Sense of Sensibility

Sunday, June 01, 2008

Assalamualaikum

Erm…jadi ini macam debut la kiranya. Selamat datang semua. Secara jujurnya, saya tiada apa-apa genre untuk blog ini. Tiada genre tertentu, diari, propaganda ataupun kempen (dah kalah pun agm ppimi aritu haha!) Dan setelah gagal blogging secara konsisten dahulu, kali ini saya tampil lagi, bertaubat.

Sebenarnya hadirnya saya di sini ialah dengan kesedaran bahawasanya saya sangat suka berfikir dan saya perapkan saja kesemuanya di dalam benak kepala. Dan saya juga mempunyai cinta yang mendalam terhadap kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Jurusan perubatan yang begitu hambar dari konteks bahasa membuatkan saya meronta-ronta mahu berkarya (iya2 je ni) Maka, akhirnya, di sinilah pentasnya. Pentas bersuara. Memanifestasikan segala yang terpendam di lubuk hati.

Untuk kali ini, tiada yang khusus.

Sebagai permulaan, bahana peperiksaan yang sudah berakhir Rabu lepas sangat mengejutkan. The lame performance was well expected, but the post exams syndrome is totally way different this time. Kalau dahulu, masa ini khas untuk qada’ semua tidur yang terkorban berbelas-belas jam sehari, tapi kali ini sungguh berbeza. Bila dikenang balik, 4 hari ini tak sampai 15 jam. (uih kalah study leave) Masa seminggu yang tinggal sebelum berangkat ke Malaysia ini kami (kawan-kawan dan saya) gunakan sehabisnya bersama. Personally, I truly enjoy the company from my comrades. Seronoknya mereka nak ke Mesir lah, Syria lah ek. Cemburunya saya mereka ini nak menjelajah bumi anbiya’.Cry Menelusuri kota lama, menggali tamadun dahulu kala dan dapat menjiwai sejarah-sejarah Islam itu bukan sahaja dari kitab tetapi dengan mata sendiri. Harap-harapnya pulangnya mereka nanti, saya masih kenal lagi (hikhik sunbathing la katakan) Kata nak bawa balik jubah satu. (mungkinkah ini seragam team kompang?)

Berbalik kepada  prestasi tidur yang sungguh mengejutkan itu, tidak dinafikan ianya telah memberi kesan secara kognitifnya. Tempoh hari semasa ke Stillorgan (tempat ya, bukan organ mati), tour guide kita, Cik Adila telah meminta tolong saya beritahu pemandu bus supaya berhenti 2 stops before Lower Apatah Road, tetapi dalam masa 5 saat berjalan ke depan, memory span telah pun expires dan ayat yang keluar ialah, “Can you please tell us where is the 2nd last stop when we are about to arive there?” Hah, habis dari nak house warming jadi sesi country side marathon. Minta maaf lah ya kawan-kawan. Laughing

Dan buat Atiq, kami doakan supaya Atiq cepat sembuh. Kuatkan semangat, moga Allah permudahkan semuanya. Tersentak dengar berita ni, dan masih lagi dalam keadaan terkejut.

Akhir kalam, sebelum mengundur pena,

A bird does not sing because it has an answer. It sings because it has a song.

Wallahu’alam
1 – wow…. hope to see more from you… hihih (Comment this)

Written by: asz at 2008/06/01 – 01:59:18
2 – salam ziarah.. cik kurus…hehe

-sapa lg yg pggl ko kurus;)- (Comment this)

Written by: Anonymous at 2008/06/01 – 04:19:44
3 – sihamster menulis?siapakah ini?(Comment this)

Written by: wadialhana at 2008/06/01 – 16:18:25

4 – 1) Asz. You too. Keep on blogging:D

2) sapa lg yg pggl ko kurus? huhu. syabas. so far takda.

3) Cik Alhana. Hamster skrg bukan setakat buleh main roda, tulih pun buleh tau. kes3 (Comment this)

Written by: Sang Jego at 2008/06/05 – 06:09:38

Leave a comment