailand           2.5            33.8             13.4
Vietnam                3.6                29.9                  8.4
Indonesia         3.8            28.5              7.8
Merujuk United Nations Human Development Report 2004, Malaysia mempunyai jurang golongan kaya-miskin yang paling luas di rantau ini.Sebanyak 10 peratus rakyat Malaysia mempunyai kekayaan berlebihan 22 kali ganda daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang paling miskin. 
Malah, 10 peratus rakyat Malaysia yang terkaya itu menguasai 38.4 peratus ekonomi negara, tetapi 10 peratus rakyat termiskin hanya menikmati 1.7 peratus sahaja ekonomi negara.

Dasar-dasar ekonomi negara kita perlu dikaji semula kerana ia hanya menjaga segelintir kroni.”
 

 

 

-credit to Malaysia Kini-

Mungkin kita tergolong dalam kelompok masyarakat yang tidak begitu terkesan dengan kenaikan ini. Makan seperti biasa, memandu seperti biasa. Tetapi apa jadi dengan 10% tadi? Kalau kita mahu menyelami dengan lebih insani, pergi stesen minyak, pandang ke kereta yang bukan mewah. Makan di warong usang, jengah ke keluarga besar. Pandang kerut di wajah sang ayah. Renung risau dalam kerlingan ibu.

Seperkara lagi yang saya mahu gali, di Malaysia ini semacam ada satu penyakit. Suka menilai dengan angka yang megah, bukan dengan usaha untuk merobah. Laporan kabinet seringkali dikaburi dengan keuntungan Petronas yang berlipat ganda. Entah berapa ratus billion tahun ini. Wang zakat yang dilambakkan, hampir beratus juta nilainya. Tetapi berapa ratus ribu lagi rakyat yang makan tak cukup, tidak ke klinik kerana tiada wang.  It is amazing how Malaysia made plenty and poverty possible to occurs simultaneously.

Minta maaflah Pak Lah kalau saya masih tak dapat menerima semua ini, kerana apa? Kerana ini.

“Wealth is not a fixed quantity and one person’s success does not come at the expense of others … Economists have understood [that] for over two centuries, but moralists have not caught up.”

Wallahu’alam

 

p/s: Setahun aku melihat dengan kaca mata yang senget. Hehe. Harapnya dengan kaca mata baru ini, dapatlah aku melihat dengan “lebih lurus dan jauh”.

Advertisements

9 responses to this post.

  1. Posted by hamstermenulis on June 9, 2008 at 4:30 am

    eh baru perasan, kejap aku kejap saya. huhu. panas durian nih:P

    Reply

  2. Posted by Anonymous on June 9, 2008 at 5:18 am

    “sambal tempoyak, ikan bakar, roti canai dan segala macam nikmat dunia itu, aku lebih bertenaga untuk menyambung kerja”….ini kes kekenyangan nih;)

    dah baca latest entry dr maza dlm utusan , dlm ruangan bicara agama? huhu, really hit the nail on the head , if only those pemerintahs understand

    Reply

  3. Posted by hamstermenulis on June 9, 2008 at 6:29 am

    huhu. baca2, same here. patutnya pemerintah2 baca benda tuh. the sentences, karpet yang mereka pijak, harga beribu bungkusan nasi orang biasa…isn’t it so true? too bad, org yg nmpk kepimpinan umar al khatab ni is lim guan eng, out of so many pemerintah islam ni.

    Reply

  4. yup. nombor itu tidak bererti apa-apa kepada muthu, abu dan lim di kampung-kampung sana. anyway selamat bercuti. hargailah cuti anda (macam kempen kesihatan).

    abadi

    Reply

  5. Mesti bangga cikgu tamam kalo baca entry ini… hahah aku pun kena start tulis economics lah… hahahha

    Reply

  6. Posted by hamstermenulis on June 9, 2008 at 9:51 am

    abadi- hoho.thanks.insyaAllah, try my best for the holidays:D

    asreh- ko baru tau ke econs fav subject aku? hehe. subject tu je aku mampu dpt 7. subject lain asyik lingkup aje.

    Reply

  7. Posted by ppimi on August 21, 2008 at 1:33 pm

    macam kenal je gambar tue..ni kena bagi credit to photographer nie..ngeh ngeh~

    Reply

  8. Posted by ppimi on August 21, 2008 at 1:38 pm

    alamak..lupa plak log out..kuar PPIMI pulak..

    Reply

  9. Posted by hamstermenulis on August 21, 2008 at 5:32 pm

    hoho…gambo yg sama dalam paperwork puisi 😀 ni la adat fotografer, amek gambo orang, gambo sendiri takda, bila nak gambo formal pun crop gambo je. huhu. photographer? hehe. credit to dya:D

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: